Entri ini actually note to self jugak. Bila orang tengok I, orang selalu akan tanya balik "Eh, Aisya ni reti pulak nak marah orang?". Itu baru tengok luaran je tapi apa yang orang tak tahu, I ni jenis yang kepala angin. Cuba lah buat 'perempuan tak reti marah' ni marah, kejap lagi melayang pinggan mangkuk. Cuba.
"Tak elok marah-marah ni. Sabar." En. Barney selalu pesan yang satu itu. Kalau tengok taufan nak melanda, itu lah yang dia sebut. Maka surut lah. Tapi jangan trigger balik, lama-lama akan jadi tenang.
Perkataan sabar itu sangat mudah kan? Senang untuk disebut, senang untuk dieja. Tapi mudah juga kah untuk melakukannya? Tepuk dada, cuba tanya hati sendiri. Kurang kesabaran, maka pupuk lah. Sikit demi sedikit. Kita mulakan dengan benda yang paling simple. InsyaAllah, lama-lama pasti berjaya. Good luck untuk diri sendiri.
Bila cetek kesabaran, sifat amarah yang akan bermaharajalela. Kita ambik contoh, sekarang ni bukan main lagi kisah-kisah pembuli jalan raya dihebahkan di sana-sini. Bermula dengan kes stereng lock yang viral suatu masa dulu. Oh, itu kisah lama, kita lupakan lah saja. Semalam, I baca dua kisah di Kosmo! Online tentang ni, yang meludah dan mematahkan wiper (SINI) dan juga sampai tahap menampar dan mencederakan (SINI). Kalau nak difikirkan secara positif, mungkin ada juga silap datangnya dari si mangsa tapi perlu ke sehingga bertindak sedemikian? Dan akhir sekali apakah balasan yang diterima? Adakah menguntungkan diri sendiri?
Ha, sekarang cuba relate dengan perkara-perkara yang lain pula. Guna konsep yang sama. Kita kurang sabar, kita marah dan seterusnya? Jangan tekankan kepada proses, tapi fikirkan tentang outputnya nanti. Maka, bersabarlah. Cakap dan pesan memang sangat kacang kan? Yes, sebab itu lah kena mula dari benda yang paling basic. Sayangilah diri dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.
p/s : En. Barney, sila print entri ini dan tampal di dahi saya bila saya marah. Biar beringat sikit kalau nak marah pun.
saya harap saya dapat menjadi pemandu yang berhemah untuk selama-lamanya... tak mau marah2 walaupun ramai pemandu bersikap menyakitkan hati. hoho
ReplyDeletehahaha..entri yang sangat menarik..sesuai untuk akak ni yang panas baran..hehe..tapi bila dah ada anak-anak ni,kurang sikit kut kemarahan ni..
ReplyDeleteyaya pon jnis 'angin' xmenetu jugk..huhu kdng ok kdng x..jujurnya msih dlm proses utk mgawal 'angin' ni..huhu agk mcabar mentaliti ;p
ReplyDeleteHihihih
ReplyDeleteLawak lah kak aisya ni
Tp betul.
Tipu lah kalau takde sikap tak sabar tu kan haih.
Payah oi kalau org tek suis marah kita tu hahahaha.
Kak aisya, selalu bersabar ye.
I lap u kilat kilat wiwiwiii
Ps: sorry lama gila tak dtg misschu hiks.