15/06/2015

#CountingDays : Busana Pengantin

Ehem. Bukan main lagi perkataan bombastik busana pengantin. Bahasa pasar orang panggil baju kahwin je. Tak ada maknanya tatabusana dan tatarias segala bagai. Dulu masa aktif dengan aktiviti-aktiviti kesenian, berkecimpung dengan tarian dan teater je tatarias dan tatabusana ni memang sangat dititikberatkan.

Ok fine. Jangan melencong, pesan mulut pada jari. Tapi kekadang jari ni tak mendengar. Almaklumlah telinga tak ada. Eh merapu apa ini?

By the way. Tinggal kurang dari 100 hari. Kalau tanya En. Barney jawab dia satu aje. Nervous katanya. Kalau I pulak yang ditanya, oh better jangan tanya. Kejap lagi stress itu ini menjelma. Mula lah jadi macam cacing kepanasan minta dipayung dan dikipas.  

Bila makin dekat ni makin stress oi! Nasib baik sabtu lepas boleh kata settle lah satu benda. Cuma serahkan pada butik dan tunggu je hasilnya. Baju kahwin lah. 


Baju kahwin nanti design baru tapi design pun tiada kaedahnya. Sebab apa? Bila sesi mengoogle jadi rambang mata dan pening tengok semua cecantik je. Last-last pergi butik, kita mintak lah nasihat yang pakar. So butik came up with few designs. So kita pilih je lah mana yang berkenan. 

Ini gambar hiasan je pun. (ehsan pakcik google)

Dah pilih design yang mana and then bagitau warna nak apa, beading bagai tu pun nak bagaimana dan et cetera. Bila sampai part warna, kakak butik tu bagitau. Warna yang weolls pilih agak susah jugak nak mencari sebenarnya. Baju yang sedia ada kat butik tu pun cuma ada satu je warna yang itu. Warna apa? Ha yang tu nanti-nanti lah dikhabarkan. Nak meneka pun boleh jugak. Hiks.

Cantik! Ala-ala princess gitu. Tapi bukan yang begini jugak.
(ehsan pakcik google)

Hal butik dah siap. Next, kad kahwin pulak. Sekarang ni weekend memang full lah ke sana ke mari nak settle itu ini. Kekadang susah jugak bila majlis dan family di seberang laut. Tuan punya badan pulak jarang balik. Tambah pulak time bulan puasa berkejaran ke sana ke mari. Bright side, thrill apa. 

p/s : Awal bulan July pilih baju untuk bertandang pulak. Sekarang pun dah pening, berapa lama perempuan ni nak berkampung kat butik tu nanti?

8 comments:

  1. Salam...weyhhh 100 hari lagi ke~~~ hahahaha..aduiii....aku ni bilaaaaa entah nak kelam-kabut seyh..hahaha bace entry ni terus nervous + seram + cemas + panik semua ada..hahahaha berapa rege baju? kira customade lah tu kan?

    ReplyDelete
  2. weeee.... dah nak kawen ye.. best nya. apa pun k.liya doakan semua nya berjalan dengan lancar dan sempurna

    ReplyDelete
  3. Salam, tumpang tanya awak amek pakej dekat butik andaman23 ke? Macam mana servis dia, okay tak? :)

    ReplyDelete
  4. nampak sangat kebizian tu.. takpelah sekali je kahwin.. hihih..

    ReplyDelete
  5. nak dekat dah tu. tak lama je lagi.

    ReplyDelete
  6. woot woot...
    mesti meriah majelis nanti....
    yela..skrng pon cik aisya da penin..
    lau yaya jnis simple..sbb mmg xska nk peninkan pale..
    apapun Yaya doa semua bjalan dgn lncar dan dpmudhkan sglanya ye cik aisya.. ^_^

    ReplyDelete
  7. @Farahin Shahadan
    service? hmm awal2 ni tak berani plak nak bercerita ok ke tak. huhu. tp setakat ni ok lagi lah.

    ReplyDelete
  8. Yoh! Udah mok kawen geng tok eh. Kmk nang alu sik tauk berita. Hahaha. Stahun udh sik blogging. Meeyy so happy for you!! :D

    ReplyDelete