10/07/2014

Alahai Kesian Si Merah

Asalnya nak buat entri lain, terbuat entri lain pulak. Alkisahnya petang semalam masa on the way balik kerja dan hanya beberapa meter lagi nak sampai rumah, malang tak berbau 'pipi' Si Merah Iolls kena cium pulak dengan sebuah Mitsubishi Storm. Masa nak keluar simpang, driver tu kata dia cuma tengok sebelah tepi je. Kereta depan dia tak tengok pulak dah lepas belum. 

Nasib baik tak ada yang kemek, cuma lampu belakang bahagian kanan je yang pecah. Lagipun masing-masing time tu bawa slow. Yela, nak keluar simpang takkan nak pecut juga. Lagi-lagi time tengah jammed.


Nasib baik sikit saja. Dan Alhamdulillah, yang langgar tu pun okay je tak banyak songeh. Malas nak marah-marah biarpun sakit hati tengok kereta macam tu. Kalau dia yang langgar tapi banyak songeh itu memang mengundang lah. Tapi benda dah nak jadi. Orang tu cakap elok, kita pun cakap elok. Lepas buka puasa semalam, En. Barney terus pecut datang rumah Iolls. Try settle malam tu jugak sebab hari ini En. Barney nak pergi outstation dua hari. Settle baik-baik dan semuanya selesai malam tadi jugak.

Pukul 10 malam, pergi bengkel untuk betulkan lampu. Nasib baik bengkel member ayah En. Barney. Call suruh dia cari apa yang patut, sampai-sampai terus tukar. Alhamdulillah semua settle malam tadi jugak biarpun Si Merah Iolls nampak pelik sikit lampu belakang lain sebelah. 

So uolls semua, nak balik berbuka puasa tu bawak lah bersabar. Kata puasa kan? Sabar itu adalah sebahagian dari iman. Jangan hanya kerana mengejar masa nak berbuka, kita lupa erti sabar di jalan raya. Hanya kerana mengejar masa, kita juga lupa kewujudan signal. Bukan sahaja berpuasa menahan lapar dan dahaga tapi cuba juga untuk berpuasa di jalan raya.

p/s : puasa dari makan dan minum je, bila dah atas jalan raya ramai yang terlupa yang dia tu tengah puasa. 

13 comments:

  1. Alahai, kesiannya si merah... Nasib x banyak kan... :)

    ReplyDelete
  2. kalau tak sabar mcm tu lah jadinya..huhu

    ReplyDelete
  3. trafik jam di KL ni boleh buat siapa-siapa pun hilang sabar..hehe

    ReplyDelete
  4. wuuu kena cium...nasib baik sikit je...

    ReplyDelete
  5. selalu macam tu...org yg bersopan tak semestinya bersopan di jln raya. byk dh berlaku...

    ReplyDelete
  6. besau jugak tu mitsubishi storm.. nasib baik tengah slow..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah tak teruk.. bersyukur..

    ReplyDelete
  8. Nasib baik semuanya disettlekan dengan cara yang elok... selamat berpuasa kak aisyah :)

    ReplyDelete
  9. mujur yg melanggar tu tak melenting..tak psal2 dpt lampu baru..hehehe..

    ReplyDelete
  10. nasib baik tak teruk. tapi yang penting, masing2 selamat.

    ReplyDelete
  11. nasib baik takde pape. fuhhh

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah xde yang teruk...
    tu la..tenang itu penting..sabar itu juga penting..kalau xsbar, xtenang, susah juga..len hal pula jadi

    ReplyDelete
  13. Kita faham, semua nak balik awal lepas habis waktu kerja.. tapi ramai yang kelam kabut bila drive..

    Diorg ni macam, hati tu dah lama sampai rumah, tapi badan still memandu lgi kat ats jln raya..

    ReplyDelete