05/08/2014

Review Step Up : All In

Ahad yang lalu, selepas lepak dengan blogger Sally makan makanan korea di Ampang Point, aku dengan chipmunk terus bergegas pergi KL Festival City sebab nak tengok cerita ini. Mana tak nya, takut ramai orang kan masa hujung minggu ini.

Kali ini aku nak review sikit pasal cerita Step Up : All In. Posternya ada di bawah.


Kisah Step Up : All In kali ini mengisahkan Sean (Ryan Guzman) yang sangat terdesak mencari duit untuk hidup di LA. Sehinggakan Sean kehilangan ahlinya sendiri kerana kekurangan duit untuk hidup di LA. Akan tetapi, satu rancangan The Vortex telah menawarkan hadiah yang lumayan menarik minat Sean.

Sean memanggil Moose (Adam G. Sevani) untuk mengumpulkan krew yang baru (LMNTRIX) untuk menyertai pertandingan tersebut. Di situ juga dia berjumpa dengan Andie (Brianna Evigan). Lebih menghangatkan kumpulannya yang lama, The Mob turut menyertai pertandingan tersebut. Apa agaknya yang jadi kalau ahli lamanya tahu Sean ada ahli baru? Boleh ke Sean menang pertandingan tersebut? Jawapannya korang kena tengoklah cerita ini.

Idea Moose?


Cerita ini bagi aku tariannya memang nampak kemas. Penuh dengan variasi dan juga pelik-pelik. Tambahan pula idea Moose untuk menghasilkan video tarian penyertaan yang unik memang gempak. Tetapi rasanya jalan cerita dia agak kurang menarik sedikit. Menarik itu menarik juga la. Takda lah korang bosan tengok. 

Ada juga unsur konflik yang menarik dalam cerita ini. Macam masalah Moose dengan kekasihnya, Sean dengan Andie dan lain-lain lagi. Selain itu, watak juga penuh variasi. Paling aku suka watak penari robot. Memang agak kelakar kat situ. Part tu korang kena tengok sendiri. Rating cerita ini bagi aku dalam 6.5/10.

The Mob vs LMNTRIX








Sumber : IMDb dan Google

5 comments:

  1. kalaulah..kalaulah syafiq nie jeis yg suka nonton wayang/movie.. urghh! nak tengokkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  2. lama pulak rasa tak tengok wayang ni..

    ReplyDelete
  3. Macam bestttt ;)

    ReplyDelete