06/04/2014

Tempat dating paling rare di dunia!

Merujuk kepada entri INI, lewat pagi semalam terus ke bengkel untuk sesi menukar 'kaki' baru buat Si Merah kesayangan hamba. Iolls ni kalau tiap-tiap minggu tak ke bengkel kereta memang tak sah. Last week gara-gara kunci tak boleh lock. Last two weeks nak tukar ini, nak tukar itu. Macam-macam ragam Si Merah ni. Almaklum lah, umur kereta pun dah mencecah 17 tahun. Berdebar jugak sebab hujung tahun ni kereta Iolls nak ambik SPM. Eh?

Almost every weekend memang destinasi utama adalah bengkel kereta. Selalunya En. Barney akan bawa ke bengkel kenalan ayah En. Barney. Berdepan dengan Stesen LRT Taman Melati. Uolls try hantar kereta kat situ, kalau nasib baik memang terserempak lah dengan I dan En. Barney kat situ sebab nak hantar Si Merah masuk wad. 


Hari ini 'dating' kat bengkel tayar pulak. Beralih angin ke bengkel lain. Blogger Sally kata orang lain dating dekat shopping complex dan yang sewaktu dengannya. Iolls pulak, bengkel kereta. Ada dibuat orang? Ha, tak ada kan. Haruslah mencari kelainan di situ ye. Tiap-tiap minggu dating di bengkel. Biar extraordinary sikit. Ceh. 

Anyway, bengkel tayar yang Iolls dan En. Barney pergi semalam sebenarnya direkomenkan oleh kenalan ayah En. Barney. Katanya bengkel tayar yang ini murah sedikit berbanding tempat lain. Sebiji tayar kereta kancil berjenama Falken hanya dengan RM95. Tukar dua tayar depan sebab tayar belakang elok lagi. So total termasuk alignment, balancing and whatsoever adalah RM290. Iolls sebenarnya dah bajet dalam RM300+. 

Lagi satu, officemates En. Barney ada bagitau yang tayar jenama Falken ni elok jugak. Lebih tahan lama, lebih senyap dan agak affordable. Tapi kalau uolls dah guna tayar Michelin and yang sewaktu dengannya Iolls tak boleh nak kata apa lah kan. So, siapa-siapa yang berada di area Kuala Lumpur and Selangor mungkin boleh lah try pergi bengkel tayar ni kalau nak tukar tayar tu atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya tu. Tengok murah atau tak. 


Service pun okay. Agak cepat. Tak perlu nak tunggu lama-lama sangat. Biarpun banyak kereta tapi ramai pekerja. So, tak ada masalah kebosanan menunggu. Bosan pun, kejap saja sebab tengok-tengok kereta dah settle dah. 

19 comments:

  1. haha..kmk pun pernah dating kat sia. ngantok mata mek nunggu turn.

    ReplyDelete
  2. bila guna kereta...erm maintenance dia lbh dr kita kot kan aisya..hihi

    ReplyDelete
  3. @Yumida Huda
    sebab ya kmk selalu bekal novel. takut lamak. hehe

    ReplyDelete
  4. @Aishah Jahirah
    lagi2 kereta yg dah tua mcm kereta sy tu. huhu

    ReplyDelete
  5. Memang rare! Hee, lelah nunggu ya kak ;D

    ReplyDelete
  6. hahahaha...sengal! yela..yela...go ahead...be extraordinary :P

    ReplyDelete
  7. @Sally Yatiey
    yala kenak mbak novel sekali. sikda berasa gilak nunggu. hehe

    ReplyDelete
  8. aso tyre? ok ok got it dah keep it in my mind hehe.
    cehhh memang akak ni lain drpd yg lain hihihi

    ReplyDelete
  9. servis yang memuaskan hati akan terpahat dihati.boleh datang lagi

    ReplyDelete
  10. @Akeyla Azmi
    harusla lain dari yang lain. haha!

    ReplyDelete
  11. aku pernah pakai tayar falken. kalo ikut pengalaman peribadi, falken aku yg aku guna dlu cepat haus. aku lebih prefer guna goodyear.

    ReplyDelete
  12. @Cik Yaya
    nk buat mcm mane dah kereta asyik masuk wad aje. hehe

    ReplyDelete
  13. @aswadz
    goodyear pun ok jugak. depends on size dan ketebalan jugak kot. baru perasan before ni guna falken jugak. bertahun jugak guna. :)

    ReplyDelete
  14. Mmg rare tmpt dating..hihi.ayutpkai jnma biasa je...stakat arini xde mslh..dhla rim 17.mnangis nk tukar tayar

    ReplyDelete