Office Terbuka.
Dalam erti kata lain, sambutan raya lah.
Dress code?
Of course baju raya.
Malas punya pasal, rembat aje lah sepasang baju kurung.
Asal boleh pakai.
Sampai office memasing tanya.
"Mana baju raya?"
Er tak faham pulak.
Tak ada orang pakai baju kurung biasa ke masa raya?
Mungkin baju raya harus baju mahal-mahal ribu-ribu,
liplap sana, liplap sini,
Penuh manik dan labuci di mana-mana.
Atau didefinisikan sebagai baju rekaan designer yang ada-ada?
Sekadar gambar hiasan (ehsan google)
Ish tak kuasa lah nak melaram,
dengan lipstik merah sejemput.
Lagipun raya bukan lah pada baju semata tapi suasana yang dirasai.
p/s : Cerita office terbuka esok-esok lah eh.
bersederhana tu lebih baik kan..daripada pakai jubah tapi ketat macam sarung nangka...huhu
ReplyDeleteDifinisi raya adakala menakutkan bagi sesetengan orang..
ReplyDeleteNani pun kalo time malas nak iron tu rembat je baju kurung mana yang ada
ReplyDeletesalam singgah sebelum tidur dik..akak baju raya sepasang jak..hihi...
ReplyDeleteBelum terlambat akak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin
ikut pengalaman rugi sebenarnya beli baju raya yg berkilau2 sgt.. last2 simpan dlm almari.. nk pakai g kje rs terover la pulak...
ReplyDeletedah budaya org melayu kot melaram di hari raya ...
ReplyDeletebe yourself kak. ignore org cakap hehehe
ReplyDeleteatau nak kena letak label besau2 kt bju tu..tulis 'BAJU RAYA'
ReplyDeletekot..ahahaha ^,^
Mungkin la kot. Hahah
Delete