04/05/2014

Bloggers' Mini Gathering @ Flora Kafe, Ampwalk

Entri ini mungkin agak panjang dan mungkin juga penuh gambar. Alamak, cermin mata lupa pakai. Nak taip entri panjang-panjang, mata spare harus ada. Nanti berpinar-pinar biji mata ni tak sempat pulak nak taip sampai habis. Takut bising pulak adik comel Qila sebab tak update entri lagi. 

Memandang kalau nak cerita part by part tu tak syok pulak rasa sebab rasa macam tengok cerita korea, bila part best je sedar-sedar dah habis dan kena tunggu episod lain so kita rangkumkan semua cerita untuk Mini Gathering ini dalam satu entri sahaja. Oh, sila baca ayat tersebut dengan hanya satu nafas. Boleh? Dan memandangkan Iolls ni kalau dah menyimpang jalan cerita tu lupa daratan sekejap, jadi harus bahagikan mengikut subtopik siap-siap dalam entri ini. Gaya dah macam tengah writing thesis pulak cik akak ni kan. 


1.1 FLORA KAFE, AMPWALK

Sebenarnya I pernah berurusan sekejap dengan Flora Etcetera masa I kerja di company lama dulu. Sekejap je lah sebab I kerja situ pun sekejap je. Langkah kaki masuk Flora Etcetera tergamam tengok dekorasi yang sangat cantik! Bila Qila kata Mini Gathering akan diadakan di Flora Kafe, terus terlintas di fikiran I tempat tu memang bombastik punya cantik lah. Penuh dengan bunga-bungaan gitu. 


Sampai-sampai je, sembang kejap baru buka menu. Masing-masing pening tak tau nak makan apa. Pagi tu I memang dah melantak one and a half Egg Tart. Half tu datangnya dari I culik sikit En. Barney punya bahagian. So lunch tu perut still kenyang lagi sebenarnya. Cari juga something yang tak heavy sangat dan tak lah ringan sangat. Itu pun pening jugak tak tau nak makan apa. Last sekali pilih Chicken Chop

Chicken Chop with Mushroom Gravy

En. Barney pulak pilih Black Pepper instead of Mushroom

Melengkapkan hidangan lunch weolls untuk tengahari itu adalah Watermelon dan Orange Juice. Yang I paling suka tentang Chicken Chop di Flora Kafe ni adalah gravy nya. Black Pepper mahupun Mushroom. Sedap! Sekejap-sekejap I culik sikit Black Pepper dari pinggan orang sebelah. 

Dessert

Yang ini adalah surprise dari Flora Kafe. Thank you, thank you! Disebabkan weolls syok sangat berlari-lari anak ke sana dan ke mari hanya kerana bergambar, tak perasan dengan kehadiran ini di atas meja. Aiskrim vanilla dengan pisang sira, touch up sikit dengan buah ceri dan juga kacang almond. Oh, sangat manis! Bagi penggemar makanan-makanan yang manis mesti suka! Disebabkan Iolls ni bukan lah penggemar makanan yang manis, jadi I mampu kutip kacang almond je. 


Flora Kafe memang sesuai sangat untuk sebarang event macam birthday party, bachelorette party atau segala macam party ataupun gathering. Dengan dekorasi yang sangat cantik dan sangat sesuai untuk uolls selfie berjuta-juta lemon kali. Bunga-bunga cinta di mana-mana. 


1.2 BLOGGERS' MINI GATHERING 

Supposedly start pukul 12.00 tengahari. Tapi memandangkan I dan En. Barney pergi somewhere kejap before tu, sampai di Ampwalk around 12.30 tengahari jugak. Tapi yang lain-lain pun tak sampai lagi. Masuk toilet kejap, tak lama kemudian dapat WhatsApp dari Sally bagitau dah sampai. 

Mula-mula agak segan lah jugak sebenarnya. Sebab tak tau siapa lagi yang akan datang. Cuma tau Qila dan Sally je. Tapi bila dah ramai-ramai sampai, baru nampak Asha Hana dan dapat tau yang Kak Farah Bubblynotes dan juga Ayue Jean Blogger Retis pun ada jugak. 


Bertemu jua kita akhirnya wahai adik comel! Oh, Qila yang comel jangan lupa janji nak belanja tengok Mockingjay Part 1 nanti ye. Hiks. 


Mengikut perkiraan ini adalah pertemuan yang ketiga dengan Sally. Oh, Iolls memang suka kacau Sally tengah selfie. Jangan marah. 


Personally suka sangat dengan gambar ni. Sebab kita semua nampak sangat comel. And by the way Ayue Jean Blogger Retis comel sangat lah. Terima kasih kepada Cik Monopod anda ye Sally


Dapat jumpa Kak Farah Bubblynotes and Ash the Bubbly Baby. Biarpun tak sempat nak beramah mesra, tak apalah. InsyaAllah next time boleh jumpa lagi. 


Tak sangka boleh jumpa Cik Misi Asha Hana time ni sebenarnya. And cerita lawak yang tak berapa nak lawak sangat lah dengan Niesa Lovecrew. Bukan main lagi masing-masing cakap KL gitu padahal dua-dua asal Sarawak. Sebab masing-masing takut salah orang. Kalau nenek Iolls tahu ni, mahu kena bebel. Tak pasal-pasal kena cop lupa daratan pulak nanti dengan nenek. 


Terima kasih buat Bella selaku organizer dan Qila yang jemput Iolls untuk datang. Seriously sangat-sangat seronok okay! Iolls rasa pipi ni dah macam kena cucuk botox. Lenguh sebab gelak je memanjang. Biarpun ada yang Iolls macam tak pernah singgah lagi blog diorang tambah-tambah pulak sekarang ni dah tenggelam timbul blogging. Tapi first time jumpa rasa macam reunion pulak. 

Mini Gathering @ Flora Kafe

Reminder buat semua, Mockingjay Part 1 nanti masing-masing jangan lupa tuntut tiket dari Qila seperti yang telah dijanjikan ya.

#SesiBahanQilaTakHabisLagi #QilaMestiBelanja #QilaJanganSentap #SayangQila

p/s : Disebabkan ada banyak sangat gambar, Iolls tak tau gambar mana dari siapa. Sesiapa yang berkenaan, pinjam gambar ye. 

38 comments:

  1. Hooray! Sally tak update lagi..hahaha....malas weh..malas...hahaha...yeay! Qila nak belanja..happynya titew~

    ReplyDelete
  2. meriah sangat mama tengok u all semua.. hihi.. comel aisya, tembam pipinya!

    ReplyDelete
  3. Kak Aisya. Baru hr nie nak pnggl akak sbb perasan umur Tu. Jangan Marahh. Hahah

    #thnx kakak sayang. I love that day. The part where can we 'berselfie' all over time. Haha *kiss hug*

    ReplyDelete
  4. Eipp eipp dah habis lahh sesi bahan ish kak Aisya niiiii hahaha.

    Best nyaaa ayat kak <3333
    Hahaha ayat qila semua habis tunggang langgang hahaha.
    Hugs!!!!

    ReplyDelete
  5. syoknya dapat berkumpul ramai ramai mcm tu...saya masih belum berpeluang utk bergathering gini lagi...hihihih...

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaaaaa ;)

    ReplyDelete
  7. bestkan bergathering jumpa rakan-rakan bloggers..walaupun first time jumpa tapi rasa macam dah lama kenal.

    ReplyDelete
  8. happeningnyaa!!
    teringin jugak nak gather antara blogger..huuhuhu..

    ReplyDelete
  9. Yeay ! Jangan lupa tuntut tiket and eskrem cornetto pink masing masing dengan Qila. :P

    ReplyDelete
  10. thanks for coming aisya !! hehe. baru kenal tuan blog yg mane, slalunya tgok blog aje. =)

    ReplyDelete
  11. Wow.. havocnya korang... meriah

    ReplyDelete
  12. amboi bestnya... hehehe... sukerwww sangat..kahkahkah

    ReplyDelete
  13. @Norhasniza Khalid

    tang pipi tu mama, haruslah bulan penuh. haha!

    ReplyDelete
  14. @asha hana
    lain kali kita jumpa lagi tauuu. hehe

    ReplyDelete
  15. @Aqilah Azmi
    sesi bahan qila mmg takkan habis lah. terima lah kenyataan :P

    ReplyDelete
  16. @Lynn Hamzah
    sy dulu mcm tu jugak. sekarang baru ada kesempatan nak ikut gathering ni. :D

    ReplyDelete
  17. @puteri kasih
    bila kita nak jumpa ni sis. huhuhu. teringin sgt nak jumpa kakak cantik. huhu

    ReplyDelete
  18. @husna zahidi
    ha, boleh je set masa kalau nak gathering2 mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  19. @bella luna
    terima kasih kembali. hehe. bila next gathering ni bella? hikhik

    ReplyDelete
  20. @Syaifuddin Alias
    hahahaha! takpayah nak sukerwwwwwwww sgt lah. hahaha!

    ReplyDelete
  21. first time jumpa kak aisya dekat gathering tu..comel betollll.. xD

    ReplyDelete
  22. missed the moment..hahaha..3jam x ckp la mok polah gathering..perlu lamak2 kit..hehe

    ReplyDelete
  23. btol2 rasa pipi ni dah macam kena cucuk botox bila asyik bergambar banyak sangat...nice to knowing u aisya...;)

    ReplyDelete
  24. hahaha...a'a..kesian ngan qila time tu tapi nak buat cammana??lumrah yang bungsu..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  25. @Azwar Syuhada
    hehehe.. azwar senyap je time tu.. takpe nanti lain kali kite jumpa lg ye.. insyaAllah. :D

    ReplyDelete
  26. @Niesa
    mun dah berloyar, sehari pun sik cukup. haha

    ReplyDelete
  27. @^^nu[dd]yra^^
    kannnn.. hehehe.. seronok jugak dpt kenal kak dd. :D

    ReplyDelete
  28. wee bila ni..?
    xajak pon tau..huuuuu

    besh la dpt jumpe kan

    ReplyDelete