07/10/2014

E-Day : DIY Border Lace + Manik Baju Tunang

Dalam entri E-Day tempoh hari I janji nak story lebih lanjut tentang baju tunang I. Manusia yang tak suka fancy-fancy memang tak lah nak membeli baju harga ratus-ratus. Membazir je beli mahal-mahal sedangkan titik peluh sendiri lagi memuaskan hati. Baik simpan duit untuk kahwin. Menurut pandangan I begitu lah hendaknya. 

Gambar ada berapa kerat cuma maka haruslah yang favourite diulang tayang

Kain baju yang I pakai tu plan asal nak buat baju raya. Tapi tak sempat nak hantar kat tailor, jadi simpan lah buat pekasam dulu. Dah alang-alang tak payah cari baju jadi I jadikan lah kain tu buat baju kurung untuk tunang. Lagipun tudung pun I dah beli siap-siap before raya. Dari situ lah datang nak buat tema warna kuning purple. Gara-gara halfmoon yang I beli before raya lagi. 


Asalnya baju kurung ni warnanya plain kuning cair. I nak match kan dengan halfmoon ada sulam-sulam warna purple jadi I jahitkan lah lace warna purple di kaki bahagian tangan dan juga baju. Macam gambar di bawah ni..


Maaf lah yang ini tak senonoh sikit rupanya. Nampak sangat kedut tak iron. Tak kuasa I nak iron baju semata-mata nak snap gambar masuk blog. Untuk naikkan seri border lace tu I letak manik pearl warna Purple cuma dengan tona lebih gelap berbanding border lace. Masa hari tunang hari tu, makcik I tanya kenapa tak letak manik warna kuning? Ha, sebabnya memang tujuan I nak highlightkan border lace warna purple. Kalau letak warna kuning macam agak distracting sikit. Kalau tak letak manik pearl pulak nampak kusam aje. Then I tambahkan effect liplap liplap pada border lace dengan tambah labuci warna kuning pulak. Kenapa warna kuning sebab bukan nampak pun labuci tu nanti? Ini pulak sebab macam I bagitau tadi lah, I nak nampak kesan bergemerlapan pada border lace tu. Dah memang tujuan nak highlight border lace kan. 


Nan hado jugak lah jahitannya itu tapi kisah apa. Asal nampak cantik di luar, di bahagian dalam baju tu usah cakap. Caca marba sangat. Terima kasih sekali lagi dengan kelab tarian Sanggar Citra. Dulu before show suka buat props sendiri, suka jahit tudung / shawl sendiri. Jahit manik, jahit lace untuk show sampai pagi-pagi buta, bengkak-bengkak mata. Boleh juga I aplikasi pengalaman-pengalaman tersebut nak cantikkan sikit baju tunang I. 

Kat mana I beli border lace dan manik pearl tu? Di Kedai Bunga Reben, Jalan TAR. Untuk baju tunang ni I beli border lace dalam satu meter setengah. Harga dalam RM26.90 semeter. I tengok jugak dekat Jakel tapi tak ada yang menarik perhatian. Memang ada yang siap terus dengan manik dan labuci tapi harga dan rupa tak kena dengan taste lah. Tapi di Kedai Bunga Reben hampir meroyan tak tau nak pilih sebab semua cecantik belaka. Ini macam cantik, itu pun macam cantik. So kalau uolls memang tengah cari border lace tu boleh try jenguk Kedai Bunga Reben di Jalan TAR. Dekat dengan kedai kasut Princess kalau tak silap I. Sederet dengan Kamdar kot. Berhampiran dengan traffic light yang mana tempat manusia-manusia melintas macam anak-anak ayam kalau nak ke Semua House et cetera. 

Kira-kira total semua termasuk harga kain, upah jahit baju kurung moden tambah dengan shawl halfmoon dan border lace bagai dalam RM150 jugak. Kira murah lah tu kalau nak ikutkan perangai manusia cerewet macam I ni. Better buat sendiri, sendiri tau sendiri nak macam mana. Kalau nak beli je memang keluar masuk kedai lah jawabnya. Entah berapa banyak kedai baru jumpa baju yang betul-betul berkenan. Buat habis duit minyak kereta je. Tak nak itu, tak nak ini. Nak yang macam tu, nak yang macam ni. Warna tak matching lah. Ish, macam-macam ragam. Bukan En. Barney je yang pening, tuan punya badan pun pusing dengan perangai sendiri. 

p/s : Kuning dan purple dua-dua bukan warna favourite pun sebenarnya. 

11 comments:

  1. olah sendiri lagi puas hati kan..boleh suka hati nak buat camne..yang penting ada kerajinan..

    ReplyDelete
  2. tapi lawa gak combination color tu. nampak menonjol... nak g jalan TAR yang berkurun tu

    gambar pertunangan x banyak xpe. lagipun x elok kecoh2 kat orang kan. ^^,

    apapun, tahniah.

    ReplyDelete
  3. Cantik paling penting menjimatkan. Aisya kreatif! :)

    ReplyDelete
  4. pergi kedai bunga reben memang rambang mata...rasanya semua nak...hihi

    ReplyDelete
  5. Salam, haaa setuju sgt! Memang better buat sendiri..asal kan luar nampak cantik, okay lah..janji boleh pakai kan..belah dalam tu lain cerita, bukan ade org tgk pun~ haha :D nice~

    ReplyDelete
  6. sisi suka majlis tunang yg ringkas camni . membazir sebenarnya buat majlis tunang ala2 nak nikah sbb nikahnya blm tentu menjadi lagipun duit perbelanjaan tu blh digunaakn utk majlis kahwin nanti ... bkn senang nak cari duit wpun nikah hanya sekali ...

    ReplyDelete
  7. ok la tu..cntik..mmg jimat lau buat sdri kan =)

    ReplyDelete
  8. ok lah tu..cantik..kombinasi warna pun sesuai..lagi-lagi hasil tangan sendirikan..lagi puas hati.. :)

    ReplyDelete
  9. Buat sendiri dgn kos tu maknanya sangat murah.. Untung kan org pandai jahit menjahit ni.. Jimat. Kalau hantar org buat, jahit lace sj dah berpuluh ringgit. Belum lg jahit manik..

    ReplyDelete
  10. cantik :D sis pun suka olah sendiri rasa lain dari yang lain bila pakai..hehe

    ReplyDelete