Dah lama I simpan stock drama korea yang ini. Cuti krismas tempoh hari baru berpeluang untuk marathon tengok Pinocchio. Sambil tangan bekerja buat bunga kertas crepe, tak sedar tengok-tengok 9-10 episod. Ini bukan marathon tapi koreanthon dah ni. Jari sedap je klik next episod kan.
Actually first time I dengar tajuk drama, I tak boleh nak detect. Drama ini mengenai apa? Lebih kurang cerita Pinocchio ke? Bila tengok baru tau, main point drama ini adalah mengenai syndrome Pinocchio.
Sinopsis PinocchioChoi In Ha (Park Shin Hye) menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang wartawan, mengikut jejak langkah ibunya Song Cha Ok (Jin Kyung) iaitu seorang wartawan terkenal dan juga merupakan ibu In-Ha yang telah terpisah selama 13 tahun. Namun dugaan terbesar In Ha untuk menjadi seorang wartawan apabila dia sebenarnya menghidapi syndrome Pinocchio. Penghidap syndrom Pinocchio akan tersedu setiap kali bercakap bohong dan ini yang menjadi halangan besar buat In Ha untuk mencapai cita-citanya.Choi Dal Po (Lee Jong Suk) pula hidup dengan menggunakan nama samaran setelah diambil sebagai anak angkat oleh datuk In Ha sejak keluarganya musnah 13 tahun lalu. Dia menyalahkan wartawan kerana tidak menyampai kebenaran kepada orang ramai, sekaligus menghancurkan sebuah keluarga yang bahagia. Ayahnya yang terkorban dalam satu nahas kebakaran dipersalahkan menyebabkan Ibu Dal Po mengambil jalan pintas dengan membunuh diri, meninggalkan dia dan abangnya. Disebabkan tragedi itu juga dia terpisah dengan abangnya, Ki Jae Myung (Yoon Gyun Sang). Biar dendam terhadap wartawan tidak pernah padam, dia tetap menyimpan hasrat untuk menjadi seorang wartawan supaya satu hari nanti dia dapat membersihkan semula nama ayahnya yang telah tercalar.
I admit mula-mula I nak tengok drama ni gara-gara Park Shin Hye. Kedua, sebab Lee Jong Suk. 2-3 drama lakonan beliau kebelakangan ini semua best-best. So tanggapan I, drama ini pun best juga. And indeed. Memang best pun. Macam mana In-Ha berusaha untuk menjadi penghidap syndrom pinocchio yang pertama bekerja sebagai wartawan dan macam mana Dal Po berusaha untuk mencari abangnya yang telah lama terpisah. Tapi kisah Dal Po 13 tahun memang sungguh tragis. Kerana 'kebenaran' yang disampaikan wartawan, dia hilang keluarga dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi penyumbang utama kepada kehancuran itu adalah Song Cha Ok, ibu In-Ha.
Masa I tengok episod pertama drama ini, I terasa akan aura drama I Can Hear Your Voice. Mungkin disebabkan oleh Lee Jong Suk agaknya. Tapi bila I google sebab tak puas hati punya pasal, rupa-rupanya penulis bagi kedua-dua drama ini adalah orang yang sama, Park Hye Run. Even pengarah drama Pinocchio dan I Can Hear Your Voice pun orang yang sama, Jo Soo Won. No wonder lah rasa macam tengok I Can Hear Your Voice je. Besar kemungkinan produksi yang sama jugak lah.
Ada lagi sebenarnya, pelakon drama I Can Hear Your Voice, Yoon Sang Hyun dan Lee Bo Young pun ada membuat kemunculan istimewa dalam drama ini. Yoon Sang Hyun dengan watak yang sama iaitu, peguam Cha Kwan Woo. Kalau Lee Bo Young pula, uolls perasan tak taxi navigation Choi Dal Po tu bernama Hye Sung? Ha, itu lah dia. Jang Hye Sung.
Download Korean Drama Pinocchio
Tonton Online Korean Drama Pinocchio
p/s : Cerita apa lagi best yang nak di-koreanthon ni? Nak bertapa habiskan drama korea.
betul drama ni mmg best giler, storyline sgt bagus, nak baca review2 drama korea yg saya buat boleh tengok kt sini - http://mulan-sahbanu.blogspot.com/p/review-korean-drama.html
ReplyDeleteNak tengok lah cerita ni.. Sebab ada park shin hye. Hehehe
ReplyDeletewahhh! ada link skali! tq tq! nak koreanthon jugakk la haha
ReplyDeletesincerely,
Najlaa 'Aqilah
Drama yang terbest setakat tok. Selalu ready hari khamis untuk tengok online drama tok. Memang best sebab LJS pun lakonan terbaik! Terasa aura IHYV. ;D hehe
ReplyDeletesye pon baru tgk epd 1 hahaha..tapi kalau drama lee jong suk blakon semua nye best hehe..klik 3 INTI
ReplyDeletedrama ni tak complete lagi kan? ingat nak download sambil tunggu habis dulu.
ReplyDeleteby the way, nak suggest satu Chinese drama tahun ni, Boss&Me atau tajuk lain Shan Shan Comes to Eat. romantic comedy, dah ramai yg addicted dengan drama ni
Hana baru siap download Bad Guys sbb nak tengok Park Hae Jin :p Liar Game dan High School: Love On pun cam menarik
kmk pun ada juak nangga drama tok kat 393. nangga shin hye teringat ngan kim tan (inheritor)
ReplyDelete@Haruno Hana 하나
ReplyDeletechinese drama dah kureng dah skrg ni. hehe.
sy dah habis dah tengok bad guys dan liar game tu.. best2. hehe
Tak sempat tengok , tengok iklan dekat OneHD tu macam best je.
ReplyDeleteBest drama Pinocchio ni. Jalan cerita yang menarik. Layan habis.
ReplyDelete