14/09/2015

'Home Sweet Home' Lah Sangat

Alhamdulillah, pukul 9 malam semalam dah sampai dah. Jejak je kaki kat rumah, terus cari si bulus bulus. Sesi menggomol biar jadi ropol ropol. Sebab itu tak menyempat langsung nak menaip entri. Blergh, alasan je banyak.

Gate J9, KLIA 2

Ya Allah jerebu. Tak tau nak cakap apa lah. Dalam hati berharap lah flight tak delay dek kerana jerebu sebab duduk je terus dengar announcement. Flight ke Labuan terpaksa delay. Dalam sejam or setengah jam kot. 

Tapi alhamdulillah, delayed pun 10 minit je. Tapi alasannya sebab kekurangan staff. Heh?? 

Sayang, tak dapat boleh snap gambar sunset. Tak nampak weh!


Cik TengTeng secara sukarelanya masuk bakul. Minta digolek. Eching heroin cerita hindi lah tu. Golek golek sampai dapur. 


Dinner untuk malam tadi. Kalau kat tempat Iolls, durian ni dipanggil durian ukak si durian kuning. Rasanya memang jauh beza dengan durian biasa. Plus tak ada bau pun. Kalau I, durian ni faveret lah. Durian biasa tu, tak boleh makan lah. Tak tahan bau dia yang menyengat. 

Okay dah. Itu je yang sempat nak update. Banyak lagi benda perlu di settle kan. Free nanti Iolls update cerita lain pulak. Kbai. 

Nampak tak terkejar kejar kat situ? Okay, tak pun. 

p.s : Baru tergedik-gedik nak siapkan hantaran and door gifts bagai. Argh stress I. 

8 comments:

  1. teruk betul jerebu kan.. oo.. ada ye durian tak ada bau..hihi

    ReplyDelete
  2. Eee comel je si gebus tuuu <333 Eh ehhh dah nak big day kak Aisya! :D

    ReplyDelete
  3. durian tu nampak sedap.. tak lembik macam durian biasa akak makan..

    ReplyDelete
  4. ya allah nape lah cik tengteng cute sangat ni eh hahahah

    ReplyDelete
  5. enjoy n cherish ur days kak aisya <33333333

    ReplyDelete
  6. Pelik . tak pernah dengar durian tak ada bau...kuning kunyit doyan tu..

    ReplyDelete
  7. Debaran makin terasa ye aa...take care :-))

    ReplyDelete