24/04/2014

ALDO, Khas buat Si Penggila Kasut

Siapa yang suka shopping kasut kat sini sila angkat tangan? Boleh lah geng dengan Iolls. Pantang nampak kasut cantik mula lah meroyan nak beli. Sebab tu lah selalu kena bebel dengan En. Barney, kasut dah seguni masih lagi nak beli lain. Haish.

So for those yang memang gila kasut mesti dah pernah dengar tentang ALDO bukan? Bagi yang tak pernah dengar tu boleh lah Iolls introduce sikit. Kot-kot lah nanti terjatuh hati pulak kan.


Aldo merupakan antara salah satu jenama terkenal di Malaysia yang sebenarnya sebahagian daripada syarikat besar daripada Kanada, dikenali di seluruh dunia sebagai syarikat yang mengendalikan store kasut dan aksesori. Selepas menempuh nama di peringkat antarabangsa, kini mereka boleh berbangga dengan adanya hampir 1600 store di bawah empat jenama retail dan salah satunya sudah semestinya Aldo Malaysia.

Kemuncak populariti mereka dikecapi pada tahun 2012 apabila bekerjasama dengan Ratu Pop dunia Madonna untuk keluaran fesyen eksklusif bersama penyanyi terkenal itu. Perjalanan meluaskan pengaruh kemudiannya menjadi lebih mudah selepas menempa kejayaan besar tersebut. Nama mereka sebagai pengeluar kasut untuk pasaran dunia dengan kualiti yang cukup tinggi serta rekaan menarik telah berjaya menambat hati para pembeli.


Beli kasut Aldo daripada seleksi rekaan dan stail terkini yang menggabungkan gaya moden dan klasik. Mesti uolls akan nampak stylish sewaktu berjalan di khalayak ramai dengan sepasang kasut tumit tinggi daripada Aldo untuk wanita. Vogue gitu, bila lagi nak feeling-feeling retis kan. Manakala untuk lelaki pulak, pastinya kasut kulit lace akan menjadi pilihan sama ada untuk aktiviti kasual mahupun ke pejabat. Aldo menawarkan kasut yang bermutu tinggi untuk kedua-dua lelaki dan wanita yang mana pastinya menepati keperluan serta personaliti anda.


Bagi yang complete package of kaki shopping online dan kaki shopping kasut, Iolls ada cadangan yang best punya untuk uolls. Senang je, layari website Zalora and try usha barangan keluaran Aldo. Lebih baik kalau uolls rembat satu dua pulak lepas tu. Nak borong sampai 10 pun boleh, tak ada siapa nak halang pun. Ada pelbagai barangan Aldo yang uolls boleh cuci-cuci mata tengok kat website Zalora tu. Klik mouse je nak apa. Kasut, bags, wallets, sunglasses, topi, aksesori dan macam-macam lagi lah. Semua ini boleh didapati dengan harga yang cukup berpatutan! Sekarang tak main dah petik-petik jari, klik mouse je. Teknologi dah makin maju katanya.

So tunggu apa lagi? Cepat-cepat pergi website mereka dan dapatkan segala macam info especially koleksi Aldo terbaru. Ada juga disediakan procedure pembelian online yang cukup mudah dan selamat. Malah dalam masa yang sama anda pastinya dapat berjimat kerana penghantaran di Zalora boleh didapati secara percuma! Jom shopping online!

Jom join Iolls jenguk-jenguk apa yang ada di sana.

11 comments:

  1. Cantikkkkkkk ;)

    ReplyDelete
  2. ika ada sekali je shopping flat shoes kat zalora...pastu kasut tu ntah mana ntah sekarang ahahahaha

    ReplyDelete
  3. yeay kita geng..
    kasut yg tak pakai lg pon ada..-.-'

    ReplyDelete
  4. Kelak mewk jenguk Zalora. Mun ada yang berkenan di hari, adalah mewk beli barang sepasang. Hahaha.

    ReplyDelete
  5. wahhh Aldo.. memang dah lama i adore.. hehe..

    ReplyDelete
  6. Ayut suka kasut...tp kasut mahal setahun blm tntu skali.hihi

    ReplyDelete
  7. mcm tahu2 jer kak shida mmerlukn kasut baru hehee ^_^

    ReplyDelete
  8. @ayut hahaha xpe je ayut . gred biasa pun ada je sama macam original punya

    ReplyDelete