07/09/2015

Meremang Dengar Cerita Seram En. Barney

Pernah berjanji untuk story apa yang terjadi beberapa minggu lepas.  Tapi sampai sudah Iolls terlupa. Nasib baik teringat semula. Kekononnya nak kumpul keberanian untuk bercerita lah kan. 

Kisahnya bermula pada hari jumaat lebih kurang dua minggu lepas. Masa tu Iolls ada programme launching di office client yang bertempat di Cyberjaya.  Nak dijadikan cerita, pagi tu nak ke Cyberjaya tumpang kereta colleague. Kereta I tinggal di office. Lepas programme tamat petang tu, lebih kurang jam 4.00 petang, colleague I bagitau nak balik rumah terus. Rumah dia di KL and office weolls pulak di Shah Alam. Rasa macam menyusahkan pulak kalau suruh dia hantar Iolls balik office. Dari Cyberjaya ke Shah Alam kemudian masuk KL time peak hour. 

Plan punya plan perancangan balik tu, Iolls suruh colleague I hantar ke Hospital Kuala Lumpur. Kebetulan En. Barney ada kerja di HKL dan kebetulan juga rumah colleague I pun area situ jugak. 

Lebih kurang pukul 5.00 petang sampai HKL. Kalau tak silap En. Barney bawa I ke unit nefrologi kot. Iolls pun tak ingat kat mana. Tapi yang penting tempat tu kat bahagian basement and line telefon pun nan hado! 

Kebiasaannya, Iolls akan tunggu En. Barney settle kan kerja dia sambil baca novel di ruangan menunggu. Tapi kali ini I jadi tak senang duduk pulak. Toleh kiri kanan sunyi sepi aje macam tak ada manusia langsung. Tambah pulak En. Barney bagitau kerja dia siap dalam pukul 8.00 hingga 9.00 malam. Lagi lah rasa macam dup dap dup dap jantung ni ha. Rasa semacam. Malam nanti memang lah ada juga staff hospital yang in charge which is biasanya staff yang on call tapi berapa kerat je lah kan. Berdasarkan cerita En. Barney, staff in charge time tu sorang je. 

Sekadar gambar hiasan (ehsan pakcik google)

Bila dah tak senang duduk ni, I start lah whatsapp kawan yang kebetulan belajar di area HKL ni jugak dan hostel dia pun dalam walking distance je dengan HKL. Bagitau En. Barney, I tunggu kat hostel kawan Iolls je. Scary sangat pulak rasa nak menunggu sampai pukul 9.00 malam. 

Dengar cerita En. Barney masa on the way balik tu, terus tarik nafas lega. 

"Nasib baik saya suruh kawan saya ambik. Tak tunggu awak kat situ."

Untuk makluman, kerja macam En. Barney ni jenis yang handle medical equipment and machines. Kalau ada mesin baru, mesin rosak, diorang kena tengok and check. Bila bercakap tentang hospital, biasalah masa bekerja jadi tak menentu. Kadang-kadang start kerja pukul 5.00 petang. Tak boleh buat time office hours sebab time tu patient ramai. Kalau ada kes emergency lagi lah masa kena drag. So 9.00 malam - 10.00 malam masih berada di hospital itu adalah perkara biasa. Setakat ni macam tak pernah pulak dengar En. Barney cerita dia balik pukul 1.00 pagi. 

Berbalik kepada cerita tadi.

Alkisahnya masa maghrib, tetiba ada bunyi-bunyian pulak berkumandang. Bak kata En. Barney, macam bunyi besi diketuk-diketuk. Tapi yang tinggal cuma dia seorang je dalam bilik tersebut.  Bila person in charge masuk je, terus senyap. Kemudian bunyi tu datang balik bila En. Barney tinggal seorang. Agaknya sebab tu lah kot, person in charge tak tunggu kat situ. Tak nak diganggu. Tak boleh bayangkan kalau I tunggu sorang-sorang kat situ. 

Tapi En. Barney bagitau, itu tak boleh lawan cerita kawan dia lagi. Yang itu Iolls dengar pun rasa macam bergetar kepala lutut. 

Terjadi masa maghrib jugak. Ada satu mesin yang perlu diperbaiki agaknya. Mesin tu pulak letaknya di bilik mayat. Tengah khusyuk buat kerja, tetiba member ni rasa seolah-olah ada yang memerhati. Sekali dia toleh. nampak makhluk bertenggek. Bertentang mata lah buat seketika. Kekonon cool je kemas-kemas barang, dalam masa yang sama diperhatikan oleh si makhluk yang bertenggek tu. Keluar bilik mayat dengan rasa steady padahal degup jantung seolah-olah orang baru lepas berlari 100m. 

"Tak boleh lah buat kerja malam. Kena tunggu siang jugak."

Itu jumpa makhluk bertenggek. Yang main suis lampu pun ada jugak ceritanya. Buka, tutup, buka dan tutup. Macam mana orang nak buat kerja macam tu kan? Better kemas barang and balik rumah aje. 

p/s : Tapi orang tua-tua kata, jangan terus balik rumah. Singgah dulu tempat lain sebab takut benda tu ikut. Wallahualam. 

16 comments:

  1. adoii seramnya! boleh plak dia berlagak cool n kemas2 brg. adoilaaa....kalau sy mencanak lari keluar dah. eeeeee

    ReplyDelete
  2. Uh...seram gak cerita sis...
    Bab orang tua-tua kata,
    jangan terus balik rumah tue...
    ASSAM pernah dengar gak...
    Betuk ke tak...Waallahualam....

    ReplyDelete
  3. Salam Aisya A.

    Aduhai kecut perut baca cerita ni.. Salute pd mereka yang berani kerja tempat2 keras camni.. Siap bertenggek, tak dapat dibayangkan.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Aiyo..seram seyh.makhluk bertenggek.agaknya kalau IbuNoey yang berhadapan dengan situasi,mau cabut lari terus tinggal semua peralatan tu.tapi memang hospital agak angker juga la.satu sebab ada bilik mayat.dan kedua sebab biasanya tapak hospital ni bekas markas jepun dulu.kalau HKL ni,tak tau la pula.

    ReplyDelete
  5. unik lah blog ni terbaik bagus

    ReplyDelete
  6. Btl2..singgah dulu dimana2..lps 2 br blk..hehe

    ReplyDelete
  7. aiyooo serammm. hahaha apa apa pun selalu amalkan surah 3 qul, ayat kursi dan air wudhuk.

    ReplyDelete
  8. hahahahahaha .......nasib baik tader pngalaman sebegini rupa..... :D
    mintak jauhlahhhhh

    ReplyDelete
  9. aisya...seriously yaya trus trang yaya bce tajuk jee...
    memalam cenggini xberani nk bce story cik aisya ats ni..huhu
    maap! >,< ^o^

    ReplyDelete
  10. alahai ... mcm2 cerita kalau kerja kat hospital ni kan..

    ReplyDelete
  11. nyesal baca entri ni..takut :-((

    ReplyDelete
  12. Salam, owh my God~~~ menyeramkan..cerita kat hospital ni mmg seram kan, cousin aku nurse pun banyak cerita dia..seram betul..

    ReplyDelete
  13. T_T nasibaik qila baca ni siang haha.
    ok ok thank u kak aisya for the last one tu hehe gi tempat lain dulu takut dia ikuttt T_T

    ReplyDelete