Masalah orang dah bertunang on the way nak kahwin. Masing-masing dah menyoal, bila nak kahwin. Rasa macam nak aje tampal tarikh kat dahi so orang tak perlu buang tenaga untuk bercakap dan menyoal. Jawapan dah ada depan mata. Masalah orang yang majlisnya lagi dua tiga bulan pulak, tadah telinga orang tanya mana kad pulak. Alahai wrong timing lah pulak. Cuba tanya time kad dah siap, on the spot I distribute. Nah ambik, pergi main jauh-jauh. Nanti jumpa time majlis ye.
Bila masing-masing dah menyoal ni, baik lah kita pergi settle hal kad kahwin. Sebenarnya I dan En. Barney dah booking masa pergi wedding fair bulan Disember tahun lepas lagi. Konon nak dapat harga murah lah kan. Tapi tak ada lah murah sangat pun bila plan begini dan begitu, orang tua kata baik jangan begini dan begitu. Oh turutkan saja lah labu.
Belek-belek kad, nak tengok yang mana. Cari mana yang simple, menarik dan nampak kemas. Belek punya belek sekali orang sebelah tu bersuara, "Ingat saya pesan apa. Jangan melampau sangat cerewet tu."
Okay fine. Kena lagi setepek.
Memang sangat memahami lah staff kedai kad ni. Bagi I satu list kod warna lagi. Kejap lagi tak kena dengan warna pilihan hati, tak pasal-pasal kena draft banyak-banyak kali.
Nasib baik jugak sebenarnya weolls pergi settle kan kad cepat walaupun macam dah lewat jugak lah. Kedai ni pulak cuti raya dua minggu. Harap-harap sempat siap macam yang dijanjikan. Katanya confirm draft seminggu before raya, then seminggu lepas raya baru start printing bagai. Ambik masa dalam dua minggu lagi.
Dah risau jugak sebenarnya ni. Itupun orang tua nak begini nak begitu pulak. Memang tak sempat lah nak buat kad kahwin yang mengikut adat sangat tu kan. Kad kahwin pun kena beradat jugak tau. Oh pening kepala. Masa dah suntuk, kos pun mesti dah naik enam tujuk level dah. Kalau demand itu ini hulur sekali dengan kaching-kaching tak apa jugak ye.
Ikutkan hati nak buat begini je. Letak nama, bubuh tarikh, senang. Tak ada kerawang sana kerawang sini. Tak ada bunga-bunga cinta di mana-mana. Sedap mata memandang. Tapi kan, nanti panas telinga lah dengan orang-orang tua membebel. Mana map, mana nama itu, mana nama ini. Kenapa ini tak ada, kenapa itu tak ada. Kalau boleh kad kahwin tu buat 100 mukasurat, memang I buat. Baru semua puas hati.
p/s : Takut jugak jumpa orang-orang yang suka cari kekurangan sana sini ni. Bukan risau apa, risau tangan ni jadi ringan pulak nak sumbat kertas bagi senyap. Tapi kan, orang-orang macam ni memang tak boleh avoid lah. Tak jemput nanti sentap pulak. Lagi-lagi kalau dah saudara mara tu kan. Mengata sebab tak dijemput lagi. Ish, banyak bunyi lah.
byk2 bersabar ye sis....
ReplyDeletelgpun kita tak boleh nak penuhi hasrat semua org....
huhuhuhu....
Janji kad siap pada masa yg dirancang....
mg dpmudahkn smua urusan..abaikan kata2 org..mlainkan diorang tlg sponsor.btol x?.haha..
ReplyDeleteakak dulu main tempah je...asal ada alamat..peta..tarikh...aturcara...dah ok :-))
ReplyDeletehehe saya faham perasaan kamu.. sbb sy punya majlis lg 3 bulan gak.. semua dah duk tnya mana kad.. awal lagi kot nak bagi kan..kan..huhuhu
ReplyDeletepastu bila tgk kad yg kita siapkan sample (sbb print sendiri).. ada je x kena.. mmg stressss.. kang suruh si tukang byk komplen ni wat kan kad kita kang. pandai bg alasan kan.. hehe
wah nak dekat dh majlis nampaknya tu...jgn lupa jemput i tau..hahaha
ReplyDeleteSalam, hahahaha tu dia..kelam-kabut dia setelkan kad...uikk sampaikan kad pun kena beradat jugak ye? Payah ni..kalau hulur duit sekali xpe gak..hahahha
ReplyDeletekalau mana yang dok tanya tu, cakap je nanti "i add event kat FB ye". sonang. tak perlu kad2 kahwin dah. hehehe...
ReplyDeletemacam kenal je kedai...kat Pertama Complex eh sbb macam kedai kakak buat kad dia dulu..mihmih...
ReplyDeletejangan dilayankan org tu...biasal amulut manusia mana boleh nak tutup kan...bertabah la ye!
xperlu fikir sgt pe org akn kate cik aisya..
ReplyDeletekalau yaya 'tunjuk2' je..cepat..
org tgok pon skdr nk tau bila,kt mne mjlis dan siapa tuan rumah @ pgntin nyer jee..da hbis cmpak je la kad tu..huuuu sadis kan..