Beberapa hari lepas, I ada publish satu entri wordless wednesday (Entri 5.0.2 Lollipop). Seperti yang Blogger Mime MF teka, yang mana buat masa sekarang Iolls tak menyempat nak publish lagi komen tersebut. Entri tu betul lah tentang Android. Sengaja tak letak perkataan 'Android' pada tajuk entri, kekonon saje nak buat orang tertanya-tanya kan.
So last week, I terus update smartphone bila dapat notification. Macam mana nak tahu kalau-kalau ada update terbaru untuk smartphone uolls? Kalau Sony, I boleh lah explain sebab Iolls guna Xperia. Phone lain, I tak boleh lah nak bantu. Sorry.
Cara pertama. Yang diperlukan, cuma smartphone je. Setting > About Phone > Software Update.
Cara kedua. Smarphone, Laptop, USB Cable and PC Companian. Connect phone dengan laptop and PC Companion.
Tapi kalau untuk update, I tak sure lah kalau ada cara lain selain dari PC Companion. Tapi dengan PC Companion senang je. Just click Update Phone / Tablet. Dan kemudian follow je steps yang tertera. Sangat simple tapi biasalah internet connection perlu ada untuk download software baru.
Screenshot Xperia Z3c
Upgrade dari Android KitKat 4.4 kepada Android Lollipop 5.0.2. Apa beza kedua-duanya? Software update, rasa macam lagi smooth je. Cuma interface tak berapa nak friendly sangat dan rasa macam serabut sikit pulak rasa. Mungkin sebab Iolls tak biasa lagi kot dengan interface baru. Sebab tu rasa macam susah sikit.
Android Lollipop features dan apa bezanya dengan Android KitKat? Sebenarnya kan, Iolls pun tak berapa nak biasa lagi dengan Android KitKat. Yela, phone yang ini pun baru guna 2 bulan. So baru dua bulan berjinak-jinak dengan Android KitKat. Smartphone lama dulu? Baru terkedek-kedek nak upgrade ke Jelly Bean bila mana orang lain dah guna KitKat. Sadis.
Cuma apa yang I perasan part Notification, part Interuption whatsoever tu lah. And then Motion. Nak jawab phone call, tak perlu touch pada screen dah. Cuma perlu letak je phone uolls kat telinga. Tak nak jawab phone call, just shake je phone. Nak tahu lebih lanjut features dan perbezaan boleh baca link di bawah ini. I nak explain pun bukan pandai sangat pun. Kejap lagi kan, jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan.
Tapi apa yang paling I suka adalah, Android Lollipop ni ada game yang disertakan sekali. Dan bagi I, ianya sangat addictive! Boleh ketagih jadinya padahal game simple je pun. Perlu lalu di antara dua lollipop tapi tak boleh kena sikit pun kedua-dua lollipop tersebut. Jadi addicted bila geram sebab tak lepas-lepas.
Sebenarnya kan, kalau En. Barney tak bagitau I macam mana nak cari so-called game ni. I takkan tahu pun. Tak perlu install pun game tersebut sebab datang sekali dengan Android Lollipop.
Kat mana nak cari game tersebut? Setting > About Phone > Android Version. Tap 'Android Version' banyak-banyak kali sampai lah uolls nampak lollipop macam gambar pertama dalam entri ni. Bila uolls tap dan tap, warna lollipop tu akan berubah-ubah kan? Sekarang try tap and hold lama sikit. Then sila la tap dan tap main game tersebut. Sebab game tu main tap dan tap dan tap je pun. Tapi susah pulak sebab kena pandai bajet sendiri bila nak tap dan berapa lama nak hold. Susah kot tapi bila dah faham trick game tersebut jadi susah nak berhenti pulak. Kalau tak percaya try main game tersebut. Pada awal penemuan game tersebut, I dan En. Barney berebut pulak sapa nak main tap tap phone dulu. Macam kanak-kanak riang pulak rasa.
Oh, tapi dengan syarat uolls perlu update Android Lollipop dulu lah.
p/s : Ada yang dah boleh update software. Yang tak boleh update lagi tu, dalam masa terdekat ni adalah tu nanti. Dapat notification, cecepat update. Boleh main game android terbang lompat-lompat lalu lollipop.
teringin juga upgrade hp tukar pada lolipop..tapi akak pakai samsung :-))
ReplyDeletenak studylah pasal android lollipop ni, macam best jer...
ReplyDeleteaku masih lagi dengan kit kat. hehe,
ReplyDeletesaya tak pernah update phone..tak reti..hikhik
ReplyDeletemain game , bateri cepat habis ...
ReplyDeletehuh?kurng phm..cmne main tu..huhu
ReplyDeletebaru tau pasal pa hang dok taruk lollipop kat entri tu.. keh3.. sat la kalau cek boring nanti cek hapdet.. hehe..
ReplyDeleteterima kasih atas informasinya :)
ReplyDelete