28/11/2014

[Novel] Raudhah karya Ramlee Awang Murshid

Kebelakangan ni, I tak menyempat nak baca novel. Nak tengok drama korea tak sempat, nak baca novel pun tak sempat jugak. Macam-macam jenis busy yang melanda. Last weekend kan I ikut En. Barney pergi kerja. Kerja En. Barney ni bukan jenis yang stay kat office memanjang. Tapi melompat-lompat dari satu klinik ke satu klinik, dari satu hospital ke satu hospital. So weekend lepas, follow lah dia ke Hospital Kajang. Nak pergi Ekspo MAHA punya pasal. Dalam masa menunggu dari pukul 9.30 pagi sampai lah pukul 12.30 tengahari tu, I berjaya habiskan satu novel yang I beli masa di Jualan Gudang Karangkraf tempoh hari. Oh sudah semestinya novel Ramlee Awang Murshid yang berjudul Raudhah. 


Raudhah
Ramlee Awang Murshid

Sinopsis Raudhah

Joker dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka - 'Mawar Putih'. Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih. Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati!

Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup. Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang taat. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu 'taubat nasuha'.

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini mengelarnya, 'Raudhah'. Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan? Tapi siapa?

Novel Raudhah kalau nak compare dengan novel-novel RAM yang kebelakangan ini lebih straight forward. Tapi straight forward itu tetap tak ada lah straight forward sangat pun. Itu menurut pandangan I lah. Tapi I suka tema yang diketengahkan kali ini, iaitu Awwabin - 'Orang yang Taubat'

Satu lagi, I suka dengan input yang boleh kita cedok dari novel ini. Padat dengan mesej. I rasa mesej yang cuba disampaikan lebih menonjol dari jalan cerita. Bukan nak cakap story line tak menarik pun. Best jugak. Lebih-lebih lagi persoalan mengenai perkaitan watak-watak dalam novel ini. Setiap watak bersangkut paut sebenarnya. Pertalian yang agak kompleks jugak. Ending novel ini pulak, tak tau kenapa rasa macam terkesan secara tidak langsung. Biarpun rasa seakan ringkas, tapi secukup rasa. 

Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah tidak pernah menutup ruang keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang sujud dan kembali kepada-Nya. Inilah tanda kasih Allah terhadap makhluk yang bernama manusia. 
Raudah (48; muka surat 383)

p/s : sekarang tengah baca novel yang ala-ala zaman dinosaur gitu. 

5 comments:

  1. ala.. kita lama tak beli novel,pinjam kat library ja.. huhu..ni novel bru ya.. T__T

    ReplyDelete
  2. suka dgn petikan itu yg mengingatkan kita betapa Allah itu MAHA PENYAYANG ...

    ReplyDelete
  3. Kalau qila kaya qila nk borong jugak lah semua karya RAM NI HIHIHIH

    ReplyDelete
  4. bagus juga novel seperti ini....

    ReplyDelete
  5. Novel² dia ni suka mmg suka.. Rasa nak cari lah yg ni.. Mcm best

    ReplyDelete