29/06/2014

Review Transformers : Age of Extinction

Malam tadi aku dan Chipmunk pergilah tengok cerita ini. Kali ini kitorang tengok kat Encorp Strand Mall sebabnya kat situ masih lagi baru dan tak ramai orang sangat. Cadangnya nak tengok kat Sunway Pyramid tapi bila nak beli tiket online tengok penuh pula. Ok, ini posternya.



Cerita kali ini mengisahkan seorang mekanik robot, Cade Yeager (Mark Wahlberg) menemui sebuah trak lama dan terkejut trak tersebut merupakan Optimus Prime. Anak Cade Yeager, Tessa Yeager (Nicola Peltz) pula bingung kerana masalah kewangan untuk melanjutkan pengajian. Autobot pula terpaksa bersembunyi daripada manusia atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama, Megatron dihidupkan kembali. Kenapa autobot bersembunyi dan macam mana pula Megatron boleh muncul semula? Nak tahu kena tengoklah cerita ini.





Pada aku cerita ini memang mempunyai jalan cerita yang detail iaitu menerangkan sesuatu kejadian dengan sangat jelas. Jangan terkejut kalau cerita kali ini sampai dua jam setengah. Watak yang pelbagai dan peranan watak yang sesuai pada tempatnya menjadikan cerita ini lebih menarik. Setiap watak dalam cerita ini juga agak seimbang. Kalau nak tengok Transformers ini, kena tengok episod yang sebelumnya. Takut ada bahagian cerita yang korang tak berapa faham. Secara keseluruhannya bagi aku cerita ini 7/10.





Sumber : Google dan IMDb

7 comments:

  1. teringin nak tengok. tp nampak nyer kena tgk midnite je la...

    ReplyDelete
  2. i prefer transformers 3. transformers age of extinction AV is good but the movie is too long and all about fighting

    ReplyDelete
  3. owh...no wonder ada skit mixreview bile cerita ini keluar..ada yang kata best dan ada yang kata hambar...yang kata hambar tu mungkin tak tengok /lupa jalan cerita transformers yang sebelumnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. husna dah p tgk.. tak sgka bnyak komen negatif yg penonton bg..

    ReplyDelete
  5. masih belum berkesempatan menonton lagi..dah ramai yang review cakap best.

    ReplyDelete
  6. Assalam cik aisya..

    yaya pon baru tgok jumaat lepas..
    besh..bleh than la..agk lama jugak citer tu kan...heee =D

    ReplyDelete