16/04/2015

Save The Date : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Counting days nak ke Pesta Buku! Harap-harap Pak Supir Iolls tak busy. Beberapa hari lepas dia dah siap pesan, bulan Mei dia sibuk. Outstation berhari-hari tanpa mengenal erti weekend. Minta-minta lah tarikh sekian-sekian ni En. Barney free. Nak harap Iolls drive sendiri? Bukan ke PWTC tujunya. Silap haribulan ke Tasik Chini. Eh eh. 

Macam Big Bad Wolf, PBAKL ni pun I tak pernah missed saban tahun. Gigih jugak culik masa biarpun kejap je. Kalau tak silap tahun lepas I pergi PBAKL lepas bergathering bersama-sama blogger buddies at Flora Kafe

So tahun ini InsyaAllah pergi lagi. So cepat-cepat blocked calendar, nak serbu PWTC.

Sumber : PBAKL

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 24 April 2015 - 3 Mei 2015
Venue : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Iolls kalau ke PWTC, satu tempat je yang I terjah, iaitu Karangkraf. Sebab, senang nak cari. Selalunya, tujuan I ke Karangkraf nak sebab nak beli novel Ramlee Awang Murshid. Kali ini I ada tujuan lain. Ada something I nak borong. En. Barney baca yang ini confirm dia tanya banyak-banyak, apa yang I nak borong tu. Nak tahu kena lah bawa Iolls ke Pesta Buku. Ehem

sumber : Karangkraf

Lagi satu Karangkraf ni senang sikit nak cari. Plus dalam dewan besar, bukan jenis yang booth tu. Kalau booth ni I kureng sikit sebab tak suka nak bersesak dan tak gemar nak menyelit di celah orang ramai. Rimas!

Oh lepas ni confirm Mak I merangkap silent reader blog Iolls whatsapp suruh beli novel untuk dia. 

p/s : Kalau En. Barney tanya, novel hari tu dah habis baca belum. I dah ada dah skema jawapan. Siap esei ringkas lagi. Hiks

10 comments:

  1. Salam .Hee bestnya ada pesta buku ;p

    ReplyDelete
  2. waaaa.. pesta buku.. syoknya kat sana.. hehe

    ReplyDelete
  3. memang dah simpan duit nak pegi. hahaha

    ReplyDelete
  4. bile nk gathering ni ? hehee . rinduu xoxo

    ReplyDelete
  5. Amboi..syoknya nak memborong

    ReplyDelete
  6. novel haritu dah habis baca ke belum?
    :p

    ReplyDelete
  7. telan air liur je la.. bulan ni kita p travel je, mmg dah tak wujud kat KL tu..

    ReplyDelete
  8. dh lama rasa tak pergi pesta buku..last pergi BBW 2013 kot..ha smp tak igt la..

    ReplyDelete