11/05/2015

Sesi Mesyuarat Tingkap bersama Rakan-rakan

Alkisahnya semalam. Janji untuk bersua muka dengan le BFF buat kali pertamanya untuk tahun 2015. Sadis gila. Padahal memasing duduk area Shah Alam / Subang Jaya tapi tiap kali plan nak jumpa sure ada lah kekangan dan halangan yang mendatang. Seorang busy dengan assignments dan exam, yang seorang pulak sibuk dengan outstation ke sana ke mari. Tinggal lah I sorang je terkontang-kanting. 

16 years of friendship dan  masih mereng seperti dulu. 
Er bila dah besar mungkin kurang 0.5% kot.

Setelah bersusah payah dan banyak kali dah plan nak jumpa, akhirnya semalam terlunas jugak hasrat. Oh actually bukan lah mesyuarat tingkap tapi banyak benda nak catch up kan. Selama ni berkomunikasi dengan menggunakan whatsapp je, kali ini senang. En. Barney sebagai pemerhati duduk diam je kat tepi, tak menyampuk apa-apa. I pun tak sure sama ada dia faham atau tak apa yang weolls bualkan. Bila dah jumpa tu, keluar lah bahasa sarawak memasing. Memang tak lah pulak nak cakap key ell kan. En. Barney? Tak kisah lah, nak tak nak kena belajar jugak.


Dengan ini berjaya jugak monopod Iolls yang berusia setahun itu dirasmikan. Nak tunggu I? Memang tak lah. Monopod tu pun adik yang belikan. Muka I ni memang jangan harap nak beli. 

Snap banyak gambar. Tapi banyak gambar entah apa-apa sebab gelak je memanjang. Cramp pipi oi! Tak berhenti gelak. Bukan apa, sebab kelakar tengok telatah masing-masing yang macam ulat bulu cari ruang depan kamera. .


Budak yang seorang ni dengan jubah bagai balik kenduri. Lepas melantak nasi minyak, melantak lagi lepas tu. Hasilnya, terus pengsan lepas I dan En. Barney hantar dia balik hostel. Mengantuk sebab kekenyangan. 


Tak sempat nak cerita panjang. Next time harap-harap berkesempatan nak date begini lagi. Boleh bercerita panjang-panjang. Agaknya kalau pillow talk ni, sure punya lah sampai pagi esok tak tidur-tidur. 

Teringat masa matriks dulu. Setiap hari ahad time bulan puasa. Tinggal lah Iolls sorang dekat hostel terpaksa buka buku dan study bila mana yang lain keluar pergi church. Petangnya tunggu le BFFs balik, bawa makanan dari bazaar ramadhan di bandar Labuan untuk Iolls dan siap teman I buka puasa hari-hari pulak. Yang lain pun bajet macam puasa sekali. Agaknya sejak dari tu la kot, memang tradisi tiap-tiap tahun akan plan untuk berbuka sesama. Biarpun yang puasanya Iolls sorang je. So, tak lama lagi nak puasa dah kan, jom fikir nak berbuka mana pulak tahun ni?

p/s : Kan best kalau yang lagi 3 orang tu pun ada. Ini bertiga je minus En. Barney, kurang syok lah pulak. Sobs.

6 comments:

  1. Salam. Hee jelitanyer uools., ;p

    ReplyDelete
  2. mesyuarat tingkap ni tiga hari tiga malam pun takpe. hahah

    ReplyDelete
  3. bestnya lepak dgn BFF..bila dh masuk zmn kerja ni, nak set masa nak lepak sama2 pun susah sikit...masing2 busy..

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum AA...:-)) sportingnya barney sanggup teman AA....walaupun llki sorang je kat situ..

    ReplyDelete
  5. as'salam..
    hi cik aisya...
    tmpt pe yg cik aisya pergi tu..?
    tmpt mkn ke..hee cam besh je

    ReplyDelete
  6. Rindu pula pd sahabat usai membaca entri cik Aisya ni. :')

    ReplyDelete