Semalam Chipmunk ajak aku tengok movie. Tak rancang pun nak tengok cerita ini. Jadi, kitorang pilih nak tengok cerita ini sebab aku dengar macam best. Ini poster Kingsman : The Secret Service.
Cerita ini mengisahkan Valentine (Samuel L. Jackson) yang mempnyai satu agenda sendiri iaitu memusnahkan populasi manusia supaya bilangan manusia berkurangan agar bumi dapat diselamatkan. Satu organisasi rahsia iaitu Kingsman, bertindak untuk menghapuskan Valentine. Harry Hart (Colin Firth) merekrut seorang budak yang mempunyai potensi tinggi sebagai seorang perisik iaitu Eggsy (Taron Egerton) untuk mengantikan agen perisik yang telah dibunuh oleh Valentine dalam satu misi untuk menyelamatkan seorang professor. Valentine ini ingin membunuh manusia tetapi dengan cara manusia membunuh sesama sendiri. Macam mana itu? Macam pelik kan? Kalau nak tahu kena lah tengok sendiri.
Review aku tentang cerita ini, memang BEST! dan kelakar. Sebab biasanya kalau cerita spy ini serius je. Tapi yang ini lain sikit. Lepas itu, jalan cerita dia turun naik. Ada kala slow, ada kala menarik. Cara aksi berlawan pun nampak solid. Dan part yang kelakar itu, memang tak terjangka. Memang gelak la orang kat wayang itu. Jadi overall aku bagi 7.5/10.
nak tengok jugaaaak T.T
ReplyDeletebaru perasan.blog ni rupanya ada 2 owner :-))
ReplyDeleteas'salam...
ReplyDeleteyaya da tgok dah..mmg besh..dan citer agak dahsyat jugak..huhu
patutla movie label 18thn ke ats..haha..lau tgh mkn mase tgok knfem kua balik..huuuuu =p