Sambung balik cerita Big Bad Wolf Fire Sale. Er, bukan sambung balik tapi elaborate further kaedahnya. Setakat ni Iolls tak pernah miss lagi Big Bad Wolf Book Sale. I tak ingat since tahun bila tapi time tu Big Bad Wolf Book Sale berlangsung di MAEPS sebelum venue berubah ke MIECC. Mungkin untuk memudahkan pengunjung yang datang dengan menggunakan public transport agaknya. Iyelah, kalau MIECC dekat sangat dah dengan KTM Serdang.
Plan asalnya lepas kenduri terus ke BBW, tapi dah alang-alang nak pergi tu bawa je la Blogger Sally sekali. Yang Sally ni pulak sebenarnya baru lepas kenduri juga. Itu pasal gigih dengan berbaju kurung pergi borong buku. Nasib baik I malas nak iron baju kurung pada hari kejadian, kalau tak memang join the club lah kan.
Actually kan, gambar di atas ni lepas sesi borong memborong. Sebab masa weolls sampai tu, ramai lah pulak manusia yang sakan nak snap sana, snap sini. So Sally kata masuk dalam borong dulu baru lah ambik gambar.
Bulat biji mata ha tengok harga. Iolls memang akan aim yang harga RM5, kalau sebelum ni RM8. Tak kuasa lah beli yang memahal. Beli yang betul-betul akan dibaca je. Kalau masuk almari jadi hiasan buat apa nak beli kan? Membazir je.
Tengok. bukan main khusyuk lagi kan.
Mata panda fullstop
Minah ni tidur 2 jam je mana taknya mata panda muncul. Agaknya risau condition Si Merah kot. Oh I lupa pulak nak story, yang brek Si Merah tak function. Tiub brek or apa benda entah yang bocor. Tiub yang bocor tu then menyebabkan something pecah. Apa yang bocor, apa yang pecah tu I tak tahu lah nama pena, nama panjang nya. Kalau organ dalam badan manusia I tahu lah. Saban hari itu je yang Iolls dengar kat office. Alhamdulillah sekarang insyaAllah Si Merah dah okay. So ladies especially, kalau rasa something's wrong dengan kereta uolls, time drive rasa lain macam je tak macam selalu, cepat-cepat lah bawa pergi bengkel. Iyelah apa yang dalam kereta tu bukan kita tau pun. Biar pakar yang tengok dan check.
Maaf termelencong sekejap. Okay kita ke kisah yang asal.
Biasalah kalau sebut pasal buku atau novel, itu bukan minat atau hobi En. Barney. Jadi bila bukan something yang dia suka, makanya dia tak ada choice lain selain menjadi photographer tak bertauliah. Ada lagi few gambar yang dia snap, tapi I malas nak cop watermark punya pasal.
Tak berapa nak ramai sangat manusia time ni. Mungkin ramai dah balik kot. Iyelah, weolls sampai pun dah pukul berapa. Plus buku pun tak berapa nak banyak jugak. So pilihan tu agak kureng lah.
Hasil Tangkapan
Within budget lagi. Yeay! Bajet I untuk Big Bad Wolf kali ini adalah RM30 je. Dan 6 buah novel di atas memang RM30 je. Kalau dah satu RM5, boleh ambik sampai 6 lah untuk cukup kan RM30. Kalau satu RM8, memang I up kan lah budget around RM40-RM60.
p/s : Ada satu novel di atas I dah start baca.
Ada lagi tak bbw ni? Cam tempting je tengok buku mary Higgins clark tu..
ReplyDeleteGila rajin dia baca !! Kita da retire buat seketika. Hahahaha.
ReplyDeletebestnya big bad..:)
ReplyDeleteSally baru hbs satu...tgh baca yg Amelia tu kejap..hahaha
ReplyDeleteselamat membaca :-))
ReplyDeleteweehhh banyaknyaa borong. jelesss T.T
ReplyDeletewah bestnye
ReplyDeleteas'salam..
ReplyDeletewahh pergi dgn cik sally ye..
sukala tu..borng 6bku rm30 je..wahh
wahh murahnya buku. kalau dapat kat saya ni memang kelaut semua budget. habis semua novel nak sapu. hehehe
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh rajin membaca novel sehingga 5 novel sebulan itu sudah cukup membanggakan.
ReplyDeletebagus idea kak sally,borong dlu baru tngkap gambar..tk ada la buang masa kan..hehehe..ye la dah masuk sana..nak cari buku pun berapa lama masa diperlukan..hehehe
ReplyDeleteberbaloinya hrga utk yg memnag suka memborong buku..!
bagus raqjin membaca.. sya dulu mmg suka bc buku..tp skrg ntah, maybe sbb payah dgn anak..lama2 jd mals nk membaca.semalam my hubby nak belikan, tapi sya cakap x payah baca lg dah tido..terus x jadi beli..hahaha
ReplyDelete@Lollipop Manis
ReplyDeleteikut hati mmg nak borong semua. sebab tu kena tetapkan bajet dulu. hahaha!