Masih lagi dengan cerita basi minggu lepas. Er, mungkin tak adalah basi sangat kot. Buat kali yang mungkin ke 5 kali I ulang, family Iolls terbang bercuti di sini. Menjenguk si perantau yang keseorangan kat sini. Amboi, bukan main sadis lagi ayat kan. Over je. Anyway, bila family datang, haruslah I nak bawa pergi makan-makan somewhere yang mungkin rasa macam special sikit. And thanks to Blogger Retis Ayue Jean untuk entri beliau yang INI.
I tahu tentang Restoran Golek-Golek memang dari Blogger AJ. Dah baca entri beliau, baru perasan signboard Restoran Golek-Golek betul-betul tepi highway MRR2. Time tu I dan En. Barney like, "Seriously, ada restoran ke kat dalam ni? Dah la macam sunyi je." Pelik tak pelik, weolls tetap pergi jugak. Tapi before tu, whatsapp Blogger AJ dulu nak confirm kan balik. Sebab macam tak percaya ada tempat makan di kawasan itu.
sumber : Facebook Restoran Golek-Golek
Memang bertemankan suasana kampung bila makan di Restoran Golek-golek ni. Tengok lah rumah dalam gambar di atas. Cantik kan? I dah lah memang suka rumah-rumah kampung yang macam ni.
Biarkan saja lovebirds ini yang menuang air untuk anak-anak yang kelaparan. Hiks.
Ikan Siakap
Ikan Pari
Disebabkan bapa I tak makan petai, so weolls tak order ikan bakar dengan sambal petai. Order sambal biasa saja. Kejap lagi penyakit Gout dia datang, tak boleh nak shopping sakan. Dan adik-adik Iolls memang suka sangat makan Ikan Pari Bakar. Order sambal bagi kurang pedas sebab yang tahan pedas cuma En. Barney saja dan family I pulak memang jenis yang tak makan dan tak tahan pedas.
Ikan bakar bertemankan sayur terung dan campuran sayur kacang botol, kacang bendi dan satu lagi yang I tak ingat sayur apa lagi dalam menu tu sebab I main makan saja, tak tengok dah apa bahan-bahannya. Yang I tahu dalam sayur kacang tu ada petai. At least tak lah kempunan makan sambal petai kan. Ehem.
Apa yang I boleh cakap, Ikan Bakar Restoran Golek-Golek ni fuhhhhhhh, sedap gila! Itu baru sambal biasa. Belum sambal petai lagi. Tapi I paling suka dengan menu sayur kacang tu. Biarpun pedas sampai menangis-nangis I makan, tapi tetap tak boleh nak berhenti. Adik I yang tak pernah-pernah minta nasi tambah, tiba-tiba kali ini boleh minta nasi tambah pulak. Bapa Iolls yang agak jarang memuji satu-satu makanan pulak, memang tak habis-habis bagitau sayur Restoran Golek-Golek sangat sedap! Sayur terung tu memang tak bergerak-gerak dari kedudukan asalnya di depan pinggan Bapa I. I pun tak sempat nak rasa, tengok-tengok dah habis dah.
Memang happy sangat sebab ambik keputusan untuk bawa family datang makan sini sebab semua berpuas hati dengan makanannya dan juga suasana di sini. Dah la tempat cantik, makanan pun sedap.
Restoran Golek-Golek Suasana Kampung
Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100, Selangor.
Facebook : Restoran Golek-Golek Suasana Kampung
Nak bagi directions macam agak susah sikit. Tapi kalau uolls perhati je signboard kat tepi highway MRR2 yang menghala ke Taman Melati, uolls mesti akan jumpa jalan masuk nak ke Restoran Golek-Golek. Agak hidden sikit restorannya. Dan untuk pengetahuan uolls, Restoran Golek-Golek hanya beroperasi pada hari Jumaat sehingga Ahad sahaja dari pukul 7 malam sehingga 12 tengah malam. Sesuai sangat kalau uolls nak bawa family datang makan-makan di sini. Tenang saja suasananya.
p/s : Mungkin ada dua sebab kenapa dinamakan sebagai Restoran Golek-Golek. Nak ke sini pun dah bergolek-golek naik bukit tinggi. Dah selesai pulak, bergolek-golek kepedasan. Suka hati I je buat konklusi sendiri.
Ikan Pari Bakar memang terbaik
ReplyDeletenyum3...sedapnyeee..tapi jauh la pulak,hehe
ReplyDeletehttp://butikgebugebu.blogspot.com/
Salam Selasa, Aisya...
ReplyDeleteMacam best lah makan kat sini... nanti nak kena pi try jugak ni... x jauh pun... :)
Wahhh..menarik la tempat mkn ya..kacak view..ehem2..org srwk nang xtahan pedas kan..ehehe..
ReplyDeleteok nk try la cmni aisya,, hehehe una yg selalu kt gombak lalu tgkkkk je hehe nk try la nk try la
ReplyDeleteMacam nak kena try je ni. Petai tu petai tu. Haish. Hahahaha.
ReplyDeletep.s : eh ayah aisya pun ada gout ?? samelah ayah kita. :D
wahh..cantiknya..xnampak macam restoran..
ReplyDeleteNyaman ;D
ReplyDeleteerm...mesti sedap sampai tergolek-golek ni.
ReplyDeleteSedap kan makanan kat sini......
ReplyDeleteLain dari yang lain.....
Harga pun sangat berbaloi... =D
sedapnye ikan bakar...nyum3...
ReplyDeletehuhuhu...tak tau pun ada restoran nih...tfk keadaan restoran memg best...boleh singgah sini nti
ReplyDeleteMmg mcm sdap
ReplyDeleteNampak macam sdp je..nk try la siakap bakar sambal petai.. Era dappp
ReplyDeleteMacam sedap je nk pergi jek...erm dap
ReplyDelete