12/04/2015

Review Fast And Furious 7

Semalam aku dan Chipmunk dah pergi tengok cerita ini. Harap-harap tak terlambat la nak buat review ini walaupun tengok lambat. Ini posternya.



Kisah kali ini berkisar tentang dendam Dekcard Shaw (Jason Statham) terhadap Dominic Toretto (Vin Diesel) serta rakan-rakannya yang lain seperti Brian O'Conner (Paul Walker) dan Letty (Michelle Rodriguez) kerana membuat adiknya, Owen Shaw (Luke Evans) merana. Deckard Shaw sememangnya merancang untuk membunuh krew-krew tersebut. Hal ini membuatkan Toretto bengang dan ingin mencari Deckard Shaw dengan menggunakan The God's Eye (penciptanya Ramsey - Nathalie Emmanuel). Macam mana The God's Eye ini berfungsi? Dengan siapa Toretto bekerjasama untuk mencari Deckard Shaw? Siapa yang tak tengok lagi itu, pergilah tengok.


Siap sedia sebelum terjun dari kapal terbang!


Review aku tentang cerita ini, memang superb! Memang best. Pada mulanya bila aku tau Jason Statham berlakon dalam cerita ini babak aksi mesti best gila. Dan memang tak salah sangkaan aku. Part berlawan memang nampak solid. Kemudian jalan cerita dia memang la tak bosan. Habis fokus dah aku dengan chipmunk tengok.

Kalau nak memastikan korang faham jalan cerita ini, sekurang-kurangnya korang kena tengok The Fast and The Furious : Tokyo Drift sebab cerita Furious 7 berkait sedikit dengan cerita sebelum ini. Lagi 1, bila dah sebut Furious 7, mesti ada banyak berkaitan dengan modifikasi kereta, lumba-lumba ke tapi part itu memang sangat kurang. Tapi puas hati juga tengok cerita ini sebab kebanyakkan bahagian cerita ini adalah aksi. Jadi aku bagi rating cerita ini 8.5/10.







Pergh! Kereta mahal ini rilek je diorang bagi hancur.


Sumber  : Google dan IMDb

7 comments:

  1. Salam. Hee sy pon baru menontonnya, dan kereta mahal tu dari bangunan ke bangunan ke bangunan je dia terjun., ai laike ;p

    ReplyDelete
  2. belum tengok lagi. kata nya mantop juga cita ni

    ReplyDelete
  3. Nak tengok sangat cerita ini, tapi tak sempat g tonton wayang.. :(

    ReplyDelete
  4. aku x tgk lg citer ni. bila ntah ada kesempatan nak tgk.

    ReplyDelete
  5. Dah tgk! Memang terbaikkkkkk n sedih sebab Paul dah sikda nak T_T

    ReplyDelete
  6. as'salam..
    yaya bru tgok mgu lepas..heeee
    tu la..tau xpe..drpda bg hncur baik bg kita kan..haha =p

    ReplyDelete