22/06/2015

[Novel] Hai, Encik Perfume - Immaz Huda

Target I nak baca lagi satu novel untuk bulan ni kan. Berjaya jugak. Time sahur, belek-belek sikit empat lima pages. Kononnya sebagai peneman bersahur dan penambah selera. Mana taknya sedar-sedar je pinggan dah licin. Kalau tidak, lebih melayan mata yang mengantok, nasi dalam pinggan tak berusik lah jawabnya. Cuma harap-harap tak la terlajak, eh sedar-sedar pukul 6.00 pagi dah tapi tangan menyuap lagi. Hoi mintak simpang. Hiks. 


Masa PBAKL 2015 tempoh hari, I kan borong sampai 13 buah novel. Tu sebab ada beberapa buah yang beli satu percuma satu. Novel ini salah satu novel yang I grab di PBAKL. 


Hai, Encik Perfume
Immaz Huda
Sinopsis Hai, Encik Perfume

Mirr Mediana, peguam muda yang bersemangat tinggi tapi ada masanya, blur. Pertemuan demi pertemuan, tanpa sengaja telah menemukan dia dan Putra Aiqish. Setia kali berjumpa, ada sahaja peristiwa yang terjadi sehingga membangkitkan kemarahan masing-masing.

Kata Mediana, "Cik susu kotak awak panggil saya? Awak tahu tak yang saya tak dapat tidur malam tu disebabkan awak? Mula-mula awak ambil parking saya. Lepas tu, awak ambil susu kotak tu. Kemudian awak langgar kereta saya. Dan disebabkan imej awak, saya tersalah masuk tandas! Lepas tu, awak bertukar kereta dengan saya. Kenapa setiap paksi dunia yang saya toleh, saya harus terserempak dengan awak?"

Dan kata Aiqish pula, "Saya dah tahu perangai sebenar awak. Awak suka membebel, sensitif, cepat melenting, suka berdebat, suka minum susu kotak sebelum tidur dan tak suka orang lain rampas parking awak. Awak seorang yang rabun sebab tak dapat bezakan tandas lelaki dan tandas perempuan. Awak seorang pencuri kereta. Dan akhir sekali, nama kereta kesayangan awak adalah..."

Tanpa dirancang dan hati belum bersedia, mereka ditunangkan. Namun, saat cinta dan sayang mula bercambah, wujud penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Mampukah mereka mempertahankan ikatan suci itu?
Hmmm. Nak cakap apa tentang novel ni eh? Yang sure novel ni I baca dengan pantas dan cepat sebab banyak skip pages. Bukan apa, I rasa macam tak best pulak. Dari awal sampai akhir, asyik putus tunang aje. Dari hero dan heroin yang masing-masing putus tunang sampai lah ke watak sampingan semua nak putus tunang. Rasa macam, er bosannya? 

Cover luar I memang suka sebab cantik tapi isi dalam? Hmm, kureng lah. Tak tau lah kenapa rasa macam karakter watak macam tak solid. Jadi tak best pulak nak membaca. 

Tapi kalau uolls jenis yang mencari unsur humor dalam sesebuah novel, boleh lah try baca novel ni jugak. Kelakar jugak lah di awal pertemuan Aiqish dan Merdiana. Sampai kan I fikir, ada ke perangai orang yang begini di luar sana. Oh sudah semestinya ada, ragam manusia kan. Pelbagai. 

p/s : Novel melayu yang I baca sekarang agak best sikit. Dah habis baca nanti Iolls kongsikan novel yang mana satu. 

5 comments:

  1. wahhh macam menarik jer cerita ni...

    ReplyDelete
  2. Macam best novel ini, dah lama tak beli novel keluaran alaf. Haritu beli banyak tak best, malas nak beli..hahah

    ReplyDelete
  3. saya mcm perasan skrg byk novel melayu yang tajuknya ada mr., mrs., encik, cik..huhu..

    ReplyDelete
  4. penulis takde idea kot asyik2 putus tunang jer.. hikhik.. tp tajuk cam menarik..

    ReplyDelete