04/04/2015

MyLipStuff Lip Balm : Vanilla Ice Cream

Lip Balm. Tengok dekat Watsons dan Guardian sudah lah. Ada macam-macam jenis, macam-macam brand. Yang perempuan pulak, bila dah banyak sangat mula lah rambang mata. Nak try yang itu, nak try yang ini. Semua lah nak dicuba. Mungkin sebab itu lah agaknya, kalau masuk confirm paling kurang pun mesti terbeli satu dua barang. Kes nak try. 

Bila cakap pasal lip balm or lipstick, tengok dalam beg mekap memang susah nak jumpa perempuan yang ada satu lip balm dan satu lipstick dalam beg tersebut. Confirm ada dua tiga tube lipstick or lip balm. I lah tu salah sorang nya. Dalam beg mekap ada dua tiga warna lipstick. Oh dua tiga tu sikit lagi. Tapi lipstick je lah banyak. Lip balm tetap satu juga. lip balm dari MyLipStuff.

Dah bertahun-tahun I guna lip balm MyLipStuff. Senang cerita memang pengguna setia lah. Yang paling best sebab lip balm dari MyLipStuff ada banyak sangat flavour. Rambang mata pilih flavour yang mana satu. Setakat ni I dah pernah buat review untuk 3 flavour, dan di entri ini yang ke empat. 


Kenapa suka lip balm MyLipStuff?
1. Homemade and Alcohol-Free
2. 100% Vegan
3. Tiada bahan pengawet dan pewarna tiruan


Sebenarnya kan, dah lama dah I beli Vanilla Ice Cream ni. Bulan August tahun lepas. Masa tu I beli dua tube tapi buka satu je dulu. Dah habis yang satu, baru buka yang baru. Dan satu tube tu kan, boleh bertahan sampai 7 bulan. Padahal I guna hari-hari jugak. Sebab bau dan rasa yang sedap, memang sehari tu sapu lip balm berkali-kali. Tapi still tak habis-habis jugak. Good. Boleh guna dalam jangka masa yang lama kan. Boleh kata menjimatkan lah. 


Kalau tanya tentang flavour yang ini, tengok nama pun dah tahu. Memang sebijik rasa vanilla. Iolls ni dah lah gila sikit dengan flavour vanilla. Setiap kali sapu lip balm dekat bibir eching tengah makan ais krim vanilla. Manis berkrim dan sedap! Biarpun bukan lah boleh dimakan tapi tetap rasa sedap jugak di bibir. 


Sapu lip balm sambil berangan suap ais krim vanilla dalam mulut. Selalunya, ada dua cara untuk Iolls sapu lip balm. Satu sebelum satu lipstick. Disebabkan perempuan ni kurang sikit minum air masak, tendency bibir kering tu sangat tinggi. Bila sapu lipstick masa bibir kering nanti mula lah warna lipstick tak rata lah kan. So bila sapu lip balm, warna lipstick tu nanti akan nampak cantik dan rata je. Dua, sapu lipstick dulu then baru apply lip balm. Ada certain lepas sapu lipstick, akan sapu lip gloss pulak. Kononnya nak warna tu tahan lama siap shining shining lagi. Tapi I lagi prefer lip balm. Kalau guna MyLipStuff lip balm, still ada effect shining shining pada bibir tapi tak memberi kesan pada warna lipstick. Sebab bagi I kalau sapu lip gloss after apply lipstick, warna lipstick tu dah nampak lain pulak. 

So kat mana nak cari lip balm MyLipStuff? Oh uolls tak kan jumpa di Watsons or Guardian. Selama ni I beli online je. Satu-satunya barang yang I shopping secara online. Kebiasaannya perempuan ni paling tak suka shopping online. Ataupun uolls boleh datang terus ke Empire SOHO Subang. Location I is tak tahu lah pulak, maaf. Nak tahu lebih lanjut or nak memborong boleh terjah facebook dan website di bawah. 


Last I beli, harga satu tube RM15. I tak sure pulak sekarang ni dah naik harga belum. Yela, GST kan. 

p/s : Rasa macam makan ais krim vanilla, padahal sapu lip balm je pun. 

4 comments:

  1. as'salam...

    cam menarik..empire soho tu kt empire gallery ke cik aisya?huhu
    kalau empire gallery tu boleh jugak yaya nyinggah..heeeee

    ReplyDelete
  2. wahh dekt je ngn offc yaya..hee
    boleh nyinggah ni...hehe suka benau yaya ni nyinggah =p

    ReplyDelete
  3. akak tak reti pakai lipstik.. :-))

    ReplyDelete
  4. kita ada tiga lip balm dalam beg. hahahaha

    ReplyDelete