17/01/2014

Kami, Pantai dan Burger Tunok

Petang semalam. Keluar lepak dengan BFFs I sekejap. Hasrat hati nak pergi pantai, lepas tu plan pergi makan burger tunok. Burger tunok tu dalam Bahasa Malaysia bermaksud burger bakar. Lepas ambik Cik Alyn kat tempat kerja terus pecut ke pantai. Dah lama jugak tak jenguk pantai ni. Malas nak drive jauh-jauh ke Luak Esplanade, singgah je lah Tanjung Lobang. I pun dah lama jugak tak ke sini. Last I pergi dalam tahun 2012 (entri INI).

Sampai-sampai je terkejut sebab dah tak nampak sangat dah pasir pantai. Faktor pemanasan global yang menyebabkan ais-ais di kutub semakin mencair seterusnya meningkatkan lagi paras air laut. Mungkinkah ini penyebabnya? Mungkin air nak pasang jugak kot. Time tu angin kuat dan gelombang pun besar. Ada sorang mamat ni best je surfing. Kononnya macam Lee Min Ho dalam drama The Heirs lah tu. 

Tapi dulu macam tak ada je batu-batu yang dijadikan benteng tu. 


Kawan 18 tahun dan hopefully untuk tahun-tahun yang akan datang.

Bersembang sambil ditemani oleh angin pantai dan bunyi ombak sambil menunggu untuk ke destinasi seterusnya. Tempat lepak wajib, Kinky Fat Chef Kitchen (KFCK)


Kalau uolls datang ke Miri, sila pastikan uolls pergi sini before uolls balik. KFCK memang terkenal sebagai The Hidden Restaurant. I nak cari tempat ni mula-mula pun sesat jugak. So, kalau nak ke KFCK boleh panggil I jadi tour guide uolls dengan upah burger sebiji. Cuma dengan syarat time tu I ada di Miri dan tak terbang ke mana-mana lah. Hiks


Pernah tidur sebantal, makan sepinggan. Masa matrikulasi dulu, haih. Memang zaman kegemilangan betul. Siap ada codename sendiri. Kalau orang lain dengar, mesti tergelak. Nama Jambu dari warna favourite merah jambu, nama Jagung dari namanya, nama Kuda dari tawanya dan Pisang hanya kerana sepasang baju kurung kuning. Kureng punya kawan. Sejahat-jahat kawan pun yang ini jugak lah selalu teman I buka puasa petang-petang masa kat matrikulasi dulu. 

p/s : beza itu dan ini bukan alasan untuk bersahabat. Yang penting jaga hati dan jaga diri.

26 comments:

  1. bestnya lepak2 dgn bff.. :)

    ReplyDelete
  2. hi aisya..nice view pantai tanjung lobang tu..tunok satu perkataan baru yg akak bljar dr blog aisya :)
    KFCK ada persamaan dgn KFC ke aisya ? yup... persahabatan yg iklas tak mengenal perbezaan :)

    ReplyDelete
  3. hihihi bestnyaa burger alaaa nak gak dah lama tak makan ni hihihi.
    <333

    ReplyDelete
  4. @Chic Na
    seronok. bukan selalu pun dpt jumpa kan cikna. huhu

    ReplyDelete
  5. @Roha
    bhs srwk tu kak. hehe
    sudah semestinya tak sama.. kfc jual ayam goreng, kfck jual burger bakar. hehe

    betul tu kak.. :)

    ReplyDelete
  6. Kmk diam Miri tok pun sik pernah gik ke KFCK ya -.- hee

    ReplyDelete
  7. kelak mek g sia juak lak.boleh?
    ehehehehe~mbak ktk.

    ReplyDelete
  8. bestnya bege tu...melimpah2...hheee

    ReplyDelete
  9. @Sally Yatiey
    nang wajib pegi aie. hehe. cuma masuk piasau sia susah sikit mok cari lah. huhu

    ReplyDelete
  10. @nanalee caramelo
    on ajak kmk. asal kenak cia sigek burger. hahaha.

    ReplyDelete
  11. Kedak nyaman jak kamek nangga burger ya. ^^

    ReplyDelete
  12. wah, bestnya.. Sha suka pantai =)

    ReplyDelete
  13. zam suka ke pantai.. tenang..

    ReplyDelete
  14. Wah, nyaman eh. Dahlah kamek lapar towk. Huhu.

    ReplyDelete
  15. menarik nama KFCK tu, ada burger lagi.. semoga persahabatan akan terus berkekalan.. :D

    ReplyDelete
  16. Salam.

    Tunok.. i thought.. TENUK..

    Dah kenapa mata lana ni,hhehehehe

    Kenapa tak amik no telefon mamat surfing tu..eh,hahahahh

    Cheese melimpah ruah ke ladang pinggan! Sedapnya,hahaha

    ReplyDelete
  17. First time dgr ni burger tunok.hihii

    ReplyDelete
  18. lepak lama2 dgn BFF mmg best! wuhuuu lama tak lepak gn BFF sy..

    ReplyDelete
  19. Oh didn't know you can surf in the beach at Malaysia as well :P
    Lee Min Ho in the heirs.. haha yeah exactly

    ReplyDelete
  20. Mcm menarik je burger tu....best yela..mkn2x kepak2x sama....

    ReplyDelete
  21. dalam persahabatan kena pandai give and take kan..baru persahabatan tu boleh kekal :)

    ReplyDelete
  22. fuhh meleleh cheese tuuu ^,^

    ReplyDelete
  23. burger tu mengundang kelaparan betul laa haiii Y_Y

    ReplyDelete