05/12/2014

Persoalannya, Sudah Atau Belum?

Kisahnya pagi semalam. Pagi tu masa pergi kerja buka lampu kereta. Sebab tengok cuaca agak suram dan gelap. Alah, buka lampu kecik tu je. Walaupun lampu kecik kereta veteran I tu dah macam hidup segan mati tak mahu. Buka lampu cukup syarat kaedahnya. Jangan tak sedapkan hati sendiri. Nak buka terus lampu tu, dah pukul 7 lebih pagi. 

Sampai office sejam awal dari office hours bermula. Sejam cukup masa untuk I baca news online, baca novel 4-5 bab dan habiskan 5 nyawa Candy Crush Saga sambil minum pagi dengan secawan teh. Pukul 7.30 pagi dah menapak naik tangga sampai ke level 4. Alhamdulillah istiqamah jugak Iolls naik tangga 4 tingkat pagi-pagi selama dua bulan ini. 

Sedang elok hirup teh panas sambil baca news, baru terfikir "lampu kereta dah tutup belum?". Cepat-cepat selongkar kotak memori. "Alamak, macam belum je". Tak sedap hati punya pasal, turun tangga balik empat tingkat. Nak cepat kononnya. I kan dah biasa turun naik tangga. Sekadar lari turun tangga empat tingkat tu kacang je lah. Memang lah kacang kalau dah turun, cuba lari naik tangga. Semput ke tidak?

Nasib baik parking baik punya depan lobi office. Siap depan pintu lagi. Salah satu faedah yang diperolehi menjadi antara manusia yang paling awal sampai office. Nak kata paling awal tak boleh jugak. Yang kerja shift malam lagi awal, semalam lagi dah sampai office. Siap dah nak balik dah pun.

Sekali tengok, hampeh. Lampu dah tutup dah pun. Saja nak suruh I extra exercise pepagi buta. I tahu, ramai je yang mengalami masalah yang sama. Begitu jugak dengan hal dah kunci kereta belum. Itu semua perkara biasa. Manusia mana yang ingat semua perkara betul tak? Tapi kenapa eh balik-balik lampu dan lock kereta yang menjadi isu semua orang? Musykil. 

Bernas jugak idea sebegini. Agak-agak buat apa eh yang best?
(sumber google)

Tak pasal-pasal exercise triple extra. Naik tangga semula ke tingkat empat. Kenapa tak guna lif je? Sebab time sebegitu adalah masa manusiaberpusu-pusu masuk lif menerjah level masing-masing. I naik tangga tu pun lebih cepat dari naik lif. Konon nak cakap dia hebat lah tu. Pfft !


View dari tingkat 3 setengah bulan lepas. Cuba teka mana datang setengah? Pagi-pagi naik tangga sambil tengok highway. Ini time lengang lagi. Cuma tunggu pukul 8 pagi dan ke atas. Actually itupun okay lagi. Siapa lalu Guthrie-NKVE setiap petang jumaat tahu lah azabnya macam mana. Bak kata kakak kat office I ni, macam haram je jammed petang jumaat. Oh, been there done that. Nasib baik pindah rumah.

p/s : Jari harus ditegah dari terusan menaip. Kalau tidak agaknya sampai mana lah ending entri ni nanti. 

13 comments:

  1. hihihihii. rasanya myb kmk akan terok gik kelak kot. sbb kmk tok nang pelupak!! xD

    ReplyDelete
  2. selalu jugak rasa was was macam tu. haha :)

    ReplyDelete
  3. hahah alamat kurus lah akak cemni turun naik tangga sampai tingkat 4 x)

    ReplyDelete
  4. kita pun selalu cam tu gak, nak nak pasal kunci kereta.. suker sangat ada double thought

    ReplyDelete
  5. senaman turun naik tangga pepagi eh? hehehe

    ReplyDelete
  6. hehe..benda ni memang selalu jadi kat IbuNoey..semalam terkena lagi..terpaksa patah balik ke kereta..

    ReplyDelete
  7. Salam, haaa mmg saje disruh exercise tu ! haha

    ReplyDelete
  8. selalu terjadi, apa terms utk situasi ni,tak ingat apa benda.. kita fikir dah tak tutup lagi,mcm was2 padahal baru ja beberapa minit lepas kita buat kerja tu..hehehe

    ReplyDelete
  9. Nad selalu lupa T_T Lagi lagi kalau sehari tu pergi banyak tempat haihh

    ReplyDelete
  10. untungla dpt exrcise 4tingkt tiap hari..cam yaya 1 tingkat je..xde rase pe pon..huhu

    btul la..selalu itulah yg jadi persoalan..yaya pon selalu cmtu..sellalu lupa kereta da knci or belum..bila xdapat nak cek semula,bnyk2 tawakal..huhu..ALLAH ada.. ^_^

    *dalam ati xtntu arah.. >,< ngeee

    ReplyDelete
  11. Selalu gak mcmni, mklmla faktor usia,huhuu....^__^

    ReplyDelete
  12. Exercise.. Bagusnya.. Sya semenjak jd mak org ni bapak pemalas nya nak bersenam.. Jalan kejap je pun dah sakit kaki..

    ReplyDelete
  13. selalu gak mengalami dilema dah kunci kereta ke blom. hahaha...

    ReplyDelete