Perempuan.
Tak lari dengan kamera dan gambar. I ni biarpun tak suka nak bergambar tapi kalau dah ada geng yang suka bergambar, I pun on je. Tapi kalau nak harap I sendiri yang cakap, "eh, jom ambik gambar sesama," tu kurang sikit lah.
Anyway, baru dekat dua minggu kerja ni memang pekerja berdedikasi antara yang terawal lah. Harap-harap continue sampai bila-bila lah perangai gitu ye cik kak. Pergi kerja sekali dengan roommate I yang juga merangkap officemate I. Masuk kerja pukul 9.00 pagi tapi pukul 8.30 dah sampai office. Biarpun rumah dengan office sepuluh minit je pun. I guna prinsip biar cepat asalkan tak potong gaji RM10 sehari sebab lambat. Dalam hal ni tak boleh guna pendekatan biar lambat asal selamat. Ini kalau lambat memang tak selamat lah RM10 nya tu. Eh?
Bila dah datang awal, dah siap breakfast kat rumah lagi haruslah ada masa setengah jam sebelum pukul 9.00 pagi. Jadi apa lagi, snap-snap lah ye.
I panggil dia Ariana Rose biarpun namanya Rose cuma.
Hari jumaat, sopan lah sikit kan. Memandangkan sebelum mulakan apa-apa kerja, setiap hari jumaat ada bacaan yasin dan tazkirah sekejap.
Tak cukup meja, kat atas kerusi pun boleh. Ha, nampak tak busy woman kat situ?
Kerja I banyak memerlukan I keluar ke sana ke mari sebenarnya. Nasib baik guna kereta company, kalau guna kereta sendiri memang tahap kesabaran perlu berada di level teratas nak drive kereta manual.
Kononnya candid tapi memang candid.
I tak ingat pulak hari apa, tapi tak sampai seminggu kerja dah kena balik pukul 9 malam. Nasib baik rumah dekat. Pukul 9.10 malam dah sampai rumah. Siapkan tender punya pasal. Tapi soal balik tak payah cakap lah. Paling awal I balik pun setakat ni pukul 6.30 petang. Selalunya sampai rumah memang ngam-ngam lah azan maghrib. Nampak tak betapa berdedikasi nya I? Ceh, padahal banyak kerja sebenarnya.
p/s : Working environment di sini setakat ni memang seronok lah. Paling I suka, family bonding tu. Oh lupa, dan boss yang sangat cantik. Tak percaya? Ha, pergi like page INI dan search mana satu boss I. Hiks
alhamdulillah la happy kerja situ..hehehe...
ReplyDeletebest of luck tau! :D
lewatnya aisya balik.. semoga semua urusan kerja aisya berjalan lancar..
ReplyDeleteSelamat bekerja kak Aisya ;D hee.. Bos ktk yang nama, Shareen yakah? Cantekkkk ;)
ReplyDeleteBestye siap ad tazkirah lg setiap jmaat.moga trus dedikasi ye aisya...
ReplyDelete@Sally Samsaiman
ReplyDeleteso far mmg seronok. hehe.
tq sally! :D
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
ReplyDeletebyk keje lah kak. huhu. tp byk keje pun takde terasa mcm alahai cepatla pukul 6, nak balik. takde pulak gitu.
@Sally Yatiey
ReplyDeleteyup.. shareen ya boss kmk lah.. kacak nak? kmk layap jak nangga mukanya. hehe
@ayut
ReplyDeletetu yg best sangat tu. hehe
dapnye name rose.hehe
ReplyDelete@mazs mazlan
ReplyDeletehehehehe. :D
ya allah kenapa kak comel sangat alahaiiii hihihihi <3
ReplyDeletehave funnn!!! Hihihi <3333 :DDD
wah..bagus lah hepi ngnn kerja..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam singgah sini dik Aisya..bestnya tempat keja adik...ada tazkirah setiap Jumaat..
ReplyDelete@Akeyla Azmi
ReplyDeletehahahaha! alhamdulillah. :P
tq qila! :D
@Normi Nieza
ReplyDeletealhamdulillah setakat ni okay lg. :)
@Mardiah Diana
ReplyDeleteitu yg sy suka kak. byk pengisian biarpun tazkirah ringkas je. :)
btw qilah rasa tak salah kot qilah tengok dah boss akak aisya hihihi mmg comelll <333
ReplyDeletebaru mula keje da jadi busy woman kannn..ok la lau working envrment nye ok.. nk keje pon syiokk je. ^_^
ReplyDeleteBerseri2 muka datang keja. Hihi.
ReplyDelete@Akeyla Azmi
ReplyDeletecantik kan boss. tu yg leka tgk muka boss sendiri. hahahaha!
@Cik Yaya
ReplyDeletetau takpe. hehe. seronok je.
@Isabel Diaz
ReplyDeleteharusss. hehe. dapat aura boss cantik tek nak. haha
kalau environment kat ofis best mmg rasa seronok nk masuk kerja...kalau sebaliknya...emm nk kerja pun rs malas...
ReplyDeletebila seronok bekerja tak terasa pun kan kalau perlu kerja sampai lewat malam :)
ReplyDelete@Mime MF
ReplyDeletekannnn. itu lh. hopefully mcm ni lah sampai bila2. huhuhuhu
@puteri kasih
ReplyDeletebetul tu sis. tgk2 dah pukul 9 mlm. hehe