Cerita isnin lepas yang Iolls rasa malas sungguh nak menaip kisahnya. Memanjang aje malas kan. Bila entah nak rajin.
By the way sebelum I kembali malas untuk menaip, isnin lepas office Iolls mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri bagi tahun 2015. Sambutan hari raya ni merupakan salah satu acara tahunan lah. Tak ada raya celebration, tak complete katanya.
Tapi kali ini berbeza sedikit dengan majlis-majlis sebelumnya. Tak kira lah sambutan raya, chinese new year or hari natal sekali pun. Sebabnya ada pertukaran venue. Bunyi macam gah aje tukar-tukar venue. Macam lah sambut raya kat hotel 10 bintang. Padahal building yang sama jugak.
Sebelum ni apa-apa sambutan, majlis or celebration akan diadakan di Corporate Level. Tapi kali ini sebab staff dah makin ramai, jadinya tak ada ruang kosong pulak untuk buat makan-makan biarpun buffet style. Setiap pelosok ruang dipenuhi dengan work station, partition bagai.
Kali ini beralih angin, majlis di ground floor pulak. At least ruang sangat besar. Cuma panas lah tak ada aircond. Hiks.
Opening speech oleh GM
Culik gambar dari FB Kakak PA
Oh ye, sekiranya anda tercari-cari gambar makanan memang tak jumpa lah ye. Gambar wefie banyak lah. Iolls belanja gambar dulu baru belanja cerita kenapa tak ada gambar makanan. Eh.
We call ourselves, The Blender. Tapi kekurangan seorang pulak.
Tak ada monopod yang stick tu, kita guna monopod asli terbaik dari ladang.
Mata mana mata? Tak nampak pun, ada mata ke tidak?
Berbalik kepada persoalan tadi. Mana gambar makanan? Sebabnya makanan tak berapa nak mencukupi dan sebabnya lagi dah kebulur sebab lambat sangat.
Nak dijadikan cerita, weolls ni berbaris agak penghujung benua jugak. Kekononnya nak bagi ruang lah untuk orang lain especially yang bekerja di bahagian customer service. Tapi itu lah baik hati sangat. Sampai turn sendiri pinggan dah tak ada. Yang ada cuma piring polisterin yang kecik. Katanya pinggan yang caterer sediakan cukup-cukup dengan headcount, staff yang berbaris di depan pulak sorang ambik 2-3 tiga pinggan. Itu pasal sampai turn weolls terpaksa lah mengemis belas ehsan. Hoi sadis betul bunyinya.
Tapi kan, nasib baik makanan sedap. Hiks.
p/s : Dulu senang lah majlis kat level sendiri. Sambil tunggu turn ambik makanan, boleh reply email satu dua round.
look all have a goood time.. eid mubarak!!!
ReplyDeleteSalam singgah pagi jumaat dik....wahh...meriahnya gambar raya adik....semua muka senyum kerana gembira...hihi
ReplyDeletekuanghasam! monopod asli katenye (>.<)
ReplyDeleteKahkahkah.
Deletewah meriahnya...
ReplyDeleteMeriah..hehe...alolololo...pinggan habis...
ReplyDeletealamak,sedihnya peghujung cerita.hehe.biasalah kalau yang dok sabar menanti ni.adakalanya kesabaran menanti perlu diganti dengan kesabaran yang lain.
ReplyDeleteklu dah ramai2 cenggitu , redha je lah dpt mkn apa yg ada ... heheheee
ReplyDeletemakin berseri seri Aa...manis aje :-))
ReplyDeletebeshnyer.... =)
ReplyDelete