02/06/2015

[Novel] Gulai Siput Daun Kaduk - Fida Rohani

Target, 6 buah novel dalam masa 3 bulan. Buat masa sekarang dah tiga buah novel berjaya sampai ke garisan penamat dan novel kali ini pula yang keempat. Sebenarnya tengah baca novel ke enam sekarang ni. Sikit lagi nak capai target. Hiks!


Novel Gulai Siput Daun Kaduk. Salah satu novel yang I beli masa menyerbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Dari berbelas-belas novel yang I beli, I baru baca tiga aje. Entah bila pulak turn novel lain.


Gulai Siput Daun Kaduk
Fida Rohani

Sinopsis Gulai Siput Daun Kaduk

Walaupun Dwen seorang anak yang dibesarkan dalam suasana yang serba mewah, namun dia tidak pernah memerlukan semua itu. Dia rimas dan lemas! Mamanya, Datin Rodziah tidak habis-habis mahu menjodohkannya dengan Karina. Gadis itu langsung tidak memenuhi kriterianya. Terasa pula dirinya diperdagangkan oleh keluarga hanya kerana ingin memperluaskan empayar perniagaan. Apa sahaja kemahuan mamanya dia perlu turuti. Argh, bosan !

"Mama tak nak dengan apa-apa alasan Dwen lagi. Mama nak Dwen minta maaf dengan Karina dan bawa dia perg dinner di tempat yang selesa dan sesuai dengan martabatnya." - Datin Rodziah

'Martabat? Martabat apa yang sedang diperjuangkan ni? Kalau bercakap tak ada sopan, pakai baju tak cukup kain, muka dah macam badut, rambut yang asal hitam diwarnakan merah.. masih adakah martabat dia ni sebagai orang? Aku nampak macam kambing je...' - Dwen

Dwen nekad. Dia mahu mencari calon isteri yang betul-betul menepati cita rasanya. Dia perlu memikirkan masa depannya. Namun, timbul pula idea gilanya. Calonnya harus pandai memasak makanan kegemarannya - Gulai Siput Daun Kaduk!
Novel ni kan, macam sinopsisnya jugak rasa macam tak ada "Wow!" factor. Biasa and klise je. Kalau bagi I agak membosankan sedikit lah. Tu pasal skip mukasurat je lebih. Nak tahu point-point penting aje. Yang bezanya Gulai Siput Daun Kaduk. Itu lah daya penarik utama. Dah nama pun tajuk novel pulak kan. 

Tak adalah sangat pun sesi mencari calon isteri sebab calon isteri dari awal sampai ke sudah sebenarnya dah ditetapkan. Ujibakat calon isteri, tujuan utama sebenarnya untuk menghalang gadis-gadis seperti Karina daripada mendekati Dwen aje. 

Best atau tak? Bagi I so-so je lah. Sebab klise lah. Anak orang kaya vs anak orang susah vs mak mertua macam singa. Lebih kurang je dengan jalan cerita lain. Cuma novel lain tak adalah menghighlightkan Gulai Siput Daun Kaduk tu. 

p/s : Dwen, rupanya nama manja untuk Ridwan. Gegerl sangat bunyinya. 

6 comments:

  1. macam best je novel ni. Hehehe

    ReplyDelete
  2. saya dah stop baca novel melayu cintan cintun macam ni. bukan tak nak support, tapi sbb dah bosan , jalan cerita semua sama je.. sekarang saya lagi tertarik dengan novel fixi , lebih lebih lagi kalau adaptasi dari novel indonesia. memang best.. ada kelainan la.. sekali sekala nak tukar taste membaca hehe

    ReplyDelete
  3. sememangnya boleh bagi suggestion kat akak df . dia minat novel

    ReplyDelete
  4. Salam, hahahaha aku klik link ni sbb ingatkan resepi masakan tadi, rupanya tajuk buku novel la hai~ haha..kemain nama watak Dwen ek...hihi

    ReplyDelete
  5. tajuknya mengancam . sis tak pernah lak masak daun kaduk cuma buat ulam je ...

    ReplyDelete
  6. ummm
    tapi tjuk tu xmnarik minat yaya nk bce la pula..ngeeee =p

    ReplyDelete