02/09/2014

Larian Hijau SJ 10KM MPSJ 2014

Sekarang ni kat office Iolls tengah hangat sembang-sembang tentang Larian Hijau ni. Masing-masing sibuk nak join, nak register itu dan ini. I pulak memang tak lah nak join aktiviti-aktiviti yang macam ni kan. Honestly memang tak minat bersukan. Nak campak Iolls dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan, itu piece of cake. Kalau campak I dalam aktiviti bersukan ni memang tak lah. I cuma suka tengok je, tak kisah lah sepanjang hari buka sports channel. Itu no hal punya lah. Tapi I sendiri yang nak join? Jangan harap. 

Bila kakak-kakak office dah kecoh-kecoh, I yang memang takkan join ni hanya mampu menyumbang untuk menghebahkan cuma. So siapa yang berminat untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti larian seperti ini dan tak register lagi. Sila register cepat-cepat. Gigih jugak cari bila dateline untuk join, tapi tak jumpa pulak. Sama ada I tak cukup gigih mencari atau memang tak ada dateline untuk penyertaan. 


Larian Hijau SJ 10KM
Date : 28th September 2014
Venue : One City Mall, USJ 25, Subang Jaya
Starting Time : 6.00 am
Untuk kategori, yuran penyertaan dan lebih informasi, uolls boleh rujuk di Facebook Majlis Perbandaran Subang Jaya (Klik SINI).
Penyertaan :
1. Online registration : MYraceonline.com
2. Atau pergi terus ke Pejabat Jabatan Pembangunan Masyarakat atau Pejabat Cawangan MPSJ di;
- Kaunter Stadium MPSJ, Serdang Jaya
- Kaunter Kompleks 3K, Serdang Jaya
- Kaunter Dewan Puchong Indah, Puchong
Klik untuk lebih jelas

T-shirt, Sijil Penyertaan, Medal, Goodies Bag menanti para peserta bergantung kepada terma dan syarat. Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi En. Shariman di talian (012-300 2895) atau Puan Melati di talian (016- 662 2133).

sumber : FB MPSJ

6 comments:

  1. dari dulu sampai sekarang, kalau bab lari larian ni, memang saya lari jauh-jauh..hehe...

    ReplyDelete
  2. Salam, hahah..samelah kita~~~ i xsuka join benda2 lari2 mcm ni, langsung xminat sukan! rasa mcm stressnya bersukan..haha tp hadiah dia menarik~ hihi..tapi xmampu utk mmbuatkan i terasa nak join, hahaha

    ReplyDelete
  3. kalau sis pun..memang tak la nak lari. Tapi kalau tengok sports channel sis pun suka..haha

    ReplyDelete
  4. ala yaya lari 5km bleh la..bila masuk 10km tu jd pncit plak..hahahahah

    ReplyDelete
  5. Huwaa!! Bestnya!! Nak join gak!! Tapi hujung benua :3 so duduk diam-diam kat Penang dan pergi seminar Maths hahaha

    ReplyDelete