Minggu ini minggu suram yang sungguh tensi. Lagi-lagi bila hari rabu dan khamis. So kekononnya nak menenangkan fikiran, connect internet dan start mengoogle. Goole Images, type wedding shoes. Nak cuti mata kaedahnya. Oh dan untuk menyucikan minda agar cas positif dan negatif kembali seimbang.
Actually kan, dah start survey dah pun. Keluar masuk kedai kasut, memang pasrah aje lah pakcik gemok Iolls ikut masuk sekali. Orang kemaruk kasut ni kalau masuk kedai kasut memang lagi kemaruk lah kan. Pakej rambang mata sekali. Sebab tu biar survey aje dulu, beli kemudian. Kalau survey terus beli nescaya sure akan ada belian kedua!
Bila dah survey begini, baru lah terfikir. Nak cari yang macam mana, tinggi berapa inci, style yang bagaimana and whatsoever benda-benda merepek yang kononnya penting tu lah.
Macam terberkenan pulak dengan yang begini, Simple tapi comel. Tapi kan salah satu tips nak beli kasut especially wedding shoes, pakai biar selesa. Jangan cantik aje tapi kasut makan kaki. Tak syok lah begitu kan. Tapi kalau dah namanya perempuan, memang tak lah nak cari yang selesa je harus lah nak cari yang menepati citarasa jugak.
Tinggi berapa inci? Aspek yang satu itu pun jangan dipandang remeh. Cari yang style wedges agar lebih stabil. Atau mungkin cari yang dua inci cuma dengan alasan dah terbiasa menggunakan heels yang setinggi itu? Iolls? Haruslah nak cari yang tinggi-tinggi. Dah nama pun orang kurang ketinggian kan.
Nak sesuaikan diri katanya kena lah bawa kasut time fitting kan. Betul ke? Kalau tak agak ketat sikit, pakai stoking supaya kasut tu stretched lebih sikit.
Lagi satu tips yang Iolls baca, kasut baru biasanya mempunyai tapak yang licin jadi ambik kertas pasir dan gosok tapak kasut tu untuk lebih cengkaman kononnya. Sejauh mana kebenarannya itu I is tak tahu. Ada yang pernah try tips tersebut?
Excited pulak lah nak pergi shopping kasut. Cuma yang I risau, kaki cinderella susah nak cari saiz. Takut nanti lagi stress lah pakcik gemok kalau cari sepasang kasut je dah makan masa berminggu. Eh perasan Cinderella pulak dah.
p/s : Rasa macam nak pergi shopping kasut lah. Terapi stress? Hiks
sumber : Tips for buying wedding shoes
nak beli wedding shoes pun sampai camtu sekali pening dia..hahahaha...
ReplyDeletecik nor pon cr ksut..nak g interview..:)
ReplyDeleteYang first tu lawaaa :D
ReplyDeleteyang first skli paling cantik !
ReplyDeletetinggi2 kasutnya ehh.. hehe btw, memang cantik.. happy shopping. (:
ReplyDeleteCantiknya kasut taste u olls.. kita tak lah, ini pun dah lama tak beli kasut baru.. huhu.. Semoga pencarian berhasil ye.. =)
ReplyDeleteMasa Aish kahwin dulu, mak andam suruh pakai kasut yang set dengan baju dia. Tinggi 7 inci. Nak tak nak kena pakai jugak sebab baju tu labuh. Siksanya usah dikata la. malam malam sakit kaki hahaha
ReplyDeletenk pilih kasut grand ke cik aisya??hehe
ReplyDeletelau x,baik pilih kasut yg kita biasa guna..pas wedding pon still leh pkai wat jenjalan...xdela pkai sekali seumo idup...ahaks! lol =p
Headache headache!! Hahaha. Cmne mun kmk kawen klak ouh? Ng siktauk reti pakei heels eh. Ada tepeott klak koh. Hihihi. All the best :D Agik stalk tok xD
ReplyDelete