16/03/2014

Review : Need For Speed

Mesti yang ramai tertunggu-tunggu cerita ini kan? Chipmunk dan aku dah tengok (Saja bagi korang jealous). Ni poster Need For Speed.



Cerita ini berkisarkan tentang perlumbaan kereta yang melibatkan dendam dan juga maruah seorang pelumba. Tobey Marshall (Aaron Paul) adalah seorang mekanik dan pelumba kereta yang handal. Selepas 10 tahun, musuh lamanya, Dino Brewster (Dominic Cooper) kembali ke kampung halaman dan menyuruh Tobey Marshall modify kereta Ford Mustang kerana Dino mahu menjual kereta tersebut dengan harga yang tinggi. Julia Maddon (Imogen Poots) adalah pembeli kereta tersebut. Dia meletakkan syarat sekiranya kereta tersebut boleh mencecah kelajuan 230km/j dia akan membeli kereta itu. 

Disebabkan beberapa konflik, Dino tidak berpuas hati dengan Tobey Marshall lalu mengajak beliau berlumba dan juga disertai oleh Little Pete (Harrison Gilbertson) yang merupakan kawan Tobey. Dalam perlumbaan tersebut, Dino bermain kotor dan menyebabkan Pete mati dalam kemalangan. Tobey berniat untuk membalas dendam. Macam mana Tobey mahu melakukannya? Adakah dengan cara seorang pelumba atau bunuh je si Dino tu? Itu korang kene tengok lah aksi yang seterusnya.



Cerita ini secara jujurnya aku cakap memang gempak lah! Jalan cerita yang menarik. Kadang-kadang sampai chipmunk sendiri terkejut dengar bunyi kereta yang kuat secara tiba-tiba. Watak cerita ini pelbagai. Ada yang suka melawak, serius, antagonis, romantik dan lain-lain la. Kalau masa tengah serius, memang menjadi lah. Kalau tengah serius itu, ada juga lawak yang diselitkan. Kereta yang diorang guna semua boleh dikategorikan sport car dan super car. Memang best gila masa diorang tengah berlumba. Cara polis bercakap pun sama macam dalam game (bagi siapa-siapa yang pernah main game ini la). Tak tahu nak gambarkan macam mana. Apa lagi, pergilah tengok cepat-cepat cerita ini. Overall rating 7.5/10.








Sumber : IMDb dan Google

24 comments:

  1. amboiii melampau nii.
    hihihihihi nak tengok gak ish manacii T_T

    ReplyDelete
  2. mmg dalam hasrat hati nk pi tengok.. tunggu masa je.. hehehe..
    lagipun, mmg minat giler game dia.. NFS most wanted, undercover, carbon, most wanted 2, smua pnah main.. heheh

    ReplyDelete
  3. Blm tgk.. Macam best ;D

    ReplyDelete
  4. zizie baru tgk semalam.. best kan.. tapi, bawah sikit r fast & furious.. btw, kalo akak nak tgk cerita pompeii, aka download jela.. xyah hbs kan duit kt cinema :D

    ReplyDelete
  5. Alamak dah keluar ke.. huhu.. confirm la best.. game dia pun best...

    ReplyDelete
  6. wahh best cerita nie.. nak pergi tengoklah nanti

    ReplyDelete
  7. Nak ajak en.suami tengok nanti.. :)

    ReplyDelete
  8. alaaa macam best jakkk. mok tengok juakkkk!!

    ReplyDelete
  9. Ni mesti cerita ala2 Too Fast Too Furious kan... Lama x tengo wayang. Huhu..

    ReplyDelete
  10. macam best je...tapi sekarang ni jarang pergi tengok wayang :)

    ReplyDelete
  11. Owh, game Need for Speed tu dah jadi cerita ka? Tedi tak main game tu, hehe... mesti best cerita ni sebab ada kereta.

    ReplyDelete
  12. akak tak tengok lagi citer ni..best ker dear ?:)

    ReplyDelete
  13. byk bintang tu... kira leh tengok lah ni, ke patut tunggu fast n furious? hhee.. tapi paul walker takde cam tak best

    ReplyDelete
  14. menarik filem ini, nak pergi tengok juga la nanti.. :D

    ReplyDelete
  15. macam cte fast and furious je hehe...nnti leh la try tgk

    ReplyDelete
  16. teringat ngan gerek mek Paul Walker.
    sian nyaa :'(
    ehh.. hahaha.

    ReplyDelete
  17. mcm dh jarang mok tgk movie..kesian dgn dirik sendiri sbb xda masa utk melepakkan diri nangga movie..hukhuk

    ReplyDelete
  18. Ada cakap kurang menyengat. Acane ni? Nak tonton ke tak?

    Ikhlas,
    profhariz.com

    ReplyDelete
  19. Lama dah tak tengok wayang ni. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  20. best mcm fast & furious x?..hehehe...

    ReplyDelete
  21. saya lebih suka tengok dekat rumah sahaja

    ReplyDelete
  22. Tgk thriller dia aritu..nmpk mnarik..

    ReplyDelete