Memang special sangat didedikasikan buat diri sendiri. Mungkin simptom hujung tahun. Malas nak taip entri. Malas nak blogwalking. Malas nak buka blog. Malas nak makan. Malas nak buka mulut. Malas nak buka mata. Tapi malas nak tidur. Nampak tak perulangan perkataan malas di situ? Parah.
Lemau lepas dua bulan kenduri sakan tiap hujung minggu, menyerbu majlis rakan-rakan di sana dan di sini. Oh ini alasan sebenarnya. Alasan tak boleh pakai. Puas cuci mata tengok kenduri orang lain, hujung minggu lepas baru berkesempatan meluangkan masa untuk fikir arah tuju sendiri pula.
Ini namanya manusia yang dah terhantuk baru nak tengadah. Dah start kena bebel dengan ayah En. Barney baru memasing terhegeh-hegeh nak pergi kursus kahwin. I tahu En. Barney mesti keluarkan ayat power dia nan satu itu, "dulu ajak pergi kursus kahwin taknak, awak cakap tak ada sebab nak pergi." Memang lah tak ada sebab. Dia ajak pergi kursus kahwin je, tak ada pulak dia ajak I kahwin. Eh eh.
Ha, siapa yang cari tempat kursus kahwin area Wangsa Maju boleh ambik contact details seperti yang tertera dalam gambar di atas. Bayaran macam biasa sekiranya tiada rombakan, RM80 satu kepala. Memang sekangkang kera je dengan Wangsa Walk. Habis kursus boleh menyeberang jalan beli Rotiboy sebiji dua.
Tapi I sarankan adik-adik pergilah kursus kahwin anjuran universiti / kolej masing-masing. Zaman belajar ni murah sedikit. Ada diskaun siap berpuluh ringgit. Jangan jadi pemalas macam I, zaman belajar tak nak pergi. Orang tua dah start bising baru gatal pergi daftar kursus. Nasib baik pergi bertiga, tetiba gedik rasa awkward gila bila pergi berdua. Dulu bukan main gatal lagi kata nak pergi dengan bakal suami kononnya. Geli telinga I bila ingat balik.
Er, sebenarnya kan I tak boleh nak relate apa kaitan penyakit malas dengan kursus kahwin. Bukan apa, malas nak fikir. Ha, nampak tak? Itu lah kaitannya.
p/s : setiap masa mulut cakap malas, memang malas lah. Cuba cakap rajin pulak, mana tau automatik boleh jadi rajin. Spontan.
riya kmk nak ambik kursus kawin ngan kakak kmk. ambik awal. tapi sik jadi. huhuhu. hmm. ujong taun mmg hari malas sedunia kaaa? uwaaaaa kmk pun nang malas juak okay. mahwaa xD
ReplyDeleteSebab yang sama walaupun dah tua bangka pun sy belum pergi kursus kahwin. Tunggu orang ajak kahwin. Haha..kalau malas amik je cuti dok umah. Bukan annual leave banyak lagi ke?
ReplyDeleteAda exam tak masa kursus kawin kat sini ? Kita masa amek kursus kawin ritu , kemain heboh cite pasal ada examla ape la. Hish.
ReplyDeletemasa Sem 2 dulu ada jugak kampus buat kursus kahwin, tapi tak pergi sebab tempat terhad.. kasi chance orang yg dah ada pasangan pergi dulu ecehhh :p
ReplyDeletehehehe betul tu, nak kawen ke tak kawen ke, belakang cerita. setelkan kursus dulu, kalau dapat yg free kat kolej/uni lagi laaa bagussss...
ReplyDeleteJemput singgah BLOG saya. Ada tips dan peluang bisnes part time dan macam2 lagi :)
Salam, hahaha penyakit malas tu mmg celaka sikit, dah akhir2 tahun ni, aku mmg malas btul sesangat..hadui~ owh nasib aku terajin pergi kursus kahwin tym study dulu, dpt Rm 60 saje..eh ke Rm40 eh? lupe dah aku :p
ReplyDelete
ReplyDeletesis pun blm pergi kururs kahwin sbb blm ada keperluan ... klu x pergi seblm gst lagi nyesal nanti ...
@SalbiahM
ReplyDeletesimpan untuk cuti kawen. taknak usik. haha
@Nuriesya Nadia
ReplyDeletetakde pun. tapi penceramah ade je ckp. klau ade soklan pun 40 soklan abc tu je.
as'salam.
ReplyDeleteeh cik aisya xp kurss kwen lagi ka?? aii..yaya yg xde nak kwen lagi,calon pon xdak pon da g kurss kwen mse umo 19..hahahahaha advance btul..sebab mse tu teman akak sekali g krsus kwen.. =p
malas, mmg salah satu simptom akhir tahun. hahaha... sama la ngan aku. btw, aku pun tak gi kursus kahwin masa kat universiti dlu. mmg jimat la kalau pergi time tuh.
ReplyDeletekawen malas ke tak? hahahha
ReplyDeleteada peluang ambil ja,karang tak ada peluang lansugn..baru tau..hehehe.. ni yg dah ada pasangan dan merancang baik buat awal2
ReplyDeleteOwh.. Igt dah pergi kursus kawen.. Elok pegi skrg, nanti kalau dah gst, mesti kena gst juga.. Lagi pun elok juga anak muda kursus awal²,senang..ceh..ckp mcm kita ni taraf mak² tua plk.. Hihi I.. Ni mak muda lg.. :)
ReplyDelete@Sally Samsaiman
ReplyDeletemalas jugak sebenarnya. tapi nak kawen. ha mcm mane tu? hahaha