31/08/2015

Cek Nuffnang Tak Sampai, Tiket Pun Nuffnang Tak Reply. Grrr!

Ingat lagi kisah cek nuffnang Iolls yang tak sampai-sampai lepas dua bulan cashout? Tak ingat or tak tahu? Klik lah sini, Lebih 2 Bulan Dah, Kenapa Cek Nuffnang Tak Sampai-Sampai Lagi Ni??

Ini sambungannya.

Menurut Nuffnang, Cek Iolls mungkin sesat dan hilang arah semasa dalam perjalanan. Pihak Nuffnang ada juga minta alamat dari I untuk verify sama ada mailing address dalam sistem diorang sama dengan yang I bagi and memang sama pun. Pihak Nuffnang akan issue balik cek dan hantar semula kat I. Makan masa dua minggu baru I dapat. 

Lepas dua minggu! Cek tak sampai-sampai. 

Bila tak sampai, I pun inform lah Pihak Nuffnang. Plus dalam reply diorang pun kalau cek tak sampai jugak dalam tempoh dua minggu, inform diorang balik. 

Tapi sayang. Lepas 5 hari bekerja, still tak dapat apa-apa feedback dan balasan daripada Nuffnang. Ni yang rasa macam nak hangin ni. 

So I submit je lah tiket baru dengan harapan yang ini diorang reply. 


I baru nak puji tau. Sekali tarik balik lah. Tak reply pun email Iolls. 

Sebelum ni ada tukar alamat. Dulu guna alamat rumah kat Sarawak, ini tukar guna alamat rumah sendiri lah pulak. Takkan lah sebab kawasan rumah I ni kawasan kejiranan baru so abang posmen tak jumpa-jumpa? Sama je address yang I guna dengan address yang tertera atas bil air dan bil elektrik. Musykil, ke mana hilangnya cek tu. Hmm.

p/s : Kalau setakat puluh-puluh tak apa lah jugak. Sobs.

9 comments:

  1. uish, abg posmen lupa nak guna GPS tu.

    ReplyDelete
  2. Ma sya Allah..kesiannya..moga segera selesai la..

    ReplyDelete
  3. MG pun dah cashout yg kdua yg 1st tu xdpt lg
    same
    check lost otw nak sampai but till now 2 2 tak dapat lagi :(

    ReplyDelete
  4. sabar ye aa..memang ada terbaca diblog lain tentang masalah pengeluaran duit nuffng

    ReplyDelete
  5. Kena pulun minta jugalah, duit kita kan.. ;)

    ReplyDelete
  6. Sabar jelah.. Ni mesti cashout beratus kan

    ReplyDelete
  7. Kita dah lama bercerai dengan nuffnang. hahah

    ReplyDelete
  8. huhu alololo..sbo la cik aisya..ade tu dorng tgh checking..sabar yeee =D

    ReplyDelete
  9. Wushh? Tak settle settle lagi ke kak Aisya? Eh eh last last kak Aisya yg maintain update blog selalu ye T_T

    ReplyDelete