31/12/2013

Anime Fairy Tail Kembali pada April 2014

Siapa peminat Anime kat sini? Iolls tak lah minat pun sebenarnya. Dulu tengok lah jugak. Alah, anime-anime yang ada kat channel AXN dulu tu. Slam Dunk misalnya. Lepas tu tak tengok dah. Naruto, One Piece dan segala macam yang sewaktu dengannya tu mana ada I tengok. Jangan kata Naruto, Dragon Ball pun I tak tengok jugak. Yang I tahu cuma ini, "Dragon Ball ada tujuh biji semuanya." Itu pun masa sekolah-sekolah dulu kawan-kawan selalu sebut especially kawan baik I, Ezad Nimo yang sekarang dah jadi mak budak biarpun dulu seorang pembuli handalan. 

Okay, berbalik ke topik kita yang asal. Wahai cik kak, jangan jauh sangat menyimpangnya tu. Pusing balik stereng ke jalan yang lurus. Eh?

Satu-satunya anime yang I tengok sekarang ni adalah Fairy Tail. En. Barney yang introduced kat I lebih kurang berapa tahun yang dulu. Tapi pada March 2013, Fairy Tail dihentikan buat seketika. Dah la stop dekat episod yang best pulak tu. Bikin stress betul! Dengan alasan anime dah terlalu hampir dengan manga.


Salah satu daya penarik anime Fairy Tail bagi I adalah Happy dan Carla, dua ekor kucing comel yang pandai terbang. Dan sebab kucing comel yang pandai terbang ini jugaklah I termakan hasutan En. Barney supaya tengok Fairy Tail

Happy, Carla dan Panther Lily

Jangan tanya I sinopsis Fairy Tail, anime ini dah terlalu banyak episod untuk I rumuskan sinopsisnya. Yang pasti pasal magic. Lama jugak I tunggu, bila lah Fairy Tail ni nak ada episod baru. En. Barney pulak dah tenggelam bersama-sama One Piece nya, Fairy Tail masih jugak tak muncul-muncul.


Jadi buat penunggu setia anime Fairy Tail macam I ni, Fairy Tail akan kembali menemui peminatnya pada April 2014. Bukan sahaja episod baru, tapi ada juga sesuatu yang baru. Apa yang baru tu jangan tanya I lah. Sebab I pun tengah menanti apa yang baru tu. 

Sumber : INI
Gambar adalah ehsan Pakcik Google

34 comments:

  1. tak berapa minat anime. dulu pernah dl, hajat nak tengok di kampung. tapi tak tengok jugak.

    ReplyDelete
  2. okay, nnt nk bg tau abg sally :D

    ReplyDelete
  3. comelnya anime ni..

    Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

    ReplyDelete
  4. haipp tak pernah tgk pun anime ni..hihi best yer..? selalu kalau cr anime lama2 kn p godek2 kedai cd anime la..hehe:P

    ReplyDelete
  5. Adik kmk minat tgk tok.. hee..

    ReplyDelete
  6. alamak, ika memang tak tahu langsung bab anime2 ni..tak minat...adik ika yang perempuan (anak bongsu) memang minat anime...kalau tengk tv ke online ke memanjang cari benda anime2 tu..komik jepun manga segala yang pelik2 tu semua dy suka...hewhew

    ReplyDelete
  7. Betul ke?!?!?! Wahhhh bestnyaa huhuhuhu
    qilah suka cerita niiiiii

    ReplyDelete
  8. @Izz Hazwani

    sama lah.. bukan main lagi kumpul kononnya nak tengok tapiii.. haha..
    cuma yg ni je yg sy tgk, tak tau la npe.. hehe

    ReplyDelete
  9. @Mime MF

    bg sy best lah sbab yg ni je yg sy tgk. haha

    ReplyDelete
  10. @Affy Afiqah

    sy tak minat jugak tp yg ni entah mcm mana boleh terfollow. hehe

    ReplyDelete
  11. @Akeyla Azmi

    baca mcm betul je.. baru announce weekend lepas.. suka cerita ni jugak. hehe

    ReplyDelete
  12. tak pernah tengok lagi anime ni.. kena tengok la nanti.. tu pun kalau kena waktu tayangannya.. hehe..

    ReplyDelete
  13. tak tengok pown cerita nie. haha

    ReplyDelete
  14. coppp. best ke fairy tail ni? huhu =.=

    ReplyDelete
  15. terbaek la. aku mmg tgh tggu anime ni tayang balik.

    ReplyDelete
  16. wah ada kucing yer...ok set nanti nak layan juga. Sis ni jarang tengok anime tapi kalau ada kucing comel..haruslah tengok :)

    ReplyDelete
  17. @Chic Na

    sy selalu download je cikna, tak tau tayang kat mane. hehe. animax ade la kot. hehe

    ReplyDelete
  18. hihi. Ros bukan peminat animasi ....

    ReplyDelete
  19. @Detective Fiqa

    sy suka tengok.. org lain sy tak tau lah. hehe

    ReplyDelete
  20. @aswadz

    lama sgt setahun stop.. huhu.

    ReplyDelete
  21. @puteri kasih

    anime ni dh byk2 episod sis.. beratus jugak kot.. ke tak sampai lagi tak sure lah. klau nk tgk dr awal mmg gigih jugak lah. hehe

    ReplyDelete
  22. @ros_reeza

    sy kalau animasi sy suka.. tp kalau anime ni kureng sikit. hehe

    ReplyDelete
  23. citer kartun ke?yaya xpenh tgok..heee =D

    ReplyDelete
  24. @Cik Yaya

    boleh kira kartun lah jugak tu. haha!

    ReplyDelete
  25. dalam banyak-banyak anime yg Hana tengok, FT tak pernah tengok lagi sebab Hana suka download anime yg dah completed sebelum tengok :) paling panjang completed anime yg Hana tengok setakat ni Hitman Reborn, 203 episodes

    ReplyDelete
  26. @Haruno Hana 하나
    gigihnya hanaaaa!
    203 tuuu.. hehe.. sy lg suka yg on going.. sebab terhad sikit masa yg boleh kita luangkan utk benda2 mcm ni. haha

    ReplyDelete