Bulan April - June, I target untuk baca 6 buah novel dalam masa 3 bulan tersebut. Kalau 3 bulan pertama untuk tahun 2015, I mampu baca 10 buah novel, tapi kali ini rasa macam 6 buah novel pun macam payah pulak nak capai. Tapi nasib baik sekarang dah masuk novel keempat dan itu pun dah setengah. InsyaAllah boleh kot, 6 buah novel dalam 3 bulan ni.
Novel melayu kedua untuk tahun 2015. Dan novel ini pun Iolls baca dalam masa sehari. In fact, habiskan dua novel dalam masa 24 jam. Itu bila mood dah sampai, cuba kalau time tak ada mood nak baca novel melayu, bukan main satu novel sebulan. Itu pun kalau lah sebulan. Agaknya I baca sekerat, then baca novel lain pulak.
Jantung Hatiku
Amna Nazia
Sinopsis Jantung HatikuMarissa seorang gadis kacukan Melayu - Jerman dan menguruskan sebuah butik andaman milik keluarganya. Nasib malang menimpa dirinya kerana bertemu dengan lelaki yang hanya tahu mengambil kesempatan. Sudah jatuh ditimpa tangga, adik Marissa iaitu Amirul dan rakan baiknya Haziq pula terlibat dalam kemalangan. Haziq tidak dapat diselamatkan kerana darah beku yang merebak di otaknya. Manakala Amirul memerlukan pemindahan jantung dengan segera. Namun bukan semudah yang disangka, ibu kepada pemilik jantung itu membuah syarat. Sekiranya mahu jantung daripada Haziq, Marissa harus berkahwin dengan anak sulungnya, Zarith. Seorang pemuda yang tidak dikenalinya.Dia perancang majlis dan perkahwinan yang tersohor. Ke hulu ke hilir menjual 'minyak' untuk menarik pelanggan mak-mak datin supaya menggunakan khidmatnya yang 'tip-top'. Puan Sri Khaleeda, pelanggan cerewet pun sukakan khidmatnya. Tapi, untuk majlisnya sendiri? Ah, hanya sepasang kebaya lama milik mama yang menjadi persalinan. Kahwin dengan gay? Gila lah! - MarissaPadan muka kau! Memilih sangat. Apa yang kau cari sebenarnya? Wang? Pangkat? Nama? Aku juga punya semua itu walau tak sehebat dia. Itu karma kau, Marissa. - Fareez Zamri
Jalan cerita novel ni menarik. Cuma kalau diperhaluskan lagi, impaknya mesti lagi wow lah. Twist di pertengahan cerita - misteri siapa Rizal yang mengaku suami Marissa padahal seingat Marissa suaminya bernama Zarith. Kemalangan yang menimpa Amirul dan Haziq pula adalah suatu yang disengajakan dan sasaran sebenarnya bukanlah mereka berdua. Tapi siapa?
Banyak konflik sebenarnya yang terkandung dalam jalan cerita novel ni. Tapi tak rasa terlalu padat pun. Okay-okay je. Cuma bila dimampatkan, jadi kurang stress tapi ringkas pulak Agaknya kalau kupas dengan lebih dalam lagi satu-satu konflik tu mesti lagi best tapi nanti tebal lah pulak novelnya kan. Agaknya penulis nak terbitkan novel sambungan kot. Boleh cerita banyak-banyak lagi. Tak gitu?
I tak suka sebenarnya baca novel yang banyak love story bagai ni. Tapi novel ni okay lah untuk Iolls hadam sebab tak banyak skip pages gara-gara tak nak baca kisah sebegitu rupa. Kan Iolls cakap tadi, banyak konflik. Yang penting, memang best. Kalau tak best memang makin rancak lah Iolls skip-skip mukasurat ni.
p/s : ada Big Bad Wolf lagi hujung bulan ni. Yippeee!
BW sini ^^
ReplyDeleteaza pon minat baca novel
ReplyDelete:)
lebih tertarik pd nota kaki awak tu.. hehe
ReplyDelete