Sebelum raya tempoh hari, I kan jalan-jalan cuci mata kejap di Kuala Terengganu. Bukanlah jalan-jalan cuci mata pergi cuti-cuti Malaysia tapi jalan-jalan tengok tempat orang sementara En. Barney pergi sana atas urusan kerja.
Entri jalan-jalan I dah settle kan before raya tempoh hari. Boleh baca di SINI lah ye. [Jalan-Jalan Cuci Mata di Kuala Terengganu]
Seperti yang diberitahu dalam entri lepas, weolls sampai Kuala Terengganu dari KL pukul 10.00 malam. Dah lewat so terus lah check in hotel. Hotel yang ini, memang dah jadi hotel panel En. Barney kalau ke Kuala Terengganu atas urusan kerja. Dia malas nak cari hotel lain sebab katanya hotel yang ini selesa.
YT Midtown Hotel
Rate untuk satu bilik Iolls tak ingat lah pulak. Sebab booking semua En. Barney yang buat. Kalau tak silap, dalam RM110++ kot. Tak sampai pun RM120.
Duduk sorang memang puas sangat-sangat-sangat lah! And boleh ambik gambar puas-puas jugak, nak masuk dalam blog kan.
Iolls paling suka cermin besar tu. Boleh berangan jadi mak tiri Snow White, "Mirror mirror on the wall, who's the fairest of them all?"
Dah nama pun bukan cermin sakti, harus lah nampak muka sendiri. Hiks.
Complete dengan hairdryer, siap iron dan iron board sekali dalam bilik. Untuk orang perempuan, ini adalah benda-benda basic so memang sangat-sangat berguna lah. Er, biasalah perempuan kan.
Siap ada kekononnya reading corner. I like! Tapi dah lewat malam. Mata tak segar lah untuk membaca. Sobs sobs.
Satu je lah yang tak best nya. TV kecik sangat. Iolls ni dah lah rabun, memang kurang nampak lah. Dengar suara je lebih. At least besar sikit okay lah, ni alahai.
Disebabkan weolls datang time bulan puasa persoalannya, sahur disediakan sekali tak? Oh, harus lah ada, Tapi dari pukul 11 malam sampai pukul 1 pagi. Macam awal sangat pulak nak sahur kan time begitu. Oh no worries, boleh bawa pinggan balik bilik. Time sahur bangun balik.
Wrap dulu dengan plastic wrap before balik bilik. Telur dadar, ikan goreng and tomyam. Ada satu lagi menu yang Iolls tak ambik which is rendang. Tomyam tu yummy tapi for me pedas lah.
View dari Level 9 YT Midtown Hotel. Yang ini Iolls ambik gambar dari depan lif. Sementara tunggu lif sampai tu kan. Snap snap lah dulu. Orang baru first time jejak kaki di Kuala Terengganu kan.
Hotel YT Midtown
Address : No. 30, Jalan Tok Lam, 20100, Kuala Terengganu
Telephone : 609-6223088
Website : www.hotelytmidtown.com.my
p/s : Tak puas jalan-jalan sebenarnya sebab kejap sangat. Tak apa lah, next time kalau berkesempatan kita datang lagi. InsyaAllah.
SA pun pi trengganu jugak..tp pi kemaman...pun x update lagi..huhu
ReplyDeleteTerima kasih review hotel..mn tau PC jalan2 diterengganu.,boleh menginap disini..
ReplyDeleteOooo beh g jalan sana..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDeletekalau pi bercuti di bulan puasa..masa adalah terhad sebab letih berpuasa disiang hari kan..
ReplyDeleteLetih tu takde masalah sgt ni mmg kekangan masa. Huhu
Deletekat kuala trengganu tu mmg byk tpt blh cuci mata ...
ReplyDeletewahh boleh thn...bilik tu ye..syiok juga tu..snmpk selesa =)
ReplyDelete