07/08/2014

MyLipStuff Lip Balm : Healing

Berjam-jam duduk dalam office yang aircond nya sejuk sampai tahap rasa macam duduk dalam igloo menyebabkan bibir rasa cepat kering. Lagi-lagi untuk manusia yang kurang minum air masak macam Iolls ni. Perempuan ni kalau bibir kering pun kadang-kadang jadi masalah besar. Betul tak? Sebab tu lah dalam hand bag wajib ada beg make up yang comel-comel muat untuk Compact Powder, Lipstick dan apa lagi yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang hand bag itu lah beg make up sebab semua padat dalam satu beg besar. Mudah! Lepas tu jenuh bila nak cari barang kecik-kecik. Hand bag dah jadi macam poket doraemon pulak.

Dan untuk mengatasi masalah bibir kering ni, lip balm adalah satu kemestian. Kalau macam I, biarpun ada lipstick tetap akan apply lip balm dulu before sapu lipstick. Untuk menambahkan lagi elemen moisturizing gitu. Kalau apply lipstick terus nanti sapuan lipstick nampak tak cantik dan tak rata pulak. Kalau bibir pecah lagi nampak ketara. Sapu lip gloss pulak warna lipstick tu dah tak ori. Warna dah ada tokok tambah dengan warna lip gloss biarpun tak adalah signifikan mana pun warnanya kan.

So bila cakap pasal lip balm, I memang pengguna lip balm MyLipStuff. Kenapa suka guna lip balm MyLipStuff? First, lip balm ini adalah homemade dan alcohol-free. Yang kedua pulak kerana ianya 100% Vegan. Senang cerita macam vegetarian jugak lah tapi dalam konteks ini ia tidak mengandungi bahan-bahan yang berasaskan haiwan. Lip balm MyLipStuff jugak tidak mengandungi bahan pengawet mahupun pewarna tiruan


Lip Balm dari MyLipStuff ni ada terlampau banyak sangat perisa. Kadang-kadang boleh rambang mata nak pilih flavour apa. Iolls pernah story-story tentang flavour Mint Chip Cheesecake (rujuk entri INI) dan juga Zombie Brains (rujuk entri INI). Kali ini pula, I nak try perisa lain. Dan perisa yang I pilih adalah Healing


Kalau baca dari blog MyLipStuff Malaysia berkenaaan dengan perisa ini adalah seperti berikut;

Description : Just like our aromatherapy bath salts; Lime, Eucalyptus adn Tea Tree to help cleanse and purify the body. (Sumber : INI)
Kalau tanya Iolls tentang flavour ini actually I pun tak pandai nak jawab secara tepatnya, tapi jawapan paling senang dan ringkas Iolls bagi ialah rasa lip balm ni sebiji macam Ice Cream Tropicana. Kalau apply lip balm Healing ni kat bibir, kesegaran yang dirasai tu seolah-olah macam makan ice cream tropicana masa tengah-tengah panas terik je. Bau pun wangi dan menyegarkan. Kalau time puasa pakai lip balm ni memang bahaya sikit. Rasa macam nak jilat-jilat bibir sambil imagine ice cream tropicana.

Sumber : Google

Actually I beli dua lip balm MyLipStuff tempoh hari. Disebabkan shelf life lip balm ni tak berapa nak panjang sangat (yela, no preservatives pulak kan), Iolls guna satu je dulu. Yang satu lagi simpan elok-elok, dah habis satu baru try yang satu lagi. So kalau uolls pun nak juga try guna lip balm ni boleh lah ke Facebook MyLipStuff Malaysia ataupun blog MyLipStuff Malaysia

Kalau uolls berangan nak cari lip balm ini di Watsons mahupun Guardian, hentikan lah angan-angan itu. Memang tak jumpa. Satu-satunya tempat uolls boleh beli lip balm MyLipStuff hanya menerusi MyLipStuff Malaysia seperti yang tertera di atas. Kalau tak silap, diorang baru je restock so mungkin tak banyak flavours yang dah sold out. Still banyak choice lagi. Memang banyak sangat choice. Rambang mata pilih flavour semata-mata. 

p/s : Kalau ada lagi yang tanya soalan merepek dah sedia tertaip dalam entri tu maksudnya memang mengundang betul lah. Hiks. 

5 comments:

  1. pakai vaseline je kak.. tpi mcm tak best... haihhh

    ReplyDelete
  2. Macam tahu-tahu jer nak tanya boleh tak dapatkan kat Guardian or Watson...hehehe

    Menarik jer lip balm ni. :)

    ReplyDelete
  3. akak pon peminat setia lipbalm,biasa guna yang ada kaler sikit,so lipstik takpayah calit lagi..

    ReplyDelete
  4. tahap sejuk beku kat opis pun sebenarnya boleh tahan gak laa...tapi so far belum pernah ada masalah lips kering lagi..mungkin sebab lan selalu minum air putih kat pejabar kot..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete