Dengan kepala berat dan hidung yang berlari, oh sila direct translate apa maknanya. Cuti hari krismas adalah waktu sebaik-baiknya untuk berehat dan tidur. Telan ubat selsema satu bijik, letak kepala atas bantal dengan harapan boleh tidur lama sikit.
Caution : This may cause drowsiness. If affected, do not drive or operate machinery
Zzzzzz..
Zzzz..
Sekali nan hado! Orang atas tengah buat renovation rumah. Siang malam dengar bunyi dia bertukang kat atas. I suspect, dia nak tukar tiles baru.
Dah 3-4 hari jugak. Start pukul 9 malam sampai ke tengah malam. Alahai sabar je lah. Dengan pening kepalanya lagi. Positif, mungkin malam je ada masa yang terluang untuk buat renovation. Tak apa lah. Ambik headphone tengok drama korea. Settle masalah.
Esoknya pulak seawal sebelum pukul 7 dah mula bekerja. I is tak kisah kalau time hari bekerja dan I is tak kisah jugak kalau berada dalam kondisi yang optimum. Ini menambahkan sakit kepada migrain yang memang sudah sedia menyerang. Mengantuk, kesan dari ubat. Bila tak boleh tidur makin menjadi-jadi lah sakit kepalanya.
Ini orang dewasa, bayangkan kalau baby kecik. Buatnya jiran yang ada anak kecik kurang dari setahun macam mana? Tak kesian budak tu? Bukan menganggu ketenteraman si baby tapi mak ayah dia jugak. Jiran renovate rumah tanpa memikirkan orang lain, orang lain yang terkena tempias.
Tak kisah lah nak bertukang siang malam pun. Tapi tengok masa jugak lah. Lepas isyak sampai pukul 10-11 itu boleh tolerate lagi. Ini kalau dah sampai jam cecah pukul 12 tengah malam, tak fikir orang lain namanya tu. Kalau bertukang lepas azan subuh tu I pun boleh fikir positif lagi. Elok lah tu mengejutkan jiran-jiran tetangga untuk solat subuh. Yang dah berkeluarga, alhamdulillah boleh lah solat subuh secara berjemaah di pagi hari cuti ye.
Adab hidup berjiran ni kan, kadang-kadang kita terlupa. Perlu refresh balik. Especially bab pencemaran bunyi. Contoh macam bertukang. Nak drill dinding rumah bagai kalau buat pukul 3-4 pagi itu memang mengundang maki. Okay jangan kata 3-4 pagi, pukul 1 pagi pun alamatnya sudah selamat dikambingkan oleh I. Ingat jiran kiri dan kanan. Kita bukannya berumah dalam hutan or tepi pantai tak ada jiran tepi depan belakang. Lagi-lagi rumah zaman sekarang yang bertingkat-tingkat. Atas bawah pun ada manusia jugak. So beringatlah.
p/s : Ini baru pasal bunyi bertukang. Belum double park yang tak turun handbrake, tak tinggal number telefon. Dah pernah kena sekali. Bajet perempuan larat lah nak tolak kereta besar sorang-sorang?
Allah.. kasihannya kat baby kalau pukul 1-2 pagi still bertukang. seeloknya buat waktu sianglah, atau tak lebih 12 am. jiran jiran ramai yg nak rehat, tidur untuk hari esok
ReplyDeletetu la pasal. nak renovate pun, kena alert la kat jiran2. diorang pun nak rehat jugak.
ReplyDeletep/s: sure ke bunyi org tgh renovate sampai kul 12 mlm. ntah ntah... jeng 3x...
Salam, huh complicated kan hidup bermasyarakat nih..kiri kanan atas bawah problem, sabo je lah selagi boleh.wuwu
ReplyDeleteHurm.. Masalah org mcm ni.. X care pasal jiran.. Berdosa besar tau.. Mmg kena byk sabar lah.. Rasanya u kena slow talk kot dgn dia.. Bgtau ada migrain.. X boleh bising.. Haa.. Berani tak? Kalau sya, Sya xberani.. Hihi.. Mnta lah eh barney tu tolong cakap..
ReplyDeleteas'salam...
ReplyDeletesituasi yg yaya pernah alami dulu mse duk umah aprtment.
tingkt ats tu rase cam tmpt org buat keje menukang umah dah...non stop..xtau la pe dbuat dgn uma tu..huhu tp still bleh thn lagi..tp tu la..mmg xsuka org mcm ni,yang pentingkan diri xfikir kita ni duduk berjiran,depan blakng,ats bwh lagi pula tu,perlu la fkr jgk mse2 yg ssuai klau nk menukng rumah pun,ye x..kalau tpkse,kita perlu bdepan dgn mreka,sbb mngkin dorng xtau sbnrnye da mggngu jiran..huhu
Haha..kalau tengah malam pon bertukang memang pelik bin aneh tu..tak reti nak tido ke yang buat deko- deko tu...
ReplyDelete@aswadz
ReplyDeleteini komen mengundang namanya. haha
@Sya Nadia
ReplyDeletewell benda common sense kadang2 tak perlu kita cakap. cakap pun tak guna kalau dia tak boleh nak digest sendiri. tetap akan buat dan buat jugak sebab tak ada kesedaran. mcm keluar rumah kena pakai selipar, sebab kotor.. konsep sama jugak. budak kecik je kita ingatkan.. dah besar automatik jugak kan? sebab dah faham. ada org dewasa yg waras dan tak nyanyuk kita ingatkan?
haihh. ini agaknya org yg masa kecik tak diterapkan dgn adab hidup berjiran. atau mmg jenis bebal bangang yg tak boleh dibuat apa2. hmm