24/07/2014

Mood Balik Raya sudah mari!

Tinggal berapa hari lagi nak puasa dan tinggal dua hari lagi nak balik raya! Office pun mulai kosong. Dan mood pun mulai terbang. Hati pulak dah sampai rumah nampak gayanya. Lusa dah boleh berbuka puasa dengan family di rumah. Selama ni asyik sentap je dengan En. Barney pasal berbuka puasa dengan family. Padahal tak ada apa pun. Perempuan ni je yang over. Over tak over tetap boleh jatuh airmata jugak gara-gara benda kecik. Entah apa-apa je lah. 

Raya tahun lepas dengan pipi bengkak sakit gigi!

Tahun lepas tak boleh nak beraya sangat gara-gara sakit gigi sebab gigi bongsu nak tumbuh. Orang lain sedap-sedap melantak ketupat, rendang dan segala bagai. Iolls mampu telan air liur je. Sadis!


Time raya je peluang untuk berkumpul ramai-ramai macam ni. Classmate 2005/2006 dan ada juga beberapa orang classmate I since Iolls darjah 4 lagi. Bertukar-tukar cerita dan gossip. Harap-harap tahun ini masih berpeluang lagi. Masing-masing dah sibuk dengan kerja. Dan yang paling penting hopefully BFF Iolls merangkap 'boyfriend' I cepat-cepat lah balik dari Offshore sebelum raya. Rindu weh! Eh jangan salah faham pulak, member Iolls cakap dia 'boyfriend' I sebab dia ni tomboyish sikit. 

Bagi yang dah mula packing-packing barang nak pulang ke kampung masing-masing tu, sila servis kenderaan anda sebelum pulang ke kampung ye. Berhati-hati lah di jalan raya. Selamat Berpuasa, Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti!

p/s : Ikutkan hati nak je balik esok malam. Tapi tengok tiket RM500-RM700. Nangis kejap. 

9 comments:

  1. bestnyaa aka dpt balik... ndak dapat balit raya nie tahun :(

    ReplyDelete
  2. selamat pulang ke kampung Aisya..take care!

    ReplyDelete
  3. Selamat pulang ke kampunglah ye Aisya. ^^

    ReplyDelete
  4. kesiannyalah. time tu pula nak sakit gigi kan.

    hehe, anyways, selamat hari raya ^^,

    ReplyDelete
  5. salam. wahhhh mood raya datang da eh hihi..sy baju raya pun takda lagi :D

    ReplyDelete
  6. mahalnya tiket! No wonder kakak zizie tak balik raya..

    ReplyDelete
  7. salam. singgah sini sebelum bercuti raya esok hehe

    salam jumaat & selamat hari raya serta salam kosong kosong hee ^_^

    ReplyDelete
  8. Balik kampung ye.. Hati-hati di jalan raya :)

    ReplyDelete
  9. berhati2 di jalanan ye cik aisya..hehe

    ReplyDelete