15/07/2014

Ramadhan bersama Lipton Infusion Peppermint

Sebagai seorang penggemar teh, seharusnya stok teh dirumah perlu lah sentiasa ada. Kalau ditanya teh yang paling I suka, sudah semestinya Lipton. Disebabkan tidak dapat menyegarkan diri dengan secawan teh untuk breakfast di pagi hari sepanjang Ramadhan ini, secawan teh semasa bersahur ataupun berbuka adalah satu kewajipan. Tapi kadang-kadang, sahur I minum teh dan berbuka nanti pun teh lagi. Dan untuk ramadhan kali ini, I memilih Lipton Infusion Peppermint sebagai peneman di waktu sahur dan berbuka. 

Lipton infusion Peppermint

First of all, apa maksud infusion? Infusion adalah satu proses dimana bahan kimia (chemical compound) ataupun perisa (flavours) diekstrak daripada tumbuhan di dalam pelarut seperti air, minyak ataupun alkohol dengan membenarkan bahan tersebut untuk terampai di dalam pelarut berkadaran dengan masa. Bunyi macam best je kan? Kalau DNA extraction I pernah la buat dalam lab. Extract flavour macam seronok je. 

Uolls tahu tak bahawa infusion dan teh adalah berbeza sebenarnya? Actually I pun baru tahu. Senang je, kalau teh terhasil daripada daun teh, manala infusion pula dihasilkan daripada tumbuhan ataupun buahan. Sebagai contoh peppermint yang dihasilkan daripada daun peppermint yang bermaksud ianya tidak mengandungi teh langsung pun sebenarnya. Dan ianya juga adalah caffeine free.

Apa yang best berbuka dan bersahur bersama Infusion Peppermint? I suka sebab rasa segar je. Especially masa bersahur. Biarpun selera makan tu tenggelam timbul, tapi kalau minum Infusion Peppermint hilang semua rasa mengantuk. Sebab itu lah Iolls selepas bersahur tak tidur dah. Untuk berbuka pulak, selepas penat seharian, ditambahkan pula dengan cuaca panas yang kadang-kadang buat kita rasa macam dehydration je. Seteguk Infusion Peppermint semasa berbuka memang sangat melegakan tekak. Dengan aroma yang sangat wangi dan rasa yang sangat menyegarkan memang sesuai untuk diminum di bulan puasa. Sangat refreshing!

sumber : INI

Lipton infusion yang I pernah jumpa di pasaraya ada dua je, iaitu Infusion Peppermint dan juga Infusion Chamomile. I tak sure pulak yang lain-lainnya. Kalau Chamomile, I tak suka sangat sebab I memang suka dengan mint flavour. So kalau uolls suka akan rasa yang menyegarkan, tak salah kalau mencuba. Lagi-lagi time bulan puasa ni. Kekal segar bersama Lipton Infusion Peppermint baik selepas bersahur ataupun selepas berbuka. 


p/s : minum panas-panas lagi best, rasa lagi segar. 

10 comments:

  1. aku suka gak perisa2 peppermint nih. sejuk2 je rasa dia.

    ReplyDelete
  2. Salam, haa nanti nak try jugak lah, sbb sy pun suka rasa yang ada mint-mint ni...sejukkkk dan segar je kalau bernafas tu..haha penah order kat restoran je, beli xpenah..thanx review psl ni, mmg nak try nanti..

    p/s : pernah try coklat Vochelle mint flavour tak? sedap gila sbb coklat dia berangin..hehe

    ReplyDelete
  3. mok try wak kaktok kak. macam best jak ada peppermint.. hihi

    ReplyDelete
  4. suka jgak teh dri lipton..:)

    ReplyDelete
  5. tak perasan plak produk nie kat kedai..mungkin dijual kat pasaraya jer kot...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. wahhh promot habis2 nih hehee ^_^

    ReplyDelete
  7. tak pernah jumpa la plak..kalau tak mesti dah beli yang chamomile tu..hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.

    Packagingnya menarik..mcm cool je..kalau disejukkan pun, rasa sedap jugak ni kan,hehe

    ReplyDelete
  9. cam sedap ja 2-2 perisa tuuu

    ReplyDelete
  10. maksudnyaa tiada yg bernama daun teh laa dlm tu ye..baru taw..;D

    ReplyDelete