Dah lama tau sebenarnya teringin nak try makan di Pak Li Kopitiam. Tapi rancangan asyik tergendala dek kerana halangan dan kekangan yang mendatang. So minggu ini, finally tercapai jugak hasrat nak ke sini. Sekali ambik kau, empat hari berturut-turut balik-balik muka ini je yang isi form order menu.
Hari pertama, dua dan tiga. Straight tiga hari menghabiskan lunch hour di Pak Li Kopitiam. Bila mana colleagues paksa keluar lunch sama-sama. Kalau ikut I, nak duduk kat office baca novel satu dua chapter je. Tapi nanti kena pulak setepek, 'anti-sosial' kaedahnya.
Dan hari keempat. Dinner date dengan En. Barney pulak. Rasanya dia teringin lah tu kot. Asyik dengar I lunch kat sini je. Mestilah nak merasa jugak kan.
Kali pertama datang, I tengok menu sekali imbas je. Sebab macam banyak sangat choice pulak. Rambang mata jadinya. Follow apa yang colleagues suggest je. Hari yang seterusnya, start la dalam kepala ni nak try itu, nak try ini. Paling I suka Nasi Ayam Lemon and Spagetti Bolognese. Yummy!
Dua kali seminggu sebab yummy. ~ RM7.90
Black Pepper Chicken Chop with Rice. ~RM10.90
Portion agak banyak jugak. Dan kalau I yang order Black Pepper Chicken Chop tu confirm mampu makan half je. En. Barney pun tak mampu nak habiskan. Jangan kata Chicken Chop, Spagetti pun terkial-kial nak makan sampai habis.
Makan sedap, drinks pun sedap. Padahal drinks yang biasa-biasa je pun. I suka Barli Suam kat sini. Tak manis, rasa barli tu pun just nice je. Mango jus pun sedap. Kalau muka I yang tak suka buah mangga ni pun boleh tersuka, memang sedap lah tu. Eh, boleh digunapakai ke kesimpulan sebegini? Hiks.
Oh by the way, Pak Li Kopitiam ni ada banyak cawangan lain. Contohnya macam di Seksyen 7 Shah Alam, Bandar Bukit Tinggi Klang dan ada lagi beberapa cawangan lain yang uolls boleh tengok-tengok di website paklikopitiam.com.my.
Yang I pergi ni terletak di Seksyen 13. Landmark paling senang Stadium Shah Alam, Giant Shah Alam. Kalau nampak Acappella Residences, tu dah dekat sangat lah tu. Alah, berdepan dengan Restoran Tupai-Tupai.
Pak Li Kopitiam Seksyen 13 Shah Alam
No. 2, Jalan Balapan 13/32,
Seksyen 13, Shah Alam.
Tel : 03-5512 3608
p/s : Pergi lain kali kot boleh try Mee Kari pulak. Bak kata Blogger Una, Mee Kari di sini terbaik!
asalamualaikum..slmat pg AA..besarnya chicken chop tu...puas hati kan
ReplyDeletetgk spagetti pun dh...nyum!!
ReplyDeleteklu mcm tu , harganya berbaloi lah dgn portionnya ..
ReplyDeletePak Li Kopitiam nampaknya dah dapat sorang lagi pelanggan setia.. ^_^
ReplyDeleteuntunglaa spgthe mkn 2x smgu ..hehe =p
ReplyDeleteAda kuih muih melayu disediakan ke
ReplyDelete