22/09/2014

Review : Maze Runner

Sabtu hari itu aku dan Chipmunk pergi lah Encorp Strand Mall di Damansara. Sebabnya nak pergi tengok cerita ini lah dan sambut birthday Chipmunk. Encorp Strand Mall ini menjadi pilihan kerana memang tak ramai orang lagi sebab baru lagi. Ini posternya.



Cerita ini mengisahkan sekumpulan manusia yang diculik oleh penyelidik dan diletakkan di suatu tempat yang ada Jalan Sesat (Maze). Mereka ini memang dihilangkan ingatan supaya mereka tak ingat apa-apa selain daripada nama mereka sendiri. Setiap hari, sebelum malam menjelma, pintu Maze itu akan ditutup. Sesiapa yang masih dalam Maze tersebut, pasti tidak akan terselamat sebab kewujudan makluk Griever yang menakutkan. 

Thomas (Dylan O'Brien) dan Minho (Ki Hong Lee) cuba mencari jalan keluar dan menempuh pelbagai halangan. Setiap hari pula, pasti ada perkara buruk yang berlaku pada sekumpulan manusia ini. Adakah mereka berjaya keluar daripada Maze tersebut? Dan apakah motif penyelidik ini berbuat demikian kepada mereka?


Review aku tentang cerita ini memang jalan cerita dia menarik. Pelbagai aksi terkejut. Chipmunk siap ready lagi kalau dia rasa part yang nak terkejut itu sampai. Lepas itu, konflik cerita ini juga pelbagai dan menjadi cerita ini tak bosan. Cerita ini penuh dengan persoalan. Jadi jangan miss satu part pun dalam cerita ini. Nanti pening kalau tak paham cerita. Jadi secara keseluruhan rating cerita ini aku bagi 7.0/10.











Sumber : IMDb dan Google

8 comments:

  1. lajunya update abg oii...hahaha...sally baru nak update ni..kekeke...tapi pasal Minho dah update :P

    ReplyDelete
  2. dah tgok jgk...
    boleh thn la citer dier..jln cerita seakan HUNGER GAMES tp still xbleh lwn HUNGER GAMES yg lg super best..hehe

    ReplyDelete
  3. Macam best jak ;D

    ReplyDelete
  4. minho hensem alu jakkk hahah. tenggelam terus main actor. :P movie tok macam ada sequel kann. nang best lahhh. mlh org curious jakk hihihkk

    ReplyDelete
  5. dah lama tak gi tengok wayang..huhu

    ReplyDelete
  6. perghh...mmg best sgt2 nih!! nk tgk lah gaji nnt..

    ReplyDelete
  7. best ek? aku agak mls nak tgk sbb ada feel mcm hunger games.

    ReplyDelete