25/12/2013

Korean Drama : You Who Came From The Stars

You Who Came From the Stars (juga dikenali dengan tajuk My Love From Another Star), satu lagi drama Korea terbaru yang mungkin menarik untuk ditonton selain daripada Prime Minister and I dan juga Let's Eat. Drama yang menggantikan The Heirs. Baru je mula ditayangkan pada minggu lepas dan ditayangkan setiap Rabu dan Khamis. Dalam hari Jumaat atau Sabtu dah boleh download atau tengok online.



Do Min Joon (Kim Soo Hyun), alien yang mendarat di bumi 400 tahun lalu pada era Joseon Dynasty. Tidak dimamah usia dan fizikalnya tetap sama biarpun telah 400 tahun hidup di bumi. Mempunyai deria yang sangat tajam dan kebolehan fizikal yang luar biasa terutamanya yang berkaitan dengan pendengaran, penglihatan dan juga kepantasan. Cheon Song Yi (Gianna Jun) pula merupakan seorang pelakon terkenal. Personaliti Cheon Song Yi? Well, typical pelakon hot yang terkenal kan. Do Min Joon ni senang cerita kera sumbang manakala Cheon Song Yi pula seorang yang ignorant. Namun ada sesuatu pada Cheon Song Yi yang menarik minat Do Min Joon. Lebih-lebih lagi wajah Cheon Song Yi mirip wajah seorang gadis yang diselamatkannya 400 tahun lalu. 

Siapa nak tengok Profesor hot boleh lah tengok drama ni. Eh.

Bagi peminat rancangan Family Outing, dalam drama ni ada Park Hae Jin. Memegang watak sebagai Lee Whi Kyung yang telah lama menaruh perasaan terhadap Cheon Song Yi namun Cheon Song Yi pula berharap untuk bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya suatu masa dulu. 

Satu-satunya kawan Do Min Joon

Fizikalnya yang tidak berubah menyebabkan Do Min Joon terpaksa menukar identiti setiap 10 tahun. Jadi doktor pernah, tentera pun pernah juga dan sekarang ni Profesor muda pulak. Kalau uolls tanya best atau tak, so far ni best lah. Suka karakter Do Min Joon dan suka chemistry pelakon-pelakon utama drama ni. Nampak cute. Uolls rasa lah kan, Do Min Joon pulang ke tempat asal dia tak nanti?

Download You Who Came From The Stars 

Tonton Online You Who Came From The Stars

p/s : Tahun depan ada drama Song Ji Hyo (Running Man) dan Choi Jin Hyuk (Kim Won dalam The Heirs) lah. 

29 comments:

  1. hee.. drama tok pun fav kmk tok. sik sabar nak tengok esok ;D

    ReplyDelete
  2. makin bez eh drama korea keluar
    ya ktk nangga dlm tenet or dlm tv?
    isi tabung nuffnang sitok-inti

    ReplyDelete
  3. nak tengokkkk.. suka jin hyok gak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. nampak menarik drama ini.. :D

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Ooo, ni drama ganti the heirs ya. The Heirs tu..tak puas nengok,ehehe.

    Skrg lana duk tgk pretty man/boy,hehe

    ReplyDelete
  6. kalau tunjuk kt mak sy ni mst dia suruh download..entah semenjak dua ni minat pulak mak sy dgn cerita korea..huhu

    ReplyDelete
  7. hensem nya mamat korea tu >.< hehehe

    ReplyDelete
  8. owhh banyak lg cerita korea lain yang tertanguh. ada lg cerita baru. huhu

    ReplyDelete
  9. @Sally Yatiey

    suka soo hyun dlm cerita tok.. *melting*
    hahahaha!

    ReplyDelete
  10. @Yumida Huda

    kmk download jak.. hehe
    mun rah one hd lom keluar gik rasa kmk..

    ReplyDelete
  11. @Chic Na

    tp cite yg tu nnti bulan 1 kot. huhu

    ReplyDelete
  12. @Tinta Lana

    yup.. hehe..

    bel ami, tak minat lah cerita mcm tu. huhu.

    ReplyDelete
  13. @Mime MF

    haha. mak sy dulu time rooftop prince.. sampai dia sendiri yg download tu.. haha

    ReplyDelete
  14. @asha hana

    hehe.. tu lah, best2 plak cerita skrg tu. haish. haha!

    ReplyDelete
  15. Aisya tgk kat mana..kat 1 HD The Heirs masih main lagi...macam best jer citer ni..pelakon pun best2..

    ReplyDelete
  16. I olls nak kena study utk exam..hahaha...lain kali baru marathon

    ReplyDelete
  17. wow..mmg HOT proffesor tuu.. ^,^

    ReplyDelete
  18. @LiLy @ MaMaQiStInA

    lepas The Heirs nanti ada lah tu kak.. sy download je, sebab One HD tu lambat few weeks.. hehe

    ReplyDelete
  19. @Sally Samsaiman

    hahaha.. kena hold dulu lah cerita korea semua ye. :)

    ReplyDelete
  20. tak terkejar dah ika drama2 ni uhuk....

    ReplyDelete
  21. @Affy Afiqah

    akhir tahun ni byk pulak cerita yg best2. hehe

    ReplyDelete