07/04/2015

Keyword : Aidijuma Concept Store, Bukit Jelutong, Shah Alam

Keyword panas hot stuff yang setiap hari confirm orang cari. Biarpun tak ada lah hot mana pun kan. Lagi hot bila tiba hujung minggu, plus ada design baru dari Aidijuma mula lah menggelabah search dan google di mana letaknya concept store Aidijuma, pukul berapa buka dan et cetera.


Iolls? Bukan lah pengguna tudung bawal Aidijuma berlabel putih, hitam, ungu mahu pun pelangi. Bila mana office cuma sekangkang kera dari concept store Aidijuma, makanya dari mak orang sampai lah anak dara pingitan di office tu memang tak sah kalau tak ada tudung Aidijuma paling-paling sehelai. Nasib baik Iolls masih belum terpengaruh, kalau tak masaklah En. Barney tolong teman beratur dari pagi buta semata-mata nak membeli tudung. 

Menurut kakak office si pengguna tegar tudung Aidijuma, selalunya design baru akan keluar hari sabtu. Hari sabtu kononnya keluar rumah awal pagi nak OT, singgah sebentar menjengah Aidijuma Concept Store. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai longgokan tudung Aidijuma dalam beg plastik bawa balik rumah. Eh.

So these few days, since dua minggu lepas agaknya. Iolls terperasan satu bangunan baru on the way nak ke office. Toleh kiri, eh Aidijuma? Bila google rupanya concept store Bukit Jelutong yang sebelum ini tutup sebentar atas tujuan perpindahan ke bangunan baru. 


Dimana letaknya Concept Store Aidijuma Bukit Jelutong yang baru? Oh I pernah bagi direction secara ringkas di dalam entri INI, tapi itu untuk lokasi yang lama. Sebenarnya kan, concept store yang baru ni cuma selang berapa bangunan je pun dari yang sebelumnya. Tapi kali ini lebih senang nak cari. Try search Perindustrian Bukit Jelutong Seksyen U8 di Waze. Atau lebih tepat Jalan Astaka U8/84. Masuk simpang yang ada tertulis I-Parc Bukit Jelutong, tak sampai seminit dah nampak dah concept store Aidijuma di sebelah kiri anda. Concept Store Bukit Jelutong dah beroperasi semula belum? Oh itu I is tidak tahu. Boleh follow instagram Aidijuma untuk info lanjut or latest news. 

p/s : Bila tanya apa yang bestnya tudung Aidijuma, jawapan yang telinga dengar "Sebab senang bentuk", "Sebab selesa dipakai". 

6 comments:

  1. Ada juga yg comel² coraknya..kekadang,beli je sbb nampak lawa. Nak pakai,rasa x law a pulak..simpanlah buat pekasam...hahaha

    ReplyDelete
  2. Walaupun ada yang mampu milik tapi masih rasa tak mampu nak beli. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. belum pernah cuba tudung jnama nie lagi :-))

    ReplyDelete
  4. kita pulak sarung je ape yang ade.. janji selesa.. ^_^

    ReplyDelete
  5. nasib baik sis x gila tudung ada brand ni . klu x berbaris agaknya seawal pagi ... heeee

    ReplyDelete
  6. xpernah p kt area s.alam ni..huhu
    xtau jln mana kt bukt jlutung tu..heeee=p

    ReplyDelete