Setiap kali ada jualan buku hebat Big Bad Wolf, I memang takkan lepaskan peluang untuk serbu. English novels murah-murah kot! Selalu yang kita tengok harga paling-paling pun RM20, di Big Bad Wolf Booksale hanya dengan RM8 sahaja. Normally RM8 lah. Tapi last time I pergi lagi murah, mostly RM6. Lagi memuncak-muncak nafsu nak memborong tu datang.
Kali ini Big Bad Wolf datang lagi dan I pun cepat-cepat ajak En. Barney ke sini. Dalam sibuk-sibuk time hujung tahun ni, sempat juga heret En. Barney menjengah ke MIECC semalam. Dan seperti biasa, budget harus ditetapkan sebelum kaki dijejakkan di venue biasa berlangsungnya Big Bad Wolf. So this time I plan nak habiskan lebih kurang RM50 sahaja! Motif tak nak beli banyak-banyak, sebab next time insyaAllah I akan datang lagi. Haih english novel yang I beli di Big Bad Wolf awal tahun ini pun tak menyempat lagi nak habiskan.
Macam biasa manusia tak payah cakap lah, perkataan ramai itu juga yang wajib diguna. Cuma kali ini macam lega sikit. Tak berapa nak ramai sangat compare dengan yang sebelum-sebelum ni. Er, tapi tetap ramai jugak lah tu. Masa I tengah pilih-pilih baca sinopsis cerita mana yang best, ada orang tu nampak macam bosan je. Bila I tengok dia angkat phone nak ambik gambar, dah tau dah sah bosan! Tak apa lah, at least ada jugak gambar suasana di Big Bad Wolf katanya yang I jadikan modal untuk tatapan uolls semua. Thank you En. Barney!
Bila dah masuk exhibition hall, rasa macam seakan-akan lupa dengan dunia luar. Super duper excited tengok lambakan buku sana-sini. Disebabkan Big Bad Wolf berlangsung selama 24 jam sehari, uolls nak lupakan terus dunia luar pun boleh. Bawa khemah masuk dalam exhibition hall. Berkampung sampai hari terakhir. Cuma consequences perbuatan itu I tak berani jamin lah ye.
Oh di awal entri tadi I cakap nak spend around dalam RM50 kan? Last-last total semua RM60. Alah, lebih RM10 je. Bukan nilai yang terlalu signifikan pun. Nak sedapkan hati kononnya sebab dah over budget.
Hasil tangkapan di Big Bad Wolf
Ada tak yang dah baca novel di atas?
Ha, bagi yang tak pergi lagi tu jangan risau. Uolls ada masa banyak hari lagi untuk menyinggah dan memborong di Big Bad Wolf Booksale ini. Sebabnya, hari terakhir adalah pada 16 December 2014. Jadi uolls yang berhampiran sila lah jangan lepaskan peluang. Satu benda yang I perasan kelainan yang ada Big Bad Wolf kali ini, dah banyak novel-novel melayu. Kalau dulu kebanyakannya English je, kali ini novel melayu pun dah banyak jugak. I sempat jeling tanda harga tadi. Novel melayu kalau tak silap RM6 untuk satu buku. Oh ya, di bawah ini ada info yang mungkin berguna untuk uolls semua I cedok dari website Big Bad Wolf.
Bagaimana caranya untuk ke Big Bad Wolf di MIECC? Ha, kalau bab bagi direction ni memang I failed sebenarnya. Untuk makluman, MIECC ni bersebelahan dengan The Mines, di Mines Resort City. So nak senang, guna je waze sebab jalan memang agak confusing sikit buat yang pertama kali ke sini. Nak navigate ke The Mines boleh. MIECC pun boleh sebab berjiran je pun. Kalau nak guna public transport ke MIECC pula macam mana? Tak kira lah dari mana perjalanan uolls tu, untuk ke MIECC ambik KTM route ke Seremban et cetera dan berhenti di station Serdang. Lepas tu uolls boleh pilih sama ada nak naik bot ke The Mines atau nak jalan kaki je. Buat yang pertama kali ke sini I suggest naik je lah bot kecik tu. Tambangnya I tak tau la pulak sebab zaman 1st year kat UKM bertahun lalu bayar RM2 je sekali jalan. Sekarang mesti dah naik dah. Maybe around RM4 kot tapi seronok sebab boleh tengok ikan-ikan.
Sampai rumah lepas serbu Big Bad Wolf mesti akan terbit rasa menyesal tak beli banyak lagi buku. Tapi bila fikir balik membazir je. Macam semalam I tengok complete set of The Hunger Games hanya RM30 untuk tiga buku. Plan nak ambik tapi dah kena bebel dengan En. Barney. Padahal I dah ada kot novel Hunger Games tapi gedik nak beli lagi sebab rasa macam murah. Tak ke membazir namanya itu? Ish ish ish.
p/s : Bila entah nak habis baca semua-semua novel ni?
Sayangnya saya dok jauh mana hala tah T.T
ReplyDeletekalau dak boleh beli T.T
lain kali beli je,pastu jual balik, buat giveaway ke..haha.Harap-harap next weekend dapat gi.
ReplyDeletekenapa x buat kat JB? jauh sgt nak gie kat KL nun...
ReplyDeleteuwaaaaaaaa. keyla pun ada post pasal bbw tok. jeles naa kmk!! kmk sik suka crowded actually. but this crowded mmg kmk sanggup redah. and rasanya mun kmk pegi sitok, nang bejam2 la kmk sia xD
ReplyDeletebestnya klu dkt..:)
ReplyDeleteborong buku lagi ye cik aisya..^_^
ReplyDeletememang lupa diri bila masuk sini kan...hehehe.
ReplyDeletekak aisya i couldnt find any erica james's book T_T
ReplyDeletehehehehehe wah semua yg mcm thrill punya buku wowww
chaiyuk kak aisya
qila nak gi lusa.
doakan hihihihi <33333
Seronoknya! :)
ReplyDelete