12/12/2014

Note to Self : Perkongsian biarlah berpada-pada

Salam jumaat buat anda dan anda semua. Lapang dada, tenang minda bila sambung lagi cuti sehari. Semalam dah memang public holiday untuk negeri Selangor, hari ini pula memang saja apply cuti untuk habiskan annual leave. Bagi cukup-cukup carry forward 10 hari untuk tahun depan. 

Actually lama juga tenung kosong draft depan mata. Tapi nampaknya hanya putih. Belum ada sebarang perkataan dan ayat. Sudah menjadi habit, taip panjang berjela sampai 4-5 perenggan, bila baca balik, jari tekan Ctrl + A dan Delete. Terfikir, perlukah untuk dikongsi? 

Kadang-kadang ada benda kita perlu simpan. Kadang-kadang tak salah untuk kita luahkan dan kadang-kadang ada perkara yang memang perlu kita kongsikan. Tiga pilihan yang berbeza. Dan manusia seringkali terkeliru yang mana satu point yang paling tepat. Tak semua hal itu berpegang pada asas "Sharing is caring". Oh manusia itu bermakna termasuklah diri sendiri juga.

Dicedok dari facebook rakan. Terima kasih ya. 

Menurut perkiraan, konsep yang sama juga digunapakai. Adakah perbuatan selfie itu salah? Sejuta kali selfie hanya untuk penuhkan memory smartphone sendiri rasanya tidak menganggu ketenteraman orang lain cuma melainkan orang tersebut yang gatal tangan nak selongkar smartphone orang lain. Tak begitu? Cuma menjadi masalahnya, bila upload gambar-gambar tersebut di laman sosial. Kita bercakap soal kekerapan. Dalam masa sejam upload satu gambar selfie. Ini contoh ya, sebab itu bagi hiperbola banyak sikit. Sehari ada 24 jam secara kasarnya kita tolak 6 jam masa tidur,  18 gambar sehari. Main pointnya? Sebab itu harus beringat, tak salah berkongsi tapi biar lah berpada. 

Begitu juga dengan soal kisah peribadi dan laman sosial. Ada perkara tak perlu dicanang. Lebih baik kita simpan. Mungkin niat kita baik tapi hati manusia terlalu subjektif untuk dianalisa. Mungkin iri hati ataupun mungkin juga menimbulkan rasa sedih. Siapa tahu? 

Kadangkala bercerita tanpa batasan membawa kepada sesuatu yang negatif. Tanpa disedari diri dijangkiti penyakit akhlak yang kurang elok yakni menunjuk-nunjuk. Maka sebelum datangnya penyakit, lebih baik kita cegah virus yang tidak sihat dari menular. Konklusi, bendung. 

gambar ehsan pakcik google

p/s : Semua orang pernah buat silap. Cuma bezanya pada perulangan. 

16 comments:

  1. Rasa nak delete IG , nak delete blog. Hahahaha. :P

    ReplyDelete
  2. huhuu. kalau mpuan yg mala jak post gmba grk nya apa cer? rasanya tiap satu jam duak jam mala post pasal gerek. twew angol palak kmk terus. semadi ngenang kawan. huhuhu.

    ReplyDelete
  3. kadang2 kita selfie utk dijadikan kenangan je. tk terniat pun sbb nk perasan lawa ke apa...

    ReplyDelete
  4. sebab tu kadang-kadang fikir dua tiga kali juga untuk berkongsi sesuatu, contohnya macam status maybe time tengah marah, kita nak luah macam-macam..tapi bila dah cool wujud pula rasa menyesal sebab dah berkongsi. Macam bab selfie tu plak...kalau hari-hari kongsi gambar diri sendiri, orang lain yang tengok tu pun boleh muntah hijau, lainlah kalau muka kita hari-hari berubah nampak lain kan...hehehe

    p/s sori adik manis... panjang plak komen..hehehe :)

    ReplyDelete
  5. wah..! kagum dgn ayat2 akak dlm entri ni..eheheh
    saya bukan nk ckp besar, tp sya mmg tak berapa suka kongsi gambar2 saya kat media sosial,dlu ada buka ig,kemudian delete slepas bbrapa jam buat akaun tu..hehehe..entah la rasa tak selesa sangat.
    kalau nak kongsi gambar, mula2 teruja la ,mungkin sbb nak kongsi apa yg kita buat,tp kita terlpa yang lain

    ReplyDelete
  6. Dulu sebelum kawen ada juga upload gambar sendiri.. Tp bukan selfie la, bergambar dengan kawan²..tp dah kawen 1 gambar pun tak ada kat fb atau ig..

    ReplyDelete
  7. Knp eh.. Asal nak komen entry baru yg belum ada publish komen mesti tak kuar kotak komen tu..

    ReplyDelete
  8. kadang-kadang memang nak bersangka buruk, tapi memang rimas kalau orang yang sikit-sikit selfie, sikit-sikit check-in.hadoi..

    ReplyDelete
  9. aku jenis yang jarang share perkara personal. kadang2 je, tu pun kalau x personal sgt.

    ReplyDelete
  10. @Sya Nadia
    err, tak sure lah sebab ok je..

    ReplyDelete
  11. selalunya org yg kerap upload selfie ni mmg suka dipuji ... x yah cover lah ... ermmm .

    ReplyDelete
  12. tak salah selfie, tak salah kongsi...cuma kalau boleh pastikan mmg dah tutup aurat dan bukan upload dalam keadaan riak...

    ReplyDelete
  13. tu la...
    yaya pon xphm..
    tp kalau utk yaya selalu lau selfie pon gmbr utk simpanan sdri..je.sdri tgok puas ati..puji dri sdri pon,dri sdri yg tau,org lain xnmpk,bkn tau pon..hehe ;p

    ReplyDelete
  14. @Sally Samsaiman
    okay komen ni kita suka! terbaik. hehe

    ReplyDelete