17/12/2013

Shopping-Shopping @ Pasar Serikin

warning : entri dengan lambakan gambar

Bersama I lagi pada hari ini untuk sesi jelajah ke tempat-tempat wajib lawat sekiranya anda berkunjung ke ibu negeri Sarawak iaitu Kuching. Hari tu dah story-story tentang India Street (INI) dan Tebingan Kuching (INI), kali ini kita ke Pasar Serikin pulak. Untuk apa lagi, haruslah untuk shopping! Ada gaya host rancangan travel tak? Okay, berangan. 

Pasar Serikin ni terletak di Bau, Sarawak. Senang kata sempadan Malaysia dan Indonesia lah. Menjadi tempat wajib lawat kami sekeluarga setiap kali kami ke Kuching sejak I Form 1 lagi. Adalah dalam lebih kurang sedekad lebih sikit yang lalu. Saban tahun makin besar pulak Pasar Serikin ni. Makin ramai peniaga yang majoritinya warga Indonesia. Sebab utama pengunjung-pengunjung ke sini adalah kerana harga barangan lebih murah berbanding tempat lain

Namun yang demikian, (ehem, kenapa bunyi macam skema sangat ni oi) sejak beberapa tahun ni harga barang kat sini dah makin mahal. Kenapa? Yang tu I bagitau kemudian. Kita tengok gambar dulu so stay tuned. Bajet macam rancangan TV je kan.


Bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi. Sampai awal nak elak jammed dan ramai orang. Disebabkan rumak Makcik I dekat je. Perjalanan cuma ambik masa lebih kurang sejam kot. Tapi macam tak sampai sejam je. Sampai-sampai tu rupanya ada lagi yang sampai lagi awal dari kitorang. Orang tak ramai, best sikit nak shopping. Plus cuaca pun tak panas sangat. 

Tak tau apa ni sebenarnya. Dengar mak cakap macam pondok kedai makan je.

Air sungai kat sini jernih-jernih. Rasa macam nak terjun dalam air pun ada.



Ini adik Iolls ye.

Kalau tak silap ketam tu harga RM40 sekilo kot.

Dengar orang tu cakap ni hasil laut dari Perairan Sambas, Indonesia.




Kalau datang sini, I suka cari kain telekung. Mak pulak suka cari langsir untuk raya. Bapa macam biasa borong segala kain batik, kain pelikat. Baju, kasut dan macam-macam lagi yang ada. Dan buahan dan yang sewaktu dengannya pun banyak. 



Siapa tahu buah warna coklat tu apa?



Tapi kasut kat sini agak mahal jugak. Adik cakap kat Kuching boleh dapat lagi murah dari harga kat sini, yang ada brand lagi tu. Nak beli kasut macam tak berbaloi je.




Kali ini tak shopping banyak barang pun. Rembat satu kipas tangan sebab dah cuaca dah terlampau panas. Biasalah puteri lilin ni mana nak tahan berpanas. Dan sepasang anting-anting. Mak pun I tengok tak banyak shopping kali ni. 

Harga RM12. Haruslah emas palsu cuma. 

Macam I cakap awal entri tadi, harga-harga barang kat sini semakin mahal dan sesi tawar menawar makin susah. Kalau dulu harga barang RM50, kalau pandai tawar paling kurang RM23 dia bagi. Tapi sekarang ni, barang RM50 paling kurang pun RM45 je. Dari apa yang I tengok dan apa yang orang-orang tempatan bagitau, pengunjung-pengunjung dari Brunei dan Semenanjung biasa tak buat dah sesi tawar menawar ni. Terus beli dengan harga yang dinyatakan. Sebenarnya uolls boleh dapat dengan harga yang lebih murah lagi tau. So kalau nak datang sini, tawarlah harga yang lebih murah. Macam Bapa I, dia suka tawar harga kaw-kaw punya. Bila orang tu taknak, dia cakap taknak terus blah lah. Orang tu mesti panggil dan accept offer selalunya. Yela, taknak pelanggan lari. 

p/s : Pernah sekali pergi ke sempadan Tebedu-Entikong. Macam Pasar Serikin juga. 

29 comments:

  1. nampak unik pondok kedai makan tu.. selalunya macam tu la aisya, sesetengah orang tu tak pandai tawar menawar.. buah apa tu ya? hehe..

    ReplyDelete
  2. perghh... mmg best la.. bab 2 shopping nie yg paling suke...

    ReplyDelete
  3. wahhhh shopping lagiiiii? Huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. perghh..bestnya..kalau la dpt shopping kt situ..hehe:P lagi satu..pondok makan tepi aliran sungai..ohh nyamannya..hehe
    *nmpk kucing berbulu unik! :)

    ReplyDelete
  5. wowww bestnya,...tapi makin mahal pula ye harganya..kasut2 pun macam nampak cantik..tapi kalau ika, mahal memang ika tak beli...baik laa beli benda lain yang lebih berfaedah..makanan ke kan hewhewhew

    bab tawar menawar ni ika memang tak pandai...biasa bab tawar menawar abah mama terror, tunang ika pun sama, kaw-kaw dia tawar, macam ika ni ika tak sampai hati nak tawar harga...n memang tak reti pun huk T_T

    mungkin gambar yang mak aisya cakap kedai makan tu tempat rehat2 kut...ahahaha..ika tengok macam pondok rehat2 je...hewhew...tapi sungai memang cantik,..jernih....susah nak dapat sungai jernih kat semenanjung ni haa

    ReplyDelete
  6. kasut2 dia smart lah. ^_^

    ReplyDelete
  7. menarikkk! macam kat kundasang pulak tengok..

    ReplyDelete
  8. best~~ kmk suka juak shopping kat serikin.. tp jauh gilak.. sik tahan kmk mok duduk dlm keta huhu

    ReplyDelete
  9. Wahh bestnya dekat sarawak .. Belum lagi jejak kat sana teringin jugak nak pergi

    ReplyDelete
  10. comel nye pondok kedai mkn tuh..boleh muat bape org le tmpt tuh kn..unik ;)

    ReplyDelete
  11. ooo.. kena pandai tawar menawar ye.. tp sebenarnya takut.. huhu..

    ReplyDelete
  12. @Normi Nieza

    tak tau nak cakap mcm mana.. nak kata macam pasar tani ye jugak.. mcm bukan pun ada. hehe

    ReplyDelete
  13. @Ayie Abas

    pernah keluar tv.. pernah berapa kali jugak lah tengok kt tv1.. hehe

    ReplyDelete
  14. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    diorg tak tau selalunya kak.. tgk harga tu mmg dah murah, so diorg tak tawar dah.. tu yg selalunya lah. :)

    ReplyDelete
  15. @Mime MF

    hanya pencinta kucing je yg mampu menangkap maksud gambar tu. haha!

    rasanya kucing tu org warnakan kot.. sebab bulu dia warna purple!! huhu

    ReplyDelete
  16. @Affy Afiqah

    tu pondok kedai makan kat situ.. nk tarik pelanggan dia buat lah pondok cantik2 mcm tu. hehe

    ReplyDelete
  17. @asha hana

    tp mahal. takde brand plak tu. huhu. boleh dapat kasut branded yg lagi murah dr tu.

    ReplyDelete
  18. @azizah :)

    ala, tak pernah sampai sana lagi. wuwuwu

    ReplyDelete
  19. @Aefa Aerisya

    kmk tiap kali balit kch nak wajib ke sitok. rumah makcik kmk rah matang jak, jadi sik jauh. hehe

    ReplyDelete
  20. @TelingaBulat

    tak sure lah, tapi mak pernah duduk dalam tu. hehe

    ReplyDelete
  21. dengarnya pasar sarikei ni besh..bnyk brg n mura..

    yaya g sarawak ri tu xdpt nk singgh sarikei ni sbb tmpt jaoh dri kuching, kan

    ReplyDelete
  22. @Cik Yaya

    tu Sarikei cik yaya..

    Sarikei dan Serikin lain,
    Sarikei tu salah satu bahagian di Sarawak.. Serikin tu pulak terletak di Bahagian Bau..
    Serikin-Kuching tak jauh pun, sejam lebih kot. Kalau Kuching-Sarikei baru lah jauh.. 7 jam lebih kurang kalau naik kereta. :)

    ReplyDelete