15/05/2014

Liebster Award - Jazz Lover

I sememangnya ada banyak entri tertunda dan tertunggak sebenarnya. So daripada semuanya kian tertunggak baik I settle dulu semua yang berkaitan dengan Liebster Award ni. 


Terima kasih Jazz Lover ataupun dulu yang dikenali sebagai Isabel Diaz. Terima kasih tag kamek. Sorry lambat sikit mok jawab. Hiks. 

1. Contohlah smartphone Samsung dengan Iphone korang jatuh dalam air, yang mana korang selamatkan dulu? Lol.
I pengguna smartphone Sony so kalau Samsung atau Iphone jatuh dalam air, I biarkan aje sebab bukan phone I pun. Boleh? 

2. Manusia jahat yang jadi baik. Manusia sedia ada baik. Yang mana korang cenderung pilih jadi teman hidup?
Kalau I pilih mana-mana ni, sentap pulak En. Barney nanti. Baik diam. 

3. Boleh tak korang cerita pasal personaliti aku berdasarkan penulisan aku? Aku garang ke. Aku gedik ke. 
Susah untuk menilai karakter dan peribadi orang melalui penulisan semata-mata. Akan ada bias di situ. Tapi kalau nak tengok dari segi penulisan, for sure bukan orang yang garang mahupun gedik. 

4. Boleh tak korang cerita secara ringkas mengenai blog korang pulak? Aku pun nak tau jugak sikit-sikit.
Nak cerita ringkas tu takut tak berapa nak ringkas pulak. Kejap lagi adalah I melencong ke mana-mana tu. Senang cerita ROJAK. I nak tulis apa, nak update pasa apa, itu semua ikut sedap I menaip je. 

5. Korang suka baca pasal apa kalau masuk dalam blog aku? Kalau rajin masukkanlah link entry sekali.
I bukan jenis yang memilih untuk baca entri. Update lah pasal apa sekalipun I baca jugak. Tapi dengan syarat, semuanya sedap je mata untuk memandang dan untuk membaca. 

6. Korang suka jaga kecantikan tak? Kalau korang suka, jenama apa yang paling best bagi korang?
Nak kata jaga sangat pun tak jugak. Tapi wajib bagi I untuk cuci muka sebelum tidur. I sekarang guna Nanowhite. Alhamdulillah, memang sesuai untuk kulit I pun. Before ni pakai brand Hazelin Snow yang dah berkurun tu. Tapi bila dah susah nak cari, baru start guna Nanowhite cuma Nanowhite ni agak mahal sikit lah. Tak apalah asalkan puas hati. 

7. TDM, TUDM, TLDM, PDRM, JBPM, ALAM dan JPAM. Yang mana paling smart bagi korang?
Dah agak dah budak ini mesti ada selit-selit jugak soalan mengenai ini. Errr, nak jawab apa ni?

8. Ciri perempuan/lelaki idaman korang. Sengal? Serabai? Skema? Smart? Lurus bendul?
Honestly, En. Barney memang bukan taste I pun sebenarnya. So, nak jawab En. Barney tu tak boleh lah. Actually pernah jumpa lah lelaki yang betul-betul ikut taste I. Tapi, rasa macam tak boleh lah. Lebih selesa dengan En. Barney lagi. So kesimpulannya di sini, cari lelaki yang betul-betul menepati citarasa uolls pun kemudian mungkin akan rasa tak ngam jugak. So better cari lah lelaki yang uolls selesa. Itu ikut pendapat I lah. Tak pentinglah ciri-ciri ini semua, yang penting selesa. 

9. Kalaulah korang ada anak perempuan, korang suka anak korang rambut lurus ke ikal?
Disebabkan rambut I lurus, so I prefer kalau gene I yang dominan untuk trait rambut ni. 

10. Kalau korang ada anak, nama anak-anak korang apa? (lebih dari satu pun takpe)
I suka nama yang klasik. For example, Orked and juga Dian. Tapi siang-siang lagi dah kena reject dengan En. Barney. Sadis. 

11. Namakan tempat unik yang korang tau. Kalau setakat Paris tu tak yah ceritalah.
Tempat unik? Hmmm. Unik yang macam mana eh? Ha, Pantai Hawaii kat Miri. Tak payah susah-susah terbang ke Kepulauan Hawaii. Di Miri, Sarawak pun ada Pantai Hawaii. I pun dah lama tak ke situ. Kalau dulu pasir pantai dan lautnya memang sangat cantik. Sekarang ni tak sure pulak sebab dah lama tak ke sana. 

Dah settle 11 soalan. Memandangkan sesi tag dah selesai di soalan yang lepas so malas nak tag dan cari soalan untuk yang kali ini pulak. Soalan dari Pakwe Niesa kena tunggu di lain waktu. 

p/s : Ngantok lah. Tidur dulu. Nite-nite

9 comments:

  1. nanti nak kena buat soalan yang adik manis tag sis..hehe :)

    ReplyDelete
  2. paling tertarik dengan no 10 tu... hahahaha.... sabar la kak aisya.. tapi, dian tu okay apa..

    ReplyDelete
  3. soalan no 7 tu, kalau jawab uniform SMART boleh tak???hehehe..oh, Niesa dah ade pakwe ke??..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. @puteri kasih
    sila2. hehe. takde paksaan pun sis. nk buat lagi sy suka. hehe

    ReplyDelete
  5. @Nurul Farahizzati Zakaria
    hahahaha. sadis! belum apa2 lg dah kena reject. hahaha

    ReplyDelete
  6. @Azlan Strider
    Kura-kura naik Volkswagen,
    tak payah nak pura-pura segan.

    hahahahaha,
    terjadi pantun dua kerat lah pulak.

    ReplyDelete
  7. Cney pantai hawaii bah? sik pernah dgr.. hee

    ReplyDelete
  8. @Sally Yatiey
    kat bakam sia bah. area2 skolah ya. depan ya ajak. sik tauk lah kinek tok pa ceritanya. haha

    ReplyDelete
  9. orked?dian? hehe...
    ni kes bnyk sgt tgok drama ke ape ni... ^,^

    ReplyDelete