26/08/2014

Kain 'Felcra'

Alkisahnya pada satu hari di hujung minggu dengan watak seorang jejaka dan seorang gadis. Sedang melintasi pusat membeli-belah Sogo. Titik destinasi, sebuah kedai di Jalan TAR. Mencari sesuatu dan sesuatu untuk sesuatu. 

Sedang menunggu lampu pejalan kaki untuk bertukar hijau, tiba-tiba sang jejaka membuka mulut dan menyoal..

"Awak nak cari kain FELCRA ke?"

Oh, tak mampu untuk terusan menaip dengan ayat yang formal. Lagi tak mampu untuk menahan gelak. Iolls tak tahu lah celah mana si jejaka tersebut mengutip perkataan Felcra dalam kamus beliau. Mungkin dengar sayup-sayup di telinga sahaja mungkin. 

Yang dimaksudkan sebenarnya adalah Lycra.

Maaflah En. Barney. Ini first time I dengar orang panggil kain Felcra. Setahu I, Felcra itu akronim untuk Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority. Lycra baru lah sejenis fabrik. Confused lah tu bila hampir sama je bunyi nya. Tak apalah, at least sekarang dah tahu apa beza Felcra dan juga Lycra kan? Hiks.

Gambar hiasan (Sumber google)

p/s : Pernah nampak Italian Chiffon kat Jakel dengan harga RM1K semeter. Kenapa mahal sampai 1K eh?

10 comments:

  1. haha... mmng confuse la bla dengar.. lg2 lelaki. hihihi

    ReplyDelete
  2. erkkk...1k semeter? ada emas ke..huhu

    ReplyDelete
  3. Wakakakaakakakakaka Felcra pun bolehla janji bunyi Cra belakang tu sama. :P

    ReplyDelete
  4. aisya nanti akak cuba cari jawapan kenapa italian chiffon tu mahal sangat...hu hu hu...

    ReplyDelete
  5. kain jakel agak mahal la.. pastu kena pandai minta diskaun...

    ReplyDelete
  6. kain felcra pun boleh!! haha..aduyai..eh semeter 1K? benang emas ke? hehe

    ReplyDelete
  7. hihi felcra. mngkin sbab bunyi blakang tu sma,..hihi

    ReplyDelete
  8. lau yaya langsung xtau ape jnis kain..yg tau, asl sedap mte memandang n bdn memakai jek..^o^

    ReplyDelete
  9. hahahahaha.. ada ka patut kain felcraaa.. adoh2.. mati kejaa kitaa :D

    ReplyDelete